Sunday, August 29, 2010

Walau sedikit....

Kehidupan rata-rata dari mereka memang sedia susah. Bertani, mengembala lembu menjadi sebahagian budaya dan pendapatan utama. 


Namun ketentuan Allah tiada siapa yang tahu. Rahmat di sebaliknya hanya Dia juga yang tentukan. 

Yang pasti kita di bumi Malaysia ini dengan segala rahmat, rezeki dan suasana yang damai memang amat bersyukur diletakkan Allah di bumi bertuah ini.

4.6 juta manusia kini tiada rumah, berbumbungkan langit dan beralaskan tanah dalam bulan Ramadan yang penuh ujian ini. Seperti yang semua maklum, 1/5 dari Pakistan yang dianggarkan sebesar England telah dilanda banjir besar. Tidak kurang dari 7 billion dolar diperlukan untuk membina atap, rumah, jalan raya, jambatan dan bangunan kerajaan yang lain.



Dalam keadaan yang begitu mendesak itu, kita lihat bantuan kemanusiaan peringkat dunia seakan dingin dan lembap sekali ke atas Pakistan. Mungkin sifat tidak sensitif Presidennya sendiri, kes rasuah yang begitu menebal dan dasar-dasar luar negara tersebut menyebabkan rakyat dunia agak lambat dan enggan membantu. Why donors hesitate to fund relief for Pakistan's flood victim?

Mungkin sumbangan kita dapat membantu mereka walau pun sedikit ..... sini.

~cikgunormah@klcitizen~


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

10 comments:

  1. Bersyukur lah kita masih aman, makmur dan dilindungi...Esok lusa sapa tahu kan??

    ReplyDelete
  2. yer..pelihara alam semulajadi dengan sempurna..

    InsyaAllah..

    ReplyDelete
  3. Insya Allah....sedikit tetapi berkekalan amat bermakna..........

    ReplyDelete
  4. @relevan

    memang tanggungjawab kita semua

    ReplyDelete
  5. Salam,
    Kita digalakkan membantu orang lain. Tambahan pula, kalau yang bermasalah itu kalangan orang Muslim.Tetapi bantu tu mesti dengan sifat kejujuran dan kerana Allah swt

    ReplyDelete
  6. Salam.
    Terima kasih kerana saling mengingatkan.

    ReplyDelete
  7. Betapa kita beruntung.
    Dan wajib mensyukurinya.

    ReplyDelete
  8. Salam.
    kita muhasabah, apakah betul yang dilakukan kita semua sebagai ummah muhammad? atau telah menyeleweng maka tuhan turunkan bala dan ujian. ia akan berlaku kat siapa saja dan di bumi mana pun.

    ReplyDelete

terima kasih kerana sudi meninggalkan teguran membina, moga Allah sentiasa merahmati kita semua.