Wednesday, December 15, 2010

memendam misteri, hanya ulat yang akan tahu...

Malam biasanya menimbulkan banyak ilham. Kenapa ya? Mungkin sebab keadaan yang lebih tenang senang menghadirkan sisi kreatif setiap individu.

Sebenarnya tak banyak mana ilham saya pun. Cuma malam ini banyak mengingatkan saya tentang diri saya. Sisi yang tidak baik, kisah tersendiri yang tidak wajar dikongsi dengan sesiapa pun.

Teringat ceramah Ustaz Zahazan dalam slot tafsir qurannya di radio Ikim tadi, ugama kita bukanlah ugama confession, yang mana perlu kita warwar pada individu tertentu tentang silap kita untuk mendapat keampunan. Taubat kita hanya perlu kita unjurkan terus padaNya, Yang Maha Tahu dan Maha Pengampun.

Kesilapan lama yang dilakukan memang tidak dapat ditebus semula dengan apa pun, hanya harapan dan doa yang begitu tinggi yang  dapat dipanjatkan agar Allah mengampuninya. Cumanya, dalam usaha diri untuk terus berada di landasan yang betul dan jalan yang lurus, gangguan dan keinginan jahat masih sesekali menyelinap masuk.

Saya hanya manusia lemah dan  tika ini, doa serta impian untuk mendapat syurga Allahlah yang menjadi sumber kekuatan. Kelebihan yang ada pada diri rupanya kekadang mengundang perkara sama yang tidak ingin diulang semula. Ujian .... mungkin untuk menguji sejauh mana betul dan benarnya keinginan untuk menjadi yang terbaik di sisiNya.

Doakan untuk saya.....

~cikgunormah@klcitizen~
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

18 comments:

  1. Salam cikgu jelita,
    memahami apa yang tersirat..hanya Allah tempat berserah dan bertaubat. Confession hanya keapda Allah jua..tidak perlu diwar-warkan kepada manusia..maaf, sekadar pendapat dari saya, manusia yang banyak kelemahan juga.

    ReplyDelete
  2. Salam cikgu..kak normah..
    biarlah rahsia.. segala kesilapan dan dosa kita hanya Allah yg tahu..biarlah pekat malam yg menyaksi taubat kita pada Allah..mudah2an kita semua diberi keampunanNYA

    ReplyDelete
  3. kesilapan lama.. memang sentiasa menghantui..
    semoga taubat kita diterima..
    mudah2an..
    amin~

    ReplyDelete
  4. Assalamualaikum cikgu..

    Laksanakan kewajipan dan amalan sunnah, tidak yang lain. Cukuplah itu sebagai kesibukan kita.

    Rasulullah s.a.w. bersabda, 'Tunaikanlah kewajipan dari Allah atasmu, nescaya kamu menjadi manusia paling mengabdi! Jauhilah segala larangan Allah, nescaya kamu menjadi manusia paling warak! Senangilah untuk orang lain apa yang kamu senangi untuk dirimu, nescaya kamu menjadi mukmin.'

    ReplyDelete
  5. Salam cikgu..

    Sama sama berdoa..

    ReplyDelete
  6. Salam...

    Hanya kepadaNYA tempat mengadu sebaik-baiknya...
    Kerana hanya DIA yang maha mengetahui..

    ReplyDelete
  7. salam teacher..

    setiap dari kita tak mungkin lepas dari segala dosa-dosa selagi kita bergelar manusia...

    apapun yg terbaik adalah apabila kita sentiasa bermuhasabah diri diatas setiap kali melakukan kesilapan...saya doakan buat terbaik utk teacher selamanya..mmg susah nak dapat kawan sebaik teacher ni..walaupun kita baru sekali bersua tetapi rasa begitu dekat sekali...masih terhutang budi pada teacher entah bila saya dapat membalasnya..

    ReplyDelete
  8. @melur

    Bersyukur sungguh menjadi umat Muhammad

    ReplyDelete
  9. @Abd Razak

    Sedang berusaha ke arah itu, moga dipermudahkan.. Hendaknya

    ReplyDelete
  10. @Cik SHiNJU

    Betul tu shinju, tapi kekadang hendak juga meluah rasa pada insan di sekeling, walau bukanlah langkah terbaik

    ReplyDelete
  11. @zai

    Alahai zai, apalah sangat kebaikan yang dah saya buat... Zai juga tak kurang mana sebagai sahabat

    ReplyDelete
  12. ZAMAN YANGKU TINGGALKAN

    Zaman yang kutinggalkan
    makin jauh dibawa arus samudera
    makin sayup dihembus tiupan bayu
    makin tinggi diarak awan gemawan
    makin samar dibalut kabut tebal;
    makin pudar dipanah cahaya mentari
    makin hilang merentas musim.

    Kisah silam
    ada yang kubawa bersama menyulam kehidupan
    ada yang kusimpan buat pengubat rindu
    ada yang kukenang menjadi perencah hidup
    ada yang cerita buat penyuluh jalan
    ada yang kutulis buat santapan rasa
    ada tercicir dan terus hilang
    ada yang samar tak dapat kuramal

    Semuanya aku sulam menjadi sutera
    aku tulis menjadi puisi
    aku gubah menjadi lagu
    aku pentaskan dalam sebuah kehidupan
    yang berwarna warni
    yang panjang dan berliku
    yang kadang tenang dan berombak.

    Apa lagi yang kita cari
    masa silam yang sudah lama ku tinggalkan
    tidak ada jalan pulang untuk itu
    kita pun sudah berjalan jauh berjalan
    mencari kehidupan yang kini kita ada
    dan masa silam itu
    hanya sebuah kisah
    mungkin kita sahaja
    yang mengerti akannya.


    Khaty Ali
    12 mlm
    30 )ktober 2010

    ReplyDelete
  13. salam,

    kenangan yg lalu..dosa yang lalu..jangan diulangi lagi kerana akan membinasakan diri sendiri..keluarga..dan orang lain yang terjebak diatas kesilapan yang kita telah lakukan... fikir-fikirkanlah..selamat beramal...

    ReplyDelete

terima kasih kerana sudi meninggalkan teguran membina, moga Allah sentiasa merahmati kita semua.