Tuesday, October 26, 2010

kalau awak tak puas hati dengan saya, awak carilah permpuan lain....

Menjadi pengulas  hal ehwal semasa yang dibaca dari suratkhabar memang seperti sudah jadi perkara biasa. Saya kira ia bukan terhad pada saya dan rakan-rakan di sekolah sahaja. Berita dan jenayah sensasi di dada suratkhabar kekadang mengeratkan lagi hubungan di antara rakan.

Ramai yang pasti menggeleng kepala masing-masing setelah membaca kisah "Suami panas baran keterlaluan". 

Seperti biasa, bila membicara isu rumah tangga yang sebegitu rupa bersama rakan-rakan sebaya, kami semua jadi ibarat kaunselor yang bertauliah. Berbagai saranan, luahan serta teori kami utarakan, berdasarkan perspektif dan pengalaman masing-masing. Kalahlah ahli panel mana-mana, dan kalau kami dijemput sebagai ahli panel, pun rasanya, tidak akan cukup waktu untuk rancangan lain bersiaran.  :)

"Alhamdulillah, terus talak tiga kan... Tak payah dah rujuk semula," ulas saudara kembar  saya ( kembar pada nama sahaja).

"Itulah, saya ada cakap pada suami saya bila kekadang tengah bertengkar dan dalam marah tu..... kalau awak tak puas hati dengan saya, awak carilah permpuan lain. Saya izinkan sekarang juga..." cerita Ustazah beriya-iya.

"Awak tahu suami saya cakap apa?" tanya ustazah pada kami.

"manalah saya tahu ustazah...," itu bisik hati saya sahaja. Realitinya saya hanya menggeleng kepala, menunggu sambungan cerita yang ada lapse sebentar.

"Dia kata dia tak mau....Bila saya tanya kenapa? Tahu apa dia cakap?" tanya ustazah lagi.

Memang sudah tebiat guru agaknya kalau bercerita, mesti ada kemahiran bertanya. Padahal bukannya ustazah tak tahu yang kami memang tak tahu kan...

"Nanti makan tak sedap..." sambung ustazah tanpa menunggu jawapan dari kami.

Si ustazah ini memang pakar memasak. :)

Kehidupan berkeluarga setelah melepasi belasan tahun dan menghampiri angka puluhan tidak memungkinkan kemanisan seperti awal berumah tangga. Di mana serba serbinya indah dengan rindu dendam dan cinta kasih pengantin baru. 

Rumahtangga yang dibina bertahun akan dimeriahkan dengan rasa kasih atas tanggungjawab dan kesetiaan. Faham dengan keperluan dan kehendak pasangan walau kekadang ia menuntut sedikit pengorbanan kita, sebenarnya akan mengikat erat ikatan  yang sedia ada. 

Dan rasa kasih yang mengisi dada hanya bisa diletakkan ia di sudut hati kita dan pasangan oleh Allah Yang Maha Pengasih. Doa dan doa serta  doa. Tiga perkara penting yang dapat memastikan rasa kasih itu terusan teguh.



~cikgunormah@klcitizen~

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

21 comments:

  1. hi, silap haribulan dia cari orang lain... barulah ustazah melengong macam ayam berak kapor.

    agaknya lah...

    ReplyDelete
  2. tengah bayangkan ahli² panel sedang berhujah..hehe

    akak panel ke berapa?

    ReplyDelete
  3. Salam KLCitizen,
    Cari perempuan lain memang senang. Sekali petik, sepuluh yang datang tau? (3 Abdul).
    Tapi nak dapat seorang isteri amat-amat susah tau? (Abdul pertama).
    He he ...

    ReplyDelete
  4. teringat dialog dalam drama chinta tu kak..

    "saya kerat jari kalau suami saya berani ceraikan saya"..

    sekali suami dia ceraikan dia talak tiga..

    bukan kerana tergila2kan perempuan lain yang menjadi isu asalnya tapi sebab celuparnya mulut isterinya tu..

    tapi.. isteri mesti kata salah orang ketiga tu juga kan..

    ReplyDelete
  5. saling menghargai dan menerima pasangan seadanya..mengakui diri masing2 ada kurang dan lebih..berpegang dgn ajaran agama..insyallah rumahtangga bahagia dan kekal..

    ReplyDelete
  6. As-salam...

    biarlah kehidupan sederhana dari kaya tapi bersuamikan orang yg panas baran... nau'zubillah

    ReplyDelete
  7. Nukilan yang baik untuk berkongsi minda

    ReplyDelete
  8. Suami isteri tak baik begini..buatnya di cari sungguh sungguh baru dia rasa..

    ReplyDelete
  9. Salam cikgu...

    Pesan ustaz khazim kalau tengah marah, bagi si suami keluarlah dari rumah dan pergilah mana-mana, yang terbaiknya ke masjid.

    Bagi si isteri pulak masuk bilik kunci pintu dan diam.

    Kalau berdepan macam-macam boleh berlaku..

    ReplyDelete
  10. bila marah macam2 kata yang terkeluarkan, namun jauh disudut hati sanggup ke... kita

    ReplyDelete
  11. alam rumah tangga..hmm..tak tahu nak komen apa.hehe

    maaf, sudah lama tidak ke sini :(
    Mari menjadi manusia

    Latest Post : Kita Tidak Hipokrit!

    ReplyDelete
  12. @Insan Marhaen

    harapnya tidaklah...
    tapi kalau Allah takdirkan, moga dapat payung emas

    ReplyDelete
  13. @n@m@n

    ahli panel tak ramai naman
    tapi ada beberapa sesi...
    :)

    ReplyDelete
  14. @cikgu isza

    tengah marah isza...
    tapi tengok suami jugakkan...
    kalau suami yang faham, dia tahu niat di sebalik kata2 isteri

    ReplyDelete
  15. @Nida

    setuju sangat dengan kata nida

    ReplyDelete
  16. @relevan

    memang tak baik, tetapi kekadang kalau dah amarah amat...
    kata2 yang tak sepatutnya terkeluar, cuma pasangan hauslah faham dan tidak memarakkan suasana hangat tu

    ReplyDelete
  17. @ibuintan

    susah nak cari orang yang sanggup

    ReplyDelete

terima kasih kerana sudi meninggalkan teguran membina, moga Allah sentiasa merahmati kita semua.