Thursday, November 18, 2010

Slip gaji online...

Saya adalah salah seorang kakitangan kerajaan yang seringkali lambat mendapat tahu tentang arahan dan pekeliling am kerajaan. Kenapa? Agaknya sebab saya ni cuma kakitangan bawahan sahaja. Maklumat ini pun hanya diperolehi dari mulut ke mulut sahaja sebelum cuti sekolah baru ini.

Saya kira ramai yang sudah tahu tentang slip gaji online ni kan. Dah tahu tak apalah. Tutorial ini hanya untuk yang masih belum tahu dan baru tahu seperti saya. Ini hanya untuk kakitangan kerajaan sahaja ya. Yang lain boleh klik entri saya yang lain kalau berminat lah...kan.

Kata mereka.... (kata kawan-kawan saya lah), bermula November ini, penyata gaji tidak akan dibekalkan lagi oleh pihak yang berkenaan tetapi perlu dicetak sendiri (ikutlah banyak mana nak cetak) dan satu salinan cetakan tersebut mesti diserahkan kepada majikan kita.

Ha... saya tidak mahu mengulas isu cetak mencetak sendiri ni kan, tetapi ingin membantu rakan-rakan yang tidak tahu bagaimana cara mengakses laman web akauntan negara kita dan mendaftar. 

Ok. 
1.  Langkah pertama, klik di sini. Anda akan dibawa ke muka laman seperti di bawah.


2. Klik pada Akses Sistem.
3. Paparan berikutnya adalah seperti di bawah.
      
    
        








4.   Bagi yang baru pertama kali mengakses, klik pada  Pertama Kali Mendaftar
5.  Seterusnya anda akan di bawa ke muka laman seperti di bawah. Masukkan semua butir yang ditandakan termasuk password yang anda pilih.


                  
6.  Selesai.... anda klik ok . Anda akan dibawa semula ke bahagian log in.


7. Masukkan nombor KP dan kata laluan anda. Klik daftar masuk, dan anda akan dibawa ke muka laman ini pula.


8.  Klik MyPaySlip pada sebelah kiri dan pilih bulan serta tahun penyata yang anda ingini.
9.  Penyata tersebut akan dimuat turun ke komputer anda dan sedia untuk dicetak...

Selamat mencuba dan semoga  kita terusan berkhidmat dengan jayanya.

~cikgunormah@klcitizen~






Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

23 comments:

  1. Wahh dah maju setapak.. Bagus (btw, swasta dah mulakan dulu lagi...)

    ReplyDelete
  2. Salam :)

    Saya pun baru tahu...Terima kasih atas maklumat

    ReplyDelete
  3. salam cik gu..terima kasih..baru tau ni..insyaallah akan cuba nanti..

    ReplyDelete
  4. nak tambah lagi satu: maklumat gaji disimpan selama tempoh 6 bulan sahaja. Selepas 6 bulan dah tak boleh print out sebab dah tiada dlm database.
    harap maklum :)

    ReplyDelete
  5. Dah lama tak mempunyai slip gaji... tapi takpe, n3 ni sangat berguna pada saya pada masa akan datang.. thanks kak :)

    ReplyDelete
  6. Assalamualaikum...

    Bolehlah kerajaan jimat kertas ni...

    Tak applicable utk saya, cikgu...

    ReplyDelete
  7. Salam Normah

    Untuk orang pencen tak adalah kan..

    ReplyDelete
  8. Menjimatkan kos kementerian ni..

    ReplyDelete
  9. Assalamulaikum,

    Tumpang singgah sekejap, zaman dah jauh berubah, sekarang ni semuanya menggunakan komputer, nak dapat slip gaji pun guna internet apa tah lagi kalau nak shopping, tak payah lagi keluar rumah, semuanya main klik je.

    ReplyDelete
  10. salam ... dah dua kali gaji buat camni, lepas print kat rumah beri plak pada PT untuk simpanan dan rujukan pejabat..

    ReplyDelete
  11. @azieazah

    orang lain dah lama maju... saya yang belum lagi

    ReplyDelete
  12. @kak Erna

    cubalah kak erna...
    saya pun baru je tahu

    ReplyDelete
  13. @Nida

    sama2 nida
    lama lagi ke bercuti?

    ReplyDelete
  14. @Abd Razak

    ye la razak
    kita membantu kerajaan je

    ReplyDelete
  15. @matt

    waalaikummussalam

    matt

    betul sangat tu. shopping pun sambil baring2

    ReplyDelete
  16. @ibuintan

    memang dah jauh ketinggalan lah saya ni

    ReplyDelete
  17. Awesome post. Do you mind if I ask what your source is for this information?

    ReplyDelete

terima kasih kerana sudi meninggalkan teguran membina, moga Allah sentiasa merahmati kita semua.