Tuesday, December 28, 2010

first time

"Mah, awak lama dah tak belanja kami orang ya...," suara suami sebaik sahaja melihat adegan makan burger di tv. Wah nak memancing saya mencari makananlah tu petang-petang macam ni.

"Okaylah...nak makan apa?"
"Subway..."

Mmmm..... se KL nya saya, saya tidak pernah makan dan memesan makanan di restoran Subway. Selama ini suami sahaja yang membeli makanan di sana, kekadang bersama bapa mertua tetapi tidak bersama saya. Entahlah... tidak pernah terbuka hati hendak makan di situ.


Saya membayangkan McDonald atau KFC, semasa melangkah masuk.

Terus ke kaunter bahagian cashier. Kebetulan ada seorang pelanggan sedang membayar. Saya menanti  giliran saya di belakangnya. Sampai giliran, saya senyum kepada cashier. Dia pandang saya..... saya pandang dia. 

"Saya nak order...," lama menunggu dia menyapa saya,  lantas saya memulakan bicara.
"Miss... you order there..." balasnya sambil menunjuk ke belah kiri beliau.

Oh... salahlah tempat rupanya. Ada seorang pelanggan lain sedang berdiri  di hadapan cermin kaca tempat menyimpan makanan, memerhati  seorang pekerja memotong roti. Saya berdiri di sebelah kirinya.  Saya pun turut memandang pekerja tersebut memotong roti. 

"La... bila lah nak order ni?" hati saya berkata-kata.

Pelanggan tersebut resah saya berdiri di sebelahnya.

"Miss.... sini," aha... ada pekerja lain memanggil saya. Oh rupanya saya salah tempat berdiri. Nasib baiklah tak ramai orang di situ.

Tiba giliran, tak tahulah pulak macam mana hendak memesan... "Akak first time ke?" tanya adik pekerja tersebut.

"Ha...ah" ... Dia tersenyum. Hari ini saya belajar benda baru di Subway, belajar memesan makanan cara Subway... 

Okaylah juga. Dapat ilmu  di Subway.
Terima kasih adik Subway di Aeon, Keramat.

*lain padang lain belalang, lain restoran lain cara memesannya...


~cikgunormah@klcitizen~




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

12 comments:

  1. saya tak pernah jejak ke subway lagi..;)

    ReplyDelete
  2. salam, saya suka kl sebab macam2 makan ada..best

    ReplyDelete
  3. first time memang selalu kekok dan tercanggak-canggak, pergi sekali lagi tentu dah tak jadi masalah

    ReplyDelete
  4. salam cikgu normah..

    apa khabar? kira ok ler tu pengalaman yg tak dpt dilupakan..
    kalau ummi dok di tempat cikgu , apa ler jadi nya plak ek ? coz semua nya hubby atau anak bujang yg kuar membeli... he he he

    ReplyDelete
  5. Assalamualaikum cikgu...

    Saya belum pernah ke subway lagi...

    ReplyDelete
  6. kalo tgk dr luaran kedai subway takut nk msk sbb takut jd cm akk mla..mcm susah je cra nk pilih menu dia tu.. kalo mcd n kfc tu yela dh biasa..hehe

    ReplyDelete
  7. Subway? huhu seumo hidup tak pernah jejak ke sana lagi hehe..apa pendapat cekgu? bleh celen tak dengan mcd atau kfc hehehehe

    ReplyDelete
  8. salam..
    suka jugak makan
    subway ni 1 kaki
    panjang punya..he he

    ReplyDelete
  9. SALAM,
    TAK PERNAH KE SANA. MACAM MANA, OK KE MAKANAN ?

    ReplyDelete
    Replies
    1. ok jugak... makan roti dan isi2 nya :)

      Delete
  10. tak pernah makan di Subway. anyway setiap perkara pasti ada first time nya kan. It's a experience!

    ReplyDelete

terima kasih kerana sudi meninggalkan teguran membina, moga Allah sentiasa merahmati kita semua.