Tuesday, October 19, 2010

berani berperang

Adakah nilai pandang manusia berubah dengan berubahnya zaman?

Pasti... 

Sedangkan dalam julat masa yang singkat sahaja pun, jika suasana sekitar berubah, pasti sedikit sebanyak ia mempengaruhi cara fikir dan tindakan kita.

Baru lepas menonton filem Inggeris, Centurion. Perang zaman Rom. Saya suka menonton filem perang zaman dulu-dulu. Pejuang zaman dulu begitu asli dengan semangat dan daya juangnya. Tidak kira dari pihak yang mana. 

Namun, pejuang Islam lebih lagi hebatnya bila di medan perang. Cumanya, filem tentang mereka sangat kurang.

Perang zaman dulu memang menuntut keberanian tahap tinggi. Perlawanan secara berhadapan. Jika dalam filem, melihat hujan anak panah dalam awal adegan perang mengujakan saya. Seolah saya turut berada di situ, menanti ajal datang di hujung panah. Dari jauh, kumpulan anak panah kelihatan seperti kepulan awan bergerak menuju ke sasaran. Bayangkan pejuang tersebut, dalam keadaan bersedia, untuk menghadapi apa sahaja nasib yang bakal dibawa bersama hujung-hujung panah tersebut.

Tapi, sebenarnya, perang mana yang tidak menuntut keberanian? Selagi kita berjuang atas kebenaran yang kita pasti, keberanian akan datang juga.

Sedangkan, jika beg tangan kita dirampas pun secara tiba-tiba, kita akan berjuang mempertahankan hak kita, walau implikasinya memang membahayakan diri sendiri. Berani untuk berjuang mempertahankan yang hak dan benar. Kerana kita yakin kita benar dan ia adalah hak kita, rasa berani untuk bertarung itu meresap dalam setiap inci urat kita tanpa kita sedar pun.

Kerana itu saya kira pejuang Islam sangat berani. Mati syahid adalah matlamat mereka. Bayangkan berjuang dan berperang kerana ingin mati syahid, bukannya berperang untuk hidup lebih lama dengan kuasa di tangan. Kerana keyakinan atas kebenaran, berani itu terkumpul dan membulat dalam jiwa.

Itulah jati diri yang perlu ada dalam diri. Terlebih lagi dalam hati  anak muda kita yang saya lihat makin terhakis kini. 

Entri bebelan kesan dari filem perang yang berjuang atas dasar keduniaan....

~cikgunormah@klcitizen~





Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

8 comments:

  1. salam cikgu ..

    bercakap psl perang ni ..
    klu la jd perang org melayu jd ketaq lutut ..
    kite didik utk jauh dari senjata,

    mendekat senjata secara haram meaning nahas ..
    klu la tetibe ade kerahan tenaga utk berperang,
    baru nak kenal senjata ..
    lambat dahhh ..

    apepun aby pun peminat filem aksi perang purba ..
    selalu membayangkan mcm mane khalid al walid memenggal kepala2 pahlawan kafir yg megah dgn baju2 besi tu...

    ReplyDelete
  2. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  3. Salam..
    Pejuang Islam yang kental dan berani mati..lihat saja di bumi Palestine..itulah pejuang Islam yang sebenar..

    ReplyDelete
  4. Tak suka filem barat sekarang bila part orang jahat , pengganas.. mesti orang islam..

    ReplyDelete
  5. saya benci peperangan fizikal!!

    ReplyDelete
  6. itulah yang sedang di 'perangi' oleh sebahagian kolompok di negara kita sekarang. berjuang mempertahankan hak rakyat dari dirampuk oleh mereka yang 'mabuk.

    dan... IM juga teringat para pejuang Palestin!

    ReplyDelete
  7. Salam cikgu...

    Kemenangan dan keberhasilan yang digapai oleh para sahabat bukan semata-mata kerana tajamnya pedang mereka, keberanian mereka yang sangat luar biasa, ataupun persatuan mereka yang kukuh dan erat. Namun lebih daripada itu semua, keberhasilan yang mereka raih terlahir dari pengagungan hati mereka kepada Allah Taala.

    ReplyDelete
  8. Salam kak,

    Perang saraf memang sudah sangat berjaya menceroboh saraf2 minda orang kita. Betul, asal cerita barat, antagonis lembutnya mesti Islam. Saraf juga tu.

    ReplyDelete

terima kasih kerana sudi meninggalkan teguran membina, moga Allah sentiasa merahmati kita semua.