Monday, November 15, 2010

Ada kaitan ke wukuf di Arafah dan gelang ajaib?

Dua tiga hari ini heboh di ruang maya dan ruang nyata tentang gelang ajaib AC Mizal dan blog En Aidid. Sejak tersiar berita heboh tu, barulah saya tahu tentang bisnes saudara AC Mizal, walau sesekala tertanya juga bisnes apa yang dijalankan oleh AC Mizal bila melewati jalan hendak ke Kuantan kerana terpandang papan tanda yang besar terpampang gambar artis terkenal itu.

Entri ini bukan tentang isu tersebut. Tak ada kena mengena pun. Cuma semasa menaip ini dok teringat artikel-artikel yang saya baca tentang isu tersebut. Panas sekali . 

Entri ini cuma ingin  mengingatkan diri sendiri bahawa wukuf di Arafah tahun ini jatuh pada 15 November 2010 selepas zohor di Arafah, manakala  di sini selepas asar.
Petikan dari Ustaz Zaharuddin buat perkongsian bersama:

amalan-amalan yang digalakkan sepanjang sepuluh awal Zulhijjah yang amat besar pahalanya ini antaranya :-

a) Zikir : Iaitu dengan memperbanyakkan zikir Subhanallah, Alhamdulillah, La ilaha Illa Allah dan Allahu Akbar.

Ia bersumber dari hadith riwayat At-Tabrani yang diakui sohih oleh Imam Al-Munziri. Allah SWT juga menyebut ertinya : "Supaya mereka menyaksikan berbagai perkara yang mendatangkan faedah kepada mereka serta memperingati dan menyebut nama Allah, pada hari-hari yang tertentu.." (Al-Hajj : 28).

Ibn Abbas r.a mentafsirkan erti ‘hari-hari tertentu' adalah sepuluh hari Zulhijjah ini dan inilah pendapat majoriti ulama jua.

b) Berpuasa : Amat digalakkan berpuasa pada satu hingga sembilan Zulhijjah bagi orang yang tidak menunaikan Haji. Hari Arafah (9 Zulhijjah ) pula adalah hari yang terbaik untuk berpuasa.

Nabi SAW bersabda tentang kelebihan hari Arafah :

"Tiada hari yang lebih banyak Allah membebaskan hambanya lebih dari hari Arafah" (Riwayat Muslim).

Nabi SAW juga bila ditanya tentang kelebihan berpuasa pada hari Arafah ini menjawab, ia menghapuskan dosa yang lalu dan tahun kemudiannya.

c) Melakukan lain-lain amalan seperti bersedeqah, membaca Al-Quran, solat sunat dan lain-lain. Ia semuanya termasuk di dalam umum hadith yang menunjukkan ianya amat disukai oleh Allah SWT.

d) Menjauhi maksiat dan masa terbaik untuk memulakan tawbat bagi sesiapa yang masih berfikir-fikir dan menangguhnya. Amat biadap jika umat Islam bersukaria dengan melampaui batas haram di hari yang amat agung di sisi Allah SWT ini.

Bertawbatlah dengan sebenar-benar tawbat dan sedarilah bahawa hidup ini sementara dan seluruh keseronokannya adalah tipu daya semata-mata.

e) Bertakbir : Ibn Abi Shaibah menyebut bahawa `Ali KW menunjukkan bahawa permulaan takbir bermula sejurus selepas solat Subuh hari Arafah sehingga hujung waktu ‘Asar hari ketiga Tashriq.

f) Berkorban : Allah SWT berfirman : ertinya : "dan berdoalah dan berkorban".

*memang takde kena mengena wukuf di Arafah dan AC Mizal...


~cikgunormah@klcitizen~

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

12 comments:

  1. sudah lama Dr.Harun Din mempertikaikan memakai gelang jadi ubat untuk lelaki.

    ReplyDelete
  2. Assalamualaikum...

    Salam Eidul Adha..

    Kepada yang tidak mengerjakan haji esok bolehlah kita mengerjakan puasa arafah...

    ReplyDelete
  3. Salam Normah.

    Selamat menjalankan ibadah yang berkaitan. Selamat 'idul adha, maaf zahir batin.

    ReplyDelete
  4. Salam Cikgu Normah,

    Terima kasih setakan artikel dari Ustaz Zaharuddin untuk dikongsi bersama.

    Selamat menyambut aidiladha untuk cikgu sekeluarga.

    ReplyDelete
  5. salam cikgu..selamat berhari raya dan selamat bercuti (ini yang penting). ;)

    semoga kita pun dapat peluang jadi tetamu Nya nanti..apa-apa pun, saya yang dah berdaftar dengan tabung haji sejak 22 tahun yang lalu ni nampaknya kena tunggu giliran lagi..bagi peluang pada yang lebih senior..tak apalah itukan pahala..

    apa-apa pun, fakta dan mitos adalah perkara yang sangat berbeza..tanpa ilmu, makin ramai kena tipu...tak apalah, kita tidak 'berkehendak.'

    selamat beramal

    ReplyDelete
  6. Perbezaan Penetapan Hari Raya Aidil Adha 1431 H

    http://ibnuyassir.blogspot.com/2010/11/perbezaan-penetapan-hari-raya-aidil.html

    ReplyDelete
  7. @abu muaz

    ya... dan gelang ajaib ac mizal ni pun banyak alkisahnya

    ReplyDelete
  8. @Abd Razak

    selamat menyambut aidil adha razak

    ReplyDelete
  9. @Werdah

    samalah juga dengan saya kak werdah... maaf zahir batin

    ReplyDelete
  10. @zaren

    ada orang marah sebut tak berkehendak ni zaren :)

    selamat beramal juga buat zaren

    ReplyDelete

terima kasih kerana sudi meninggalkan teguran membina, moga Allah sentiasa merahmati kita semua.