Friday, September 24, 2010

Datang bulan

Alhamdulillah, Jumaat datang lagi.
toon collection
Jumaat datang dengan segala kebesaran dan kemeriahannya. Lebih lagi, di musim Syawal ini. Jumaat adalah hari raya mingguan bagi umat Muslim, dan diserlahkan lagi dengan sembahyang Jumaat yang diwajibkan bagi kaum Muslimin.

Terasa kemeriahan Jumaat pabila melihat kaum Muslimin berbaju Melayu beramai-ramai bergerak ke masjid. Dari kejauhan tampak menarik dan meriah sungguh. Ada yang lengkap baju Melayunya dengan bersampin bagai, tetapi ramai sekadar berbaju Melayu dan berseluar biasa. 

Kerana saya orang Melayu, jadi secara peribadi, memang suka melihat lelaki berbaju Melayu. Tampak gah dan menawan gitu.... (hah... tidak bermaksud lain di sini ya...)

Cuma yang sedih dan terkilan, cik abang-cik abang yang 'datang bulan' ni, siap segak berbaju Melayu, masih lagi menceduk lauk dan menghisap rokok kekenyangan di kedai makan, sedang tok imam sudah pun mengucapkan salam penamat solat.

Fenomena biasa tetapi berbisa.

~cikgunormah@klcitizen~


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

21 comments:

  1. Salam...

    Perkara ini berlaku di mana-mana saja, cikgu. Mereka tidak pernah merasa bersalah kerana meninggalkan perintah Allah. Kita mendoakan semoga Allah campakkan taufik dan hidayah ke dalam hati mereka agar mereka kembali ke jalan yang benar.

    ReplyDelete
  2. Salam...

    Kdg2 kita yg lebih susah hati dan tertanya2..bagaimana mereka senang wenang meninggalkan perintahNYa.....
    Moga masih ada kesempatan utk mereka...kembali ke pangkal jalan...

    ReplyDelete
  3. Salam cikgu..

    Ha ha..Selamat Hari Jumaat..

    ReplyDelete
  4. Salam Normah.

    Mengenang kembali hari-hari bekerja di SMTKL, Cheras, setiap Jumaat kakitangan akademik lelaki berbaju melayu dan bersamping serta bersongkok.. tapi sekarang tak tahulah masih lagi begitu

    ReplyDelete
  5. Baju hanya pakaian, tidak melambangkan apa-apa buat kebanyakan orang. Sedih but its true.

    ReplyDelete
  6. Realiti zaman sekarang... Baju tak melambangkan agama & iman seseorang..Pokok pangkal dari hati.

    ReplyDelete
  7. Dearie Sis,
    kat tpt keja saya pun sama. ada 3 jejaka berpakaian melayu tapi samping xde ar. terasa mcm suasana hari raya lak.

    ada meroon,ada peach..

    ReplyDelete
  8. salam kenal cikgu,

    suka tengok lelaki berbaju melayu pink! nampak suci jer.. haha!

    ReplyDelete
  9. ada yang sanggup bagi alasan begitu bila mengelat bab2 wajib ni.. sekali bagi datang bulan betul2 baru tau..

    ReplyDelete
  10. hee..tajuk yg menarik..
    tak sangka pulak kaum teman ini ada yg datang bulan gak ye..
    payah,..bila nak sedaq..

    ReplyDelete
  11. @Pn Kartini

    insyaAllah
    hidayah tidak mengira siapa

    ReplyDelete
  12. @Zezebel

    tu lah bel...
    baju kemas dan segak
    tapi...

    ReplyDelete
  13. @LotsOfLove-Pearls

    lain kali suruh diorang pakai sampin dan songkok, barulah hensem

    ReplyDelete
  14. @makdara TERDIVA

    terima kasih bebanyak ziarah ke sini

    memang suci kan warna pink ni

    ReplyDelete
  15. @Lana~Bulu

    eh memang ada...
    tiap minggu, hari Jumaat

    ReplyDelete
  16. salam cikgu.

    sebab tu saya cuba elakkan keluar waktu lunch yang panjang pada hari jumaat.
    tak sanggup nak melihat para lelaki yang 'datang bulan' pada hari itu.

    ReplyDelete

terima kasih kerana sudi meninggalkan teguran membina, moga Allah sentiasa merahmati kita semua.