Monday, November 1, 2010

Berpoya-poya

Hujung minggu kali ini sangat meriah bagi saya.

AJK dinner  2010

Pengerusi dinner 2010
Apa tidaknya, jamuan makan malam sekolah diadakan pada sabtu malamnya, manakala perjumpaan semula rakan-rakan yang 27 tahun tidak bersua muka pula diadakan pada hari ahad petangnya.

Ada baiknya Allah menjadikan kita manusia yang cepat melupakan perkara yang menyakitkan hati atau menjengkelkan perasaan. Berjumpa rakan-rakan lama sedikit pun tidak mengingatkan sebarang pertelingkahan atau ketidaksamaan kehendak, 27 tahun yang lepas.  Yang diingat hanyalah kenangan manis dan kenangan lucu yang menjadi bahan gelak semasa perjumpaan. 

Masing-masing sudah berubah, baik fizikal atau cara fikir. Yang pasti, sengketa jika ada pun sudah tidak menjadi soal lagi, sudah tiada lagi hal remeh, titik bengek semasa remaja dulu, bila mana berkongsi bilik air, bilik tidur dan dewan makan bersama, menimbulkan sedikit sebanyak rasa tidak puas hati dan tidak suka dengan perangai sesetengahnya.

5 Utarid SM Sains Taiping a.k.a SERATAS 1983:
saya yang bertudung berdiri di belakang guru kelas dalam keadaan masam mencuka
Terima kasih kepada penganjur kedua-dua majlis, moga Allah membalas usaha anda dengan ganjaran pahala yang tidak terhingga.

perjumpaan di Pine 38, seksyen 9 Shah Alam, 31/10/2010



~cikgunormah@klcitizen~

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

14 comments:

  1. Salam Normah.

    Normah dulu bersekolah dekat Taman Tasik Taiping lah ya.. dekatlah sekolah kak TMGS setentang Penjara tu... tp kak tahun-tahun 60an

    ReplyDelete
  2. SALAM,
    BERTEMU DGN KAWAN2 SEKOLAH TU MEMANG MENYERONOKKAN. TENGOK GAMBAR DAN CUBA CARI2 MANA SATU PN NORMAH NI ?

    ReplyDelete
  3. Salam...

    Seronok dapat jumpa kawan lama kan! Saya pun teringin juga..

    ReplyDelete
  4. Salam cikgu..

    Seronok rasa bila dapat bertemu kawan kawan lama..
    tentu banyak hala yang berubah..

    ReplyDelete
  5. Salam KLC,

    Napa tak bagitau ada kat pine 38? Boleh i masuk langkah kanan terus..hehehe..

    ReplyDelete
  6. bestnya dpt gi reunion jumpa kwn2 lama.. those are beautiful pics..

    ReplyDelete
  7. @Werdah

    oo, kak werdah pun bersekolah di Taiping ya? ...

    ReplyDelete
  8. @luahfikiran

    gambar lama tu, saya diri belkang cikgu kelas bertudung

    ReplyDelete
  9. @Abd Razak

    memang seronok razak... alhamdulillah

    ReplyDelete
  10. Agak musykil saya, kerana CIKGU sudah tinggalkan sekolah 27 tahun? Saya lak tinggalkan sekolah 23 tahun (last ialah Form 6).... hmmmm lama tul kan? (sambil mengira-ngira...) hehehehe

    ReplyDelete
  11. @relevan

    memang banyak yang dah berubah... fizikal memang perubahan utama lah, tapi yang pentingnya persahabatan yang lama terjalin semula

    ReplyDelete
  12. @Hunny

    hunny kat sana ke? saya haritu sesat masa nak pergi, dan sesat masa nak balik... tapi alhamdulillah Allah mudahkan

    ReplyDelete
  13. @Syura Ambin

    yang paling beautiful, gambar dua kat atas tu kan...syura

    ReplyDelete
  14. sepanjang jalan kenangan, memang dekat di hati

    ReplyDelete

terima kasih kerana sudi meninggalkan teguran membina, moga Allah sentiasa merahmati kita semua.