Friday, December 31, 2010

hati emas




Saya memohon maaf secara terbuka semasa mesyuarat guru baru ini, kerana tidak menjalankan tanggung jawab saya secara berkesan selama dua tahun. Adakah dosa saya terampun? Hanya Allah Yang Maha Mengetahui.

Walau pun saya tahu ia adalah amanah, perlu dilaksanakan sebaik dan sehebat mungkin, tetapi dek sifat lemah yang ada, kadang-kadang tindakan berlaku di luar kehendak. 

Ajaibnya perasaan...., kita tidak boleh menipu diri sendiri. Walau bagai mana coolnya kita dilihat pada pandang zahir mata insan lain, rasa bersalah tetap menjalari setiap inci urat dan denyut nadi. Tanggungjawab yang diamanahkan diberi kerana kepercayaan insan lain terhadap keupayaan kita dan mengharapkan hasil yang terbaik. Dan setiap kali kepercayaan itu dilanggar dan harapan itu dihampakan, setiap kali itu jugalah beban rasa bersalah meningkat dalam diri.

Apakah dengan meminta maaf, segala tindakan dapat dijustifikasikan? Pastinya sesiapa pun tahu jawapannya. Namun begitu, itulah sahaja yang terdaya saya lakukan. 

Namun begitu, saya bersyukur kerana diberi kepercayaan untuk memikul tanggungjawab yang lain. Jadi, tahun 2011 ini akan saya langkah bersama azam yang baru, cuba untuk tidak menghampakan kepercayaan insan lain dan memenuhkan tanggungjawab saya sebaik mungkin. Saya tahu saya tidak bekerja berseorangan. Rakan-rakan yang ada di sekeliling yang selama ini sentiasa cuba memahami keadaan saya masih terus memberi kata semangat dan turut sama ingin membantu. Anugerah dari Allah meletakkan saya di kalangan insan-insan berhati emas. Pujian tidak terhingga untukNya.


Salam Jumaat dan selamat menyambut tahun 2011.

~cikgunormah@klcitizen~


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

17 comments:

  1. salam cikgu,
    selamat tahun baru dan berazam baru..
    tentu sukar untuk mengukur salah silap dalam tugasan yang berpanjangan begitu, justeru permohonan maaf secara terbuka lebih mendekati maksud di hati. terpulanglah kepada pihak yang berkenaan untuk menjustifikasikannya...

    ReplyDelete
  2. Assalamualaikum cikgu...

    Itulah sebaiknya meminta maaf secara terbuka, kerana kita lebih berani daripada menyorok tanpa berbuat sesuatu dan meninggalkan orang tertanya-tanya...

    ReplyDelete
  3. salam,
    moga tahun 2011 ini, azam anda tercapai:)

    ReplyDelete
  4. Salam Kak...


    Sebagai orang berpengalaman saya nak minta sedikit tip dari akak. Macamana akak atasi rasa tidak puas hati jika ditimbun dengan kerja yang sangat banyak disebabkan sifat diam kita, tidak pandai melawan.

    Ya, kita ikhlas lakukan tugasan itu. Tetapi kekadang kita tak terlarat melakukannya. Mana yg diam akan dibebankan dengan pelbagai kerja, sebaliknya yg berani melawan, hanya diberikan kerja-kerja ringan sahaja.

    Saya cuba ikhlaskan hati, namun pada satu saat tak terkejarkan kerja bertimbun, hati yang ikhlas mula 'membebel'.

    Diam kita sepatutnya dihormati, bukannya ditindas2 lagi. Susah sungguh hendak dimengerti...

    ReplyDelete
  5. Selamat memulakan sesi persekolahan...

    ReplyDelete
  6. SALAM,
    UCAPAN SELAMAT TAHUN BARU 2011. SEMOGA TAHUN2 MENDATANG INI DAPAT KITA ISIKAN DENGAN AMALAN2 KEBAIKAN.

    ReplyDelete
  7. Salam cikgu.
    selamat tahun baru moga semakin bersemangat mengajar dan mendidik anak bangsa.

    ReplyDelete
  8. selamat tahun baru cekgu dan selamat kembali ke sekolah..awal2 tahun ni konpem cekgu2 semua bz..hehe gd luck

    ReplyDelete
  9. @abgreds

    Mengaku silap dan meminta maaf bukanlah perkara yang mudah. Moga tahun baru juga membawa kejayaan baru buat abgreds

    ReplyDelete
  10. @Abd Razak

    Sesiapa pun mengharap yang terbaik dari kehidupannya... Dan saya juga mengharap yang terbaik dari tindakan saya

    Moga tahun baru ini mendatangkan kejayaan baru buat razak

    ReplyDelete
  11. @jinkamen

    Harapan yang sama buat jinkamen

    ReplyDelete
  12. @Ros Illiyyuun

    Ros, perkara pertama ros kena belajar untuk memberitahu orang tentang kehendak kita secara berhemah. Saya pun mengambil masa utk dapat berbuat demikian. Cth. "Pn., Sy boleh buat kerja ini dalam masa 4 minggu, itu kemampuan sy. Lebih dari itu sy x dpt tolong."

    Kedua, minta bantuan dari orang lain. Untuk itu, kita sendiri mesti tidak lokek memberi bantuan. Agihkan kerja jika kita jadi ketua. Kena beri kepercayaan, walau pun kita rasa kitalah yang terbaik, tetapi upaya kita terbatas.

    Semakin lama, insyaAllah, kita akan cepat mengenal situasi dan bertindak dgn sewajarnya.

    ReplyDelete
  13. @IMANSHAH

    Moga tahun baru mendatangkan kejayaan baru buat iman

    ReplyDelete
  14. @abu muaz

    Itulah doa dan harapan saya juga

    ReplyDelete
  15. @cikguNormah,

    1. Hati Emas adalah tajuk lagu kegemaran saya.
    2. Selamat tahun baru,2011 saya ucapkan. Moga tahun ini lebih diberkati dan diredhoi setiap amalan kita. Amin

    Khaidir

    ReplyDelete

terima kasih kerana sudi meninggalkan teguran membina, moga Allah sentiasa merahmati kita semua.