Monday, September 6, 2010

Tidak ghairah

Masa masih anak-anak kecil dulu, dalam sibuk dengan rakan-rakan mengira duit raya siapa yang paling banyak, saya selalu terfikir kenapa orang-orang dewasa di keliling tidak seghairah saya dan rakan-rakan menyambut pagi Syawal.

Oleh kerana saya budak bandar, bandar Ipoh 37 tahun yang dulu....duduk pula di kawasan flet polis FRU, malam ambang Syawal di flet sangat meriah. Kebanyakan rakan saya dan saya tidak balik ke kampung masing-masing, kerana waktu itu  keluarga yang punya kereta sendiri boleh dikira. Tak ramai. Hendak balik kampung biasanya naik keretapi berbondong-bondong, dan kalau yang berduit sedikit bolehlah menempah teksi atau menaiki bas ekspres.

Sepanjang malam, saya dan adik-adik tak boleh nak lelap mata, teringatkan seronoknya dapat berbaju baru pada keesokan hari.

Pagi-pagi, selesai berdandan bagai, berlari keluar rumah , ke rumah kawan sebelah mengajak bersegera memulakan lawatan dari rumah ke rumah. Rumah flet dulu tu, macam rumah panjang .... jadi sepanjang koridor tu, kami akan berlari-lari mengetuk atau memberi salam kepada tuan rumah.

Tuan rumah yang paling 'kaya' biasanya akan memberi duit 50 sen, dan rumah yang lain biasanya 5 sen atau 10 sen. Yang kaya tu biasanya suami isterinya bekerja. Kalau terdengar dari geng kawan yang lain rumah Pakcik X dapat 20 sen atau 50 sen, akan diusahakan juga untuk mengetuk atau memberi salam kepada tuan rumah tersebut.

Acara mengetuk rumah orang atau memberi salam ini akan berakhir biasanya hari ketiga  atau keempat Hari Raya... waktu itu dah boleh tahu siapa yang menang sebab dapat duit raya paling banyak. Paling banyak pun biasanya dapat 30 ringgit atau 40 ringgit.  Duit tu pun bukan boleh disimpan sendiri, kena beri pada emak untuk dimasukkan dalam buku bank. Nak masukkan dalam buku bank, kena tunggu hujung bulan pula, sebab van pos bergerak akan datang ke kawasan flet kami dan boleh dimasukkan menerusi kaunter bergerak ini.

Hidup 30 , 40 tahun dahulu sangat ringkas dan mudah. Tapi dalam ringkas dan mudah itu pun orang dewasa di keliling masih kelihatan seperti tidak seghairah kami menyambut Syawal.

Dan sekarang setelah 37 tahun berlalu, baru saya faham.... hidup yang ringkas dan mudah itu hanya untuk anak-anak. Dan ghairah menyambut Syawal memang milik anak-anak. Hidup orang dewasa sebenarnya, sangat kompleks sekali....


Kepada yang akan berpulang , sudah pulang, sedang pulang dan yang tidak pulang ke kampung halaman masing-masing , saya mengucapkan :

SELAMAT HARI RAYA AIDIL FITRI.

Segala kekurangan , kesilapan kata , idea atau tulisan yang telah menyinggung mana-mana pihak, saya mohon ampun dan maaf. Keterlanjuran memang lumrah manusia dan kemaafan ikhlas yang diberi, saya dahulukan dengan ucapan terima kasih.

~cikgunormah@klcitizen~

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

26 comments:

  1. usia saya ni pun dah tak terasa ghairah nak beraya. huhu

    ReplyDelete
  2. selamat hari raya dan maaf zahir batin.
    mungkin faktor umur menyebabkan keghairahan sambut raya semakin kurang..banyak benda nak difikirkan huhu

    ReplyDelete
  3. Benar. Zaman beraya beriya-iya lebih kepada anak-anak. Kita yang dewasa ni, beraya dengan cara kita. Meriah juga cuma kurang difahami oleh anak-anak.

    Selamat Hari Raya dan Maaf Zahir Batin, CIKGU.

    ReplyDelete
  4. MMG indah zaman kanak2..nostalgia..
    laa ni bebudak bukan nak simpan tapi siap dah plan nak beli apa..haaa

    ReplyDelete
  5. saya tak pernah beraya di flat polis..
    tiap2 tahun balik kampung..
    sakan juga kutip duit raya..
    RM100 dalam tangan sudah tentu..
    :D..

    raya sekarang lebih pada anak-anak...
    kita nak lihat mereka gembira walaupun puasa tak penuh..
    :D

    yang dewasa... berkunjung dan bermaafan yang jadi amalan..

    ReplyDelete
  6. Sama apa yg dirasa..cuma fikir anak2 yg teruja nk balik kg beraya dengan sepupu2 mereka..bila balik kat BBST pulak anak2 tetap mengetuk pintu rumah org tak kira waktu..tanpa rasa silu..itu lah anak2.

    ReplyDelete
  7. Salam..
    Dulu orang dewasa tidak merasai ghairahnya tapi hari ini kanak-kanak juga semakin tidak merasai ghairah berhari raya sepenuhnya seperti kanak-kanak dulu..
    Selamat Hari Raya dari saya sekeluarga..maaf zahir dan batin.

    ReplyDelete
  8. Salam cikgu...

    Di tempat saya tak diamalkan 'duit raya' jadi tak adalah nak berlumba-lumba nak kumpulkan sapa yang paling banyak. Tak dinafikan sekarang ni amalan tu sudah ada yang buat. Namun amalan menziarahi sanak saudara serta sahabat handai memang dilatih sejak kecil lagi...dan kebiasaannya kita berupaya ziarah dalam 20 buah rumah satu hari...dan paling istimewanya raya di sini masa ziarah kena pakai baju melayu lengkap.

    ReplyDelete
  9. suasana raya dulu x sama mcm sekarang..ingat mase2 kecik2 dulu pg2 da siap..tp sekarang bdk2 mcm x meriah je..mlm raya pon same..dulu bising je kot kt luar rumah..ramai2 klua..sekarang sepi je..huhu

    ReplyDelete
  10. salam cikgu,
    selamat hari raya, dulu dan sekarang raya tetap untuk kanak-kanak, ibubapa hanya menyediakan keprluan anak-anak supaya anak-anak dapat bergembira dan berseronok...
    ibubapa tumpang gembira bila melihat anak-anak gembira, ibubapa pula menziarah untuk mendekatkan silaturrahim dan bermaafan..

    ReplyDelete
  11. sekarang lagi tidak seronok kerana masing-masing terperap depan TV.

    bila kita sudah berkeluarga maka perasaan inilah yang melanda jiwa kita....

    raya mmg untuk mereka.

    ReplyDelete
  12. salam,

    selamat menyambut lebaran cikgu normah. walopun tak ghairah, tp kena juga bergembira. sbb Nabi saw kata raya kita adalah tanda kemenangan :)

    saya ni..satu apa pun tarak. baju sekerat jln siap jahit, kuih tak buat, takde langsir baru or sarung kusyen..apatah lg nk cat umah. hehe! sempoi aje sbb tahun ni beraya 1st time kat umah sendiri :D

    ReplyDelete
  13. Salam,
    Dulu kita menerima dan mengira, sekarang ini peringkat kita pula memberi. Dah tukar duit baru ke cikgu? Apapun SELAMAT HARI RAYA DAN MAAF ZAHIR BATIN

    ReplyDelete
  14. pernah juga beraya sebagai anak polis. merayau smp ke rumah pegawai di atas bukit. mana2 rumah semuanya saya singgah.
    best masa tu.

    ReplyDelete
  15. @ain fathihah

    Biasalah tu ain, makin dah banyak masalah nak di pikir

    ReplyDelete
  16. @etomyam

    Betul tu..
    Usia dah bertambah, banyak lagi hari selepas hari raya yang perlu difikir

    ReplyDelete
  17. @azieazah

    Meriah kita sekarang bila masih dapat berjumpa sedara mara dan sahabat handai yang bertahun tak bersua,kan

    ReplyDelete
  18. @Lana~Bulu

    Memang betul ...
    Kenangan memang indah untuk diingat

    ReplyDelete
  19. @cikgu isza

    Ya isza
    Kita yg tua ni seronoknya sbb dpt berziarah...

    ReplyDelete
  20. @Idalara

    Skrg ni ida,bhy sikit ketuk rumah org ni kan, ramai org tak betul...

    ReplyDelete
  21. @ozzy

    Kanak-kanak dulu dan sekarang memang jauh bezanya...

    ReplyDelete
  22. @Abd Razak

    Mesti pengalaman menarik kalau dapat beraya diSarawak ya, tak pernah lagi berkunjung ke sana

    ReplyDelete
  23. @azizan4444

    Suasana sekarang memang lain kan... Sebab usia kit kut! Bayangkan nenek dan atu kita yang sambut raya sekarang, nk banding masa diorang lagilah tak bestnya kan

    ReplyDelete
  24. @ibuintan

    Ya dah jadi emak ayah ni, seronok bila melihat anak gembira

    ReplyDelete
  25. @abu muaz

    Hidup bertambah kompleks dgn hiburan, teknologi dsb, menyebabkan rasa gembira yang dulu dah tak sama spt sekarang kan

    ReplyDelete
  26. Salam.
    duit raya ni dah jadi budaya. saya rasa cara kita kurang tepatlah. tanam ke jiwa anak2 asal raya duit. . duit . . duit. bulan puasa lebih elok kalo nak dermadan sedekah.
    bayangkan kalobalik rumah orang tua di kampung de 60 orang anak saudara kali rm10.00serang dah = rm600. tu anak sendiri 4 orang ambik kursus teknikal di U tengah mengaji - gi balik nak pitih plak wah besar belanja raya ho ho ho

    ReplyDelete

terima kasih kerana sudi meninggalkan teguran membina, moga Allah sentiasa merahmati kita semua.