Friday, October 1, 2010

menjadi biasa

Dalam dunia internet apa sahaja yang ingin dilihat, boleh sahaja. Segala yang ganas, manis, pahit, sadis, porno dah tahyul .... sebut sahaja apanya yang tergerak di benak dan ingin dijamah dengan pandangan mata, semuanya di hujung jari.

Bila masa dan  di mana sahaja, asal ada liputan, asakan pandangan boleh sahaja dilakukan.  Yang luar biasa dulunya kini jadi biasa. Yang sadis dan mengerikan dulu pun kini jadi biasa. 

10 tahun atau 20 tahun dulu tergamakkah kita melihat insan mati dikerat badannya, kaki atau kepalanya hilang entah ke mana, atau melihat otaknya sudah berterabur bak jelly yang dihenyak anak kecil? Tidak pernah pun terbayang begitu, kan.

Namun kini, buka sahaja kotak email, terkadang sehingga dua tiga gambar sedemikian rupa terpampang, dikongsi dan disebar luaskan. 

Tujuan?

Ingin menimbulkan kesedaran serta keinsafan. Namun secara tidak kita sedar, sebenarnya asakan pandangan sedemikian rupa bisa menumpulkan rasa di hati. Melihat berpuluh gambar, malah beratus gambar sedemikian mendatangkan rasa kebas dalam jiwa. Ah... biasalah, kalau dah nama mati accident, atau, kesian ya, budak-budak ni di medan perang, tapi yalah itu memang  kesan perang. Itulah yang akan terlintas dalam benak fikir kita.

Tertarik dengan luahan Ustaz Hasrizal dengan teori Schadenfreude nya, iaitu pembiusan jiwa terhadap penderitaan insan lain.

Jangan tertipu dengan fungsi foto.


Pendedahan yang asalnya bermaksud mahu mencetuskan kesedaran, berubah menjadi pembiusan jiwa yang mematikan sensitiviti.


Adakah anda membaca berita dengan hanya menatap slide BERITA BERGAMBAR? Anda sentiasa tertarik pada imej darah, kecederaan, kesakitan, penderaan, pembunuhan dan kematian? Adakah anda mendapat tabiat suka menghantar gambar-gambar sadistik itu melalui emel ke kenalan dan bukan kenalan? Adakah ada mempunyai tabiat gemar mengedit gambar-gambar anak Palestin yang cedera parah dan terbunuh, lalu menghasilkan poster tanpa disuruh?


Tanyalah kepada diri.


Pada usia 35 tahun, saya menganalisa diri, sejauh manakah kemudahan liputan dan foto kekejaman peperangan di Palestin, kemalangan di jalanraya Malaysia, menambah TINDAKAN saya seperti yang sepatutnya.


Atau segala-galanya berubah menjadi BIASA? - ustaz hasrizal


Membuatkan saya terfikir dan berfikir....



~cikgunormah@klcitizen~
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

16 comments:

  1. salam kak,
    itulah.. seperti aib yang didedahkan..
    (cth cerita buang bayi)..
    bukan lagi menjadi pengajaran tapi hanya benda biasa..

    topik sama tapi tak serupa..

    ReplyDelete
  2. salam orang kl,

    setuju dgn entri nie...

    pokok pangkal kita yg melihat...
    kita yg menilai...

    ReplyDelete
  3. lama2 orang dah naik mangli...
    hilang masin nya...
    itulah ragam...

    ReplyDelete
  4. barangkali pembunuhan Dato Sosila dan ramai lagi itu kesan dari perkara luarbiasa tetapi telah menjadi biasa.

    juga sudah seronok membakar insan yang tidak berdosa bagai peristiwa ukhdud.

    ReplyDelete
  5. salam cikgu, kakpah ngeri nak tengok gambar2 macam tu. selalunya kalau terpampang, kakpah tutup mata dan selak atau klik tempat lain.

    ReplyDelete
  6. Cerita gambar memberi beribu makna..kita tengok dengan akal juga bukan dengan mata sahaja..

    ReplyDelete
  7. sy mmg x suka tgk gambar2 ni.. bahkan you tube pun x minat dibuka.. lbh suka m'baca dr melihat gambar krn hati terlalu kecewa melihat gambar2 yg kurang menyenangkan..

    ReplyDelete
  8. @cikgu isza

    kita risau anak-anak kita hilang sensitiviti mereka

    ReplyDelete
  9. @Abi Al-Baihaqi (RKA)

    bagi yang sudah matang memang boleh menilai, tapi yang masih anak-anak...?

    ReplyDelete
  10. @Lana~Bulu

    betul tu LB

    *out topic- nak ke blog LB susah sekarang, ada amaran cik google tentang malware di sana

    ReplyDelete
  11. @kakpah

    tu tandanya jiwa kak pah halus dan mulus...
    :)

    ReplyDelete
  12. @relevan

    harap harap semua yang menengok juga spt relevan, sentiasa berakal

    ReplyDelete
  13. @Syura Ambin

    saya suka dua-dua syura... tu sebab susah nak nangis kut

    ReplyDelete
  14. ibu-bapa kenalah mainkan peranan...
    halang mana yang mampu, cantas mana yang perlu...
    tak gitu cikgu...

    :)

    ReplyDelete
  15. huhu...topik yang sangat baik. Percayalah, jika kita panjang umur, kita akan menyaksikan sesuatu yang lebihm tak lama lagi..huhu

    Entry Baru:
    -Sibuknya dunia!
    -Is it really a matter if a women can't pregnant?

    ReplyDelete

terima kasih kerana sudi meninggalkan teguran membina, moga Allah sentiasa merahmati kita semua.