Wednesday, September 29, 2010

Dua minggu Terakhir

SPM makin hampir benar. Apatah lagi kebanyakan sekolah sekarang ini sibuk dengan peperiksaan percubaannya. 

Jangan kata ibu bapa sahaja yang degupan jantungnya berdegup kencang. Guru yang mengajar mereka ini pun tidak kurang debarannya. Apatah lagi kalau mengajar subjek yang agak payah seperti Chemistry.

Sudah berbelas tahun mengajar, debaran yang dirasa sama  kuatnya setiap tahun. Manalah tidak  guru-guru cepat mengalami tekanan darah tinggi, kan. Tekanan mengajar di sekolah berasrama memang tidak sama dengan mengajar di sekolah harian. Di sekolah berasrama, tekanannya saya kira  ialah mencapai sasaran peratus A yang tinggi bagi setiap mata pelajaran, tetapi di sekolah harian, sasaran utama bagi mata pelajaran berat ialah kelulusan 100% dan peningkatan kualiti.

Nampak seperti mudah tetapi sukar terlaksana, lebih lagi kalau majoriti anak murid yang masuk dalam aliran Sains Tulen adalah anak-anak yang hanya memenuhi syarat minimum kemasukan, dan sepanjang 2 tahun dalam kelas, kerja keras dan usaha sendiri tidak dapat dipenuhi. Memang payah.

Lebih lagi dalam keadaan sekarang, aras tekanan yang tinggi dapat dilihat pada air muka dan wajah mereka. Kasihan pula, kan.

Nasihat saya pada mereka yang sangat terdesak ini, jika, dalam dua minggu terakhir sebelum peperiksaan Chemistry anda, anda masih terkial-kial dengan beberapa sub topik yang memeningkan, seperti konsep mole yang begitu abstrak bagi anda atau masih lagi tidak bisa menyeimbangkan persamaan kimia dengan betul, abaikan sahaja tajuk tersebut.... hahaha biar benar

Ya... sesungguhnya... Dalam Chemistry, bukan tajuk itu sahaja yang disoal, ada banyak lagi tajuk-tajuk lain yang anda telah faham dan boleh  menjawab dengan baik, jadi....., kenapa  dalam waktu dua minggu yang singkat itu anda bersusah hati dengan tajuk kecil yang hanya mungkin disoal sebanyak 10% atau kurang dalam kertas soalan anda?

Nanti saya khuatir, disebabkan kerisauan dan kegelisahan serta fokus anda yang terlampau  ke atas  beberapa tajuk kecil itu , tajuk-tajuk lain yang anda sudah kuasai dan perlu gilapan terakhir anda abaikan...Mulalah nanti, fikiran menjadi kosong semasa mengadap kertas soalan. Aduii... itu mimpi ngeri dek ooii

Berdoalah juga supaya anda tenang. SPM bukanlah segalanya. Yang penting, kita pohon agar keputusan  anda membolehkan anda ditempatkan di pusat pengajian tinggi yang dapat membantu anda meningkatkan keilmuan dan ketrampilan diri . Itu yang utama. Deretan A bukanlah matlamat akhir tetapi jika itu yang terbaik untuk anda pasti dengan usaha yang betul Allah akan letakkan ia dalam genggaman anda.

~cikgunormah@klcitizen~
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

19 comments:

  1. bagi diorg buat extra kelas. tiap hari bagi soalan tuk 1 tajuk tu je. pasti sure A+++ hehehe

    ReplyDelete
  2. Salam..

    Guru pun diuji juga ketika peperiksaan SPM..

    Kepada pelajar yang menduduki peperiksaan itu nanti moga Allah permudahkan dan kurniakan kejayaan...

    ReplyDelete
  3. inilah masalahnya sistem kita sekarang...semua orang meneropong untuk A++++....
    kesian bukan saja pelajar tertekan , guru pun boleh masuk wad CCU.

    ReplyDelete
  4. masa tingkatan 4 dulu...memang blur habis dalam kelas Kimia..ujian apa pun tak pernahnya lulus. hehe.. dah dekat2 sangat nak SPM baru dapat faham konsep atom, proton, neutron, mole, electron dan macam2 lagi tu... huu...

    ReplyDelete
  5. Salam kak normah..diri ini juga begitu, semakin hampir dah

    ReplyDelete
  6. semoga anak anak murid cik gu... lulus dengan cemerlang

    ReplyDelete
  7. Salam Cikgu Normah,

    Semoga mereka yang terlibat dengan pengambilan SPM berjaya dengan cemerlang.

    ReplyDelete
  8. Anak murid yang ambik exam, cikgu yang dapat tekanan darah tinggi kan? Good luck ya dengan exam.

    ReplyDelete
  9. @Kyuubi_85

    kalau ambik subjek Chem sahaja memang boleh buat gitu setiap hari, kut

    ReplyDelete
  10. SALAM,
    HARAP PELAJAR2 TU IKUT NASIHAT CIKGU. CIKGU CAKAP MELALUI PENGALAMAN. LF DOAKAN KEPUTUSAN YG CEMERLANG

    ReplyDelete
  11. ayat motivasi dari cikgu yang berkaliber..
    :)

    ReplyDelete
  12. salam cikgu...tingat dulu...paling tak suka paper kimia organik...rupanya di alam pekerjaan, ilmu itulah yang paling berguna ...nyesal tak belajar rajin2 paper tuh dulu !Hmm..tingat lak kat ckgu masa sek dulu ie cik Hamidah!

    ReplyDelete
  13. Pn Normah yg rajin & baik hati... TQ for teaching my daughter... smoga dia beroleh kejayaan cemerlang... insyaallah

    ReplyDelete

terima kasih kerana sudi meninggalkan teguran membina, moga Allah sentiasa merahmati kita semua.