Thursday, December 23, 2010

kelakar

" Lama tak jumpa cikgu.."
"Wah... bagus nampaknya awak ya"

Berjumpa dengan bekas anak murid baru ini di sekolah. Dahulunya agak nakal, bermasalah juga hendak mengajarnya. Rupanya sekarang sudah bertugas sebagai anggota polis dan sudah dua tahun beliau berkhidmat.


"Cikgu masih macam dulu, ya. Masih kelakar..." itu katanya yang terngiang-ngiang dalam kepala dua tiga hari ini.


Agaknya sudah menjadi sifat saya, bercakap serius dan perkara benar pun kekadang menjadi bahan lawak menyebabkan yang mendengar tertawa kecil. Walau pun tidak layak memasuki pertandingan Raja Lawak, tetapi alhamdulillah, kalau saya memang hendak berlawak, pasti ada yang akan tertawa kecil.


Harapan saya, agar lawak saya di dalam kelas dan bersama rakan-rakan di luar alam maya, memberi manafaat, sekurangnya menghiburkan hati. Kerana bagi saya, jika hendak hidup ini lebih ceria dan ingin awet muda, satu caranya ialah mempunyai hati yang ceria dan sentiasa melihat perkara dari sudut yang positif.


*tahniah kepada semua pelajar PMR yang berjaya dan yang tidak berjaya juga. Ada hikmah di sebalik semuanya. Juga kepada semua guru sains ting 1, 2 dan 3 di bawah saya yang berjaya mencatatkan keputusan terbaik tahun ini, lulus 99.8 % dan peningkatan dalam kualiti juga. Tanpa anda semua kejayaan ini mungkin tidak akan tercapai.


~cikgunormah@klcitizen~




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

13 comments:

  1. Salam cikgu
    tahniah ye...berkat usaha murni semua cikgu..

    saya rasa sy juga kelakar orgnya..kerap gak buat kwn2 ketawa...walau dalam hati kdg2 menangis..

    ReplyDelete
  2. salam..
    tahniah buat yang berkenaan..
    orang nakal memang elok jadi polis
    selain pengalaman nakal mereka
    di perlukan dalam perkhidmatan
    agar mampu mengenali penjenayah
    sebenar hanya melalui perlakuan
    sahaja..

    ReplyDelete
  3. tahniah atas kejayaan ini.

    ReplyDelete
  4. tahniah..tentu rasa berbaloi segala usaha cikgu!!bagi saya,cikgu mesti kena ada humour sikit,baru anak murid seronok belajar!!bila rasa seronok,mudah nak terima apa yang di ajar!!

    ReplyDelete
  5. Assalamualaikum cikgu...

    Cikgu memang lawak sikit..:)
    Tahniah buat pelajar yang berjaya..

    ReplyDelete
  6. Assalamu'alaikum Normah

    Tahniah kerana mendapat keputusan terbaik.

    ReplyDelete
  7. Tahniah kepada yang berjaya dan kepada yang gagal ,hidup anda belum berakhir lagi....

    ReplyDelete
  8. @Idalara

    Jangan bersedih ida... Hidup kita pun tak lama....

    ReplyDelete
  9. @hai

    Sikit-sikit bolehlah hai... Nak berkelakar selalu pun bukannya reti sangat

    ReplyDelete
  10. @Abd Razak

    Sikit je kan razak.... :)
    Terima kasih atas ucapan tahniah

    ReplyDelete
  11. @Werdah

    Waalaikummusaalam kak werdah

    Dan terima kasih

    ReplyDelete

terima kasih kerana sudi meninggalkan teguran membina, moga Allah sentiasa merahmati kita semua.