Wednesday, August 18, 2010

mana satu

Mukanya memang hensem. Siap bertopi ala cowboy, berbaju uniform Security Guard. Kemas. Berdiri di luar bangunan Citibank, Jalan Ampang Kuala Lumpur.


Saya sedang sibuk mencari bangunan Celcom yang baru berpindah ke kawasan berdekatan. Keluar dari stesen LRT Ampang Park, waktu itu sudah pukul 3 petang lebih. Risau kalau urusan pejabat di Celcom terpaksa ditunda ke hari yang lain, kalau-kalau terlambat nanti.

Orang kata, malu bertanya sesat jalan. Tapi hendak bertanya pun kena tepat orangnya. Duduk di KL, terlampau ramai pendatang luar, bila hendak bertanya kena pasti mereka biasa dengan tempat tersebut juga, kan. 

Ternampak pak guard hensem tu dari jauh, ada iras-iras Melayu rasanya. Jadi, mungkin harapan saya cerah menjimatkan masa bertanya arah. 

"Kat mana bangunan Celcom jalan Ampang ni?" tanya saya sambil menunjukkan brochure dari Celcom yang terpampang pelan ringkas yang saya tak faham.

Pak jaga memandang saya.  Mata bertentang mata.

"I sorry. I not from here...." alamak berterabur la pulak bahasa omputihnya. Orang Nepal rupanya...

Ah... itulah sebabnya malas nak bertanya. Bukannya sebab malu. Tapi sebab dah tak kenal mana satu orang tempatan, mana satu pendatang di negara sendiri ni.....

~cikgunormah@klcitizen~
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

15 comments:

  1. Adesssss.... kalo kat depan pc boleh jugak tanyer Lebai Gugel kan kak normah....

    ReplyDelete
  2. amboi cikgu..pilih yg hensem jer tuk bertanya yer...hehe

    ReplyDelete
  3. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  4. Salam...

    Betul cikgu, di KL ni dah ramai sangat pendatang. Saya kebetulan singgah di Petronas kat Seri Kembangan dua malam lepas, semua pekerjanya dari Bangladesh...sempat juga saya bertanya mereka dari mana..:)

    ReplyDelete
  5. salam cikgu
    dah banyak sangat orang asing bekerja dekat negara kita. Kalau faham bahasa Melayu tak pe jugak. Ni bahasa Inggeris pun tak faham. Kita juga yang susah

    ReplyDelete
  6. IM pun kekadang risau tengok pendatang ni. terlalu ramai rasanya. sana sini ada. sama ramai dengan kereta proton kat atas jalan raya...

    ReplyDelete
  7. @Insan Marhaen

    saya rasa serabanyak tayar proton kan... :)

    ReplyDelete
  8. kadang orang asing ni lagi tahu selok belok kl..dah mcm kampung depa

    ReplyDelete
  9. susah nak cam mana satu rakyat tempatan mana satu pendatang..hehe

    ReplyDelete
  10. @fndrocka

    ya ada juga...tu. tapi bab nak tunjukkan jalan kat kita selalu susah nak faham

    ReplyDelete
  11. @Thoha

    ya... terutama kalau ada iras melayu tu...

    ReplyDelete

terima kasih kerana sudi meninggalkan teguran membina, moga Allah sentiasa merahmati kita semua.