Sunday, December 12, 2010

kalaulah saya datuk siti ....

Baru hendak belajar berjinak-jinak makan oat, itu pun setelah dua orang kenalan  guru merekomen beriya-iya. Ilmu tentang kebaikan oat bukannya tidak ada dalam kepala, tetapi seperti biasa, ilmu yang tidak diamalkan ia ibarat karat yang tidak membawa makna.

Tujuan utama bagi saya hendak makan oat ini ialah hendak menguruskan badan dan merendahkan tahap kolesterol. Tidak ada tujuan lain yang lebih hakiki. Usaha hendak menguruskan badan ini sudah lama dan setelah sekian lama tersebut jarang benar menampakkan hasil yang ketara.

Sebenarnya bukan kisah oat itu yang ingin dijadikan topik entri kali ini. 

Petang tadi membeli oat di Giant Hypermarket cawangan Setiawangsa. Memang biasanya di situlah tempat membeli belah barangan dapur saya. Selesai membayar, saya ke kaunter untuk mengambil hadiah percuma, kerana rupanya paket oat yang saya beli layak mendapat bekas plastik empat segi  kecil  secara percuma.

Apa isunya ya? Dua petugas di kaunter percuma itu yang menjadi isunya..... Masam mencuka menyambut saya. Duduk dan tidak bertanya apa pun. Saya mengeluarkan resit dan menunjukkan oat saya. Diam sahaja tidak berganjak. Masih masam seolah marahkan saya mengganggu ketenangan kemasaman mereka.

Dalam seminit dua, bangun salah seorang dari mereka, bergerak ke belakang lalu mengambil hadiah percuma tersebut dan meletakkannya di hadapan saya tanpa sepatah kata. Saya membuat anggapan sendiri yang bekas plastik tersebut adalah kepunyaan saya. 

"Terima kasih,"  kata saya...namun tiada respons.

Itulah isunya yang sebenar. Sikap.  Agaknya kalau saya ni Minah Salleh (orang putih) agaknya macamana ya layanan mereka... Saya kira lebih baik kut. Biasanya orang kita lebih mesra dengan pelancong asing dari sesama kita. 

Kalau saya Siti Nurhaliza pulak... camanalah agaknya ya? Tapi... saya rasa Siti Nurhaliza takkan minta hadiah percuma tu kan...... :)

~cikgunormah@klcitizen~
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

10 comments:

  1. ada emas dalam mulutnya kot kak normah?
    :D

    ReplyDelete
  2. Assalamualaikum...

    Elok sangat makan oat tu, cikgu. Saya dah amalkan makanan tu selama 10 tahun. Tak pernah saya tinggalkan takat ni..:)

    ReplyDelete
  3. Cikgu,
    saya tahan makan oat 2 hari je. Pastu dah tak larat. Kena paksa telan. Tapi rasanya, macam nak kena start balik la.
    Teruknya pekerja macam tu. Baik tak payah kerja.

    ReplyDelete
  4. salam cik gu..kalau nak masam muka pun..jangan dengan pelanggan kan..
    akak pun pernah cuba..sampai sekarang oat masih ada..banyak lagi..tak termakan pun..tak sedap lansung.he he.

    ReplyDelete
  5. salam..
    kena tambah gaji budak2 tu..
    masaalah dalaman pasaraya
    lah ni...kesian cikgu pulak
    kena tempias mereka..

    ReplyDelete
  6. @Abd Razak

    wah... mesti kolesterol razak under control

    ReplyDelete
  7. @Yati

    saya tambah milo dalam oat tu... kalau tak , tak boleh masuk jugak

    ReplyDelete
  8. @kak Erna

    setakat ni makan oat ok lah gak, tapi kena tambah milo atau ovaltine...

    ReplyDelete
  9. @zulkbo

    tambah gaji sekejap je tu zulkbo, pas duit abis, masam pulak

    ReplyDelete

terima kasih kerana sudi meninggalkan teguran membina, moga Allah sentiasa merahmati kita semua.