Wednesday, November 10, 2010

tolong jangan jeles, k....

"Normah, akak ada letakkan tudung atas meja awak. Harga sama macam yang aritu."

Berselisih di tengah jalan dalam perjalanan saya menuju ke meja sendiri, Cikgu Anggun memaklumkan pada saya. Saya mengangguk kepala, tersenyum.

Di sekolah, bisnes memang kencang. Letaklah apa sahaja pasti akan ada pembelinya. Terutamanya barangan wanita, kerana hampir 90% guru zaman sekarang adalah wanita.

"Tengah sibuk-sibuk ni pun, sempat lagi menjamu mata," kata saya tanpa ditujukan pada sesiapa yang khusus. Tangan sibuk mengeluarkan tudung sambil mata meliar dari satu corak ke corak yang lain.

Memang waktu sekarang sangat sibuk bagi semua guru-guru di sekolah di Malaysia. Ini adalah waktu kritikal bagi yang mengajar kelas peperiksaan. Bagi guru-guru yang memegang kelas, waktu ini adalah waktu menjadi kerani tahap maksimum. Borang-borang dan fail peribadi pelajar mesti dikemaskini, dari segala titik bengik berat, tinggi, cita-cita, markah peperiksaan, jumlah kedatangan, markah kokurikulum dan sebagainya bagi setiap pelajar dalam kelas. 

Kalau guru itu pula memegang kelas Ting 5 atau Ting 6 Atas, sijil-sijil berhenti sekolah dan surat akuan pelajar adalah keutamaan kerja yang mesti dibereskan sebelum cuti sekolah.

Belum lagi tugasan Ketua-ketua Panitia atau apa saja ketua lah, fail-fail yang melebihi 10 buah fail mesti dikemaskini dan diminitkan, lagak seorang kerani yang berijazah. Segala laporan perjalanan setahun mesti dimasukkan dan perancangan untuk tahun depan juga perlu ada.

Ha... jangan lupa sambil masa terluang itu, kertas peperiksaan anak murid kita di Ting 4, 2 dan 1 perlu juga dilunaskan sebelum cuti agar markah mereka dapat diserahkan kepada guru kelas untuk di key in dalam sistem.

Jangan lupa juga, kemas meja anda, pastikan tiada barangan di atas meja atau bawahnya semasa cuti, kan.

Kalau tidak.... bila-bila masa sewaktu anda sedang bercuti nanti boleh saja anda dipanggil semula untuk menyelesaikan kerja yang tidak sudah lagi itu.

Countdown : lagi 4 hari bekerja sahaja sebelum raya haji dan cuti akhir tahun! Yeayy.... kita nak cuti dah! Jangan jeles....

sumber

~cikgunormah@klcitizen~
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

24 comments:

  1. sibuk..sibuk jugak..blogging tetap blogging..hehe

    ReplyDelete
  2. Memang ramai cikgu berniaga...

    Jangan sampai jadi isu dalam mesyuarat PIBG dah la...:)

    ReplyDelete
  3. hehe,perniagaan ku dah tutup kedai,selepas partner berpindah sekolah..huhu

    ReplyDelete
  4. memang sibuk giler sebelum cuti panjang..

    ReplyDelete
  5. selamat bercuti cikgu :) tak sangka kerja seorang cikgu sangat dahsyat dan sangat banyak
    oh sedang menunggu post daripada cikgu mengenai pemansuhan pmr kelak...ada apa-apa idea x?kalau dengar daripada ahli politik diaorang tak tahu apa so better dengar daripada golongan guru sendiri :)

    ReplyDelete
  6. Betoi sesangat... Wife saya pun sibuk bangat kat rumah tu sejak sebulan ni. Sekolah nak cuti tapi tahap kebizian mmg betul2 punya.

    ReplyDelete
  7. Kesian juga dengar cikgu2 semua sibuk giler sebelum cuti ni. Tapi lepas tu cuti panjang giler.

    Org mcm saya yg kerja sendiri ni sibuk memanjang tapi cutinya takde huhuhu

    ReplyDelete
  8. Aduh...saya pun tersangat sibuk...terutama menjadi kerani berijazah :)

    ReplyDelete
  9. saya lg 2 tahun bru cuti. er..tipulah.. 1st time saya akan beraya bukan di kampung halaman tahun ni T_T

    Post-post menarik.
    Allah wujud ke?

    Allah Sangat Baik. Setuju?

    ReplyDelete
  10. tak jeles, tak jeles pun.

    ReplyDelete
  11. jeles! jeles! jeles!! ^^

    saya sebagai WAHM takde cuti khusus..namun cuti saya tidak tertakluk pd mana2 kalender percutian juga adanya..haha..jgn jeles ek...

    muah! :)

    ReplyDelete
  12. @n@m@n

    blogging tak boleh tinggal lah naman

    ReplyDelete
  13. cti sekolah hujung tahun betul2 cuti ye cik gu..kadang2 ada aje kerja ..ke kursus ke..kan..tengok anak sedara tu..nama aje cuti..tak berapa hari aje yang dia betul2 cutinya..

    ReplyDelete
  14. @azieazahsetakat ini di sekolah saya masih lagi terkawal... saya tidak berniaga, asyik membeli je

    ReplyDelete
  15. @zainon_dz

    buatlah perniagaan lain pulak zainon

    ReplyDelete
  16. @MOHD ZHARIF BADRUL

    dah buat dah post tu zharif...
    kena korek balik, saya pun tak ingat tajuknya

    ReplyDelete
  17. @Yunus Badawi

    cuti panjang... sesetengah cikgu tak cuti mana pun, sibuk mengawas peperiksaan dan menanda kertas pula, cuma cuti mengajar je lah

    ReplyDelete
  18. @iqbalsyarie

    mesti terasa juga nanti di pagi raya tu

    ReplyDelete
  19. @abu muaz

    aha... baguslah abu muaz... jangan jeles k

    ReplyDelete
  20. @kak Erna

    tahun ini saya bercuti betul insyaAllah... tak kena mengawas dan tidak menanda kertas pun kak erna...

    ReplyDelete
  21. Salam...

    Sibuk dapat pahala cikgu...:)

    ReplyDelete

terima kasih kerana sudi meninggalkan teguran membina, moga Allah sentiasa merahmati kita semua.