Monday, May 31, 2010

Alien di kalangan kita... jangan tak tau

Sekurangnya 15 warga Turki meninggal dunia. Jurucakap Tentera Israel pula mendakwa sekurangnya hanya 10 orang telah meninggal dunia. Mengikut televisyen swasta Israel, pihak komando tentera laut menyerang balas kerana diserang oleh penumpang-penumpang kapal dengan parang dan pisau. [link]

Jerusalem Post dalam akhbar onlinenya mendakwa hanya 2 orang meninggal dunia dan berdozen yang lain cedera.

Siapa mereka?



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

masih nak berkawan dengan saya yang materialistik ni?






Hari Ahad baru ini, melepak di Low Yatt Plaza. Sementara menanti urusan siap, mata melilau melihat kereta-kereta yang berhenti di hadapan pintu masuk menggunakan khidmat Jockey kereta.

Kereta yang menggunakan khidmat tersebut mestilah kereta yang besar-besar. Tak perasan pula caj yang dikenakan berapa ...sebab dok asyik menengok orang-orang yang keluar dari kereta-kereta tersebut je.

Setelah analisa dibuat ada beberapa persamaan yang boleh saya katakan mengenai orang-orang yang keluar dari kereta tersebut:
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Sunday, May 30, 2010

Drop Everything and Lets Solat

We need 4 hugs a day for survival.
We need 8 hugs a day for maintenance.
We need 12 hugs a day for growth.

Virginia Satir


Pelukan.


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Saturday, May 29, 2010

Cerita Bola Dari Seorang Kaki Bangku

Saya bukan orang politik. Orang hendak kata saya orang kerajaan mungkin. Sebab saya bekerja sebagai kakitangan kerajaan. Saya yang menurut perintah.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Melambak- lambak





Agaknya berapa besarkah dunia internet?


www atau World Wide Web  telah bermula pada tahun 1989 dengan hanya 50 orang berkongsi 'pages'. Setelah sekian lama berapa besarkah internet sekarang?


Dianggarkan :

  • Jika kita menghabiskan masa 1 minit membaca setiap website dalam internet, kita perlukan 31, 000 tahun untuk menghabiskan semuanya.

  • Setakat tahun 2005, pihak Google meramalkan terdapat 5 million terabytes yang membina internet. Dan pihak Google hanya dapat mengindeks 170 terabytes sahaja pada masa itu. Google memerlukan 300 tahun lagi untuk mengindeks 5 million terabytes dengan syarat tidak ada kandungan baru yang dimuatnaik oleh pengguna. (* 1 terabyte ialah 1000 gigabyte)

  • Pengguna internet terbesar ialah di Asia, diikuti oleh Eropah dan Amerika Utara.

  •  900,000  ialah jumlah entri-entri baru yang dikemaskini oleh semua blogger di dunia setiap hari

sumber

Rupanya dunia maya lebih besar dari dunia realiti.


~cikgunormah@klcitizen~



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Munch, Review & Win With Rice Crisps by Mister Potato

Perutku masih buncit. Sudah seminggu tidak menjamah nasi.

Ketar lutut? Mahunya tidak... Meleleh air liur melihat orang sekeliling menyuap nasi.


sumber
Tengok nasi kosong sahaja sudah meleleh air liur. Orang dok kata, hendak perut leper, jangan makan nasi. Berapa lama boleh tahan ni?

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lelaki Melayu Haprak...

Si dia duduk di restoran mamak. Sambil menunggu pesanan, memerhati orang yang lalu lalang. Kebetulan 2 orang pemuda Melayu berpakaian kemas ala-ala budak pegawai  pejabat, berjalan di tepi meja.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Friday, May 28, 2010

Reply to Comment

Ramai ahli dalam dunia blog ini yang tidak kedekut ilmu dan sentiasa senang membantu. Hari itu meminta bantuan Razak, segera dibalas tanpa menunggu lama. Terima kasih bebanyak. Baru ini....
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

tangan kiri dan tangan kanan

Sesiapa yang kidal, sila angkat keyboard....!!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Thursday, May 27, 2010

Ilmu baru yang hendak dikongsi


Sudah beberapa jam dihabiskan mengadap laptop ini hanya kerana satu perkara sahaja. Iaitu button Read More....
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

perempuan yang tidak mahu kalah

Menjadi ibu bapa di akhir zaman ini memang menduga dan menguji iman serta kesabaran. Melihat anak-anak remaja kini terutamanya yang perempuan amat merisaukan.


Selepas mengambil anak dari kelas tuisyen di Wangsa Maju, KL,
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Wednesday, May 26, 2010

dek sebab lembu bantal letak tepi

Cuba hendak melangsaikan hutang sedikit demi sedikit. Bab hutang ini, selagi tidak selesai , sentiasa rasa bersalah dalam hati, kan.

Ini bukan hutang duit, tetapi hutang tag. Paling banyak saya berhutang adalah dengan isza. 3 jumlah kesemuanya, jadi saya selesaikan yang ini lah dulu ya.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Saya ni ustazah tak bertauliah...

"Buat jahat sekali je, terus kantoi! "....disambut gelak yang bertaburan dari budak-budak yang lain.


Pelajar yang digelakkan hanya senyum sinis sahaja. Cuba memonteng sekolah bulan sudah, tetapi jiran sebelah rumah ternampak lalu memaklumkan pada ibunya. Dengan segera ibunya berkejar ke sekolah hendak memastikan betul atau tidak anaknya tidak ke sekolah. Memang betullah.


Sejak itu, pelajar ini dihantar ke kaunseling, dan sekali sekala, abangnya akan menjenguk membuat spot check di sekolah. Sekarang dah okay.



Saya mendekati beliau. "Mirza, awak tahu tak kenapa awak buat salah sekali je, terus kantoi?

Memang suka senyum budak ni. Senyum kan boleh membawa bahagia.


Saya pun menyambung ayat saya cuba berlagak menjadi ustazah,"Maksudnya Allah sayang kat awak lah kan. Tak nak awak terusan sesat. Lagi pun saya rasa doa emak awak menjaga awak memang makbul."


"Dah, saya yang tak pernah kantoi ni... Allah tak sayang saya lah ya, cikgu?" tanya budak yang menggelakkan Mirza.


"Errr...." camana nak menjawab ni?


Itu lah, pandai sangat saya ni hendak menjadi Ustazah tak bertauliah.....
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Tuesday, May 25, 2010

Tutorial Blockquote


Blockquote tu apa ya?





Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

menceduk idea dari blogger terkenal


Personal blogger berjaya apabila trafiknya mencurah, pageranknya tinggi, komennya banyak, ada secret admirer , design blognya meletup, semua isi hatinya tercurah dalam blog, dapat pendapatan tambahan dan ada beberapa lagi.

Itu semua tulisan rohaizad dalam Tips blogging- Tonjolkan bakat sendiri

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Monday, May 24, 2010

Dok mencari kemana hilangnya..

Tidak susah untuk menggembirakan orang lain. Mungkin hanya dengan kata-kata, mungkin hanya dengan senyuman atau pun dengan doa. Berilah kegembiraan kepada orang lain, kegembiraan itu akan datang kepada kita semula.
Solusi isu no 14 - HIDUP UNTUK MEMBERI


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

poket terbakar makan ikan bakar


Ikan bakar


Rasanya semua orang tidak akan menolak untuk makan ikan bakar. Sudah dua kali makan ikan bakar di restoran terbaru di kawasan Setiawangsa, iaitu Sekinchan Ikan Bakar. Maaflah tidak sempat mengambil gambar restoran tersebut.


Ini kira macam mini review dari saya. Walau pun tidak memberi kesan tetapi sekadar membuat entri muhasabah.


Nak tulis tentang harga dulu! Ikan kembung, ikan pari, udang , sotong .... okaylah saya kira harganya. Tetapi ikan siakap bakar sekilo harganya RM60 waktu kali pertama pergi, kali kedua pergi RM70... mahal kan. Kerang bakar sekilo harganya RM10... memang mahal lah. Walau bagai mana pun, kalau hendak hendak save budget, makan ikan pari dan ikan kembung sajalah.


Pergi kali kedua baru ini, tokey restoran menjamu ikan bakar percuma.. sekerat je. Disuruh merasa dan memberi komen tentang ikan tersebut. Katanya , pembekalnya memaklumkan ikan tersebut ikan laut dalam, susah hendak didapati dan jarang dijual di pasar.


Tokey kedai meminta saya dan suami serta sebuah meja lagi terdiri dari sepasang suami isteri untuk turut merasa dan memberi komen tentang ikan tersebut. Beliau bercadang , jika sedap isi ikan tersebut, hendak menjualnya di restorannya.


Saya terdengar perbualan meja sebelah dengan tokey ikan selepas merasa ikan tersebut.


"Saya rasa kalau sambal bakar tu lebih pedas sikit lagi sedap. Itu rasa sayalah," komen isteri meja sebelah.


Saya lihat muka si tokey dah berubah.


Moral of the story:

1. Kalau orang minta kita komen pasal ikan free tu, kita komen tentang ikan sahajalah. jangan komen tentang resepi sambal pulak. Cakaplah ikan tu kurang berlemak ke, isinya lembut ke atau sewaktu dengannya.


2. Kalau jadi tokey, janganlah cepat terasa hati dengan teguran tentang produk kita. Anggap ia sebagai cara memperbaiki mutu perkhidmatan. Kalu semua orang kata gitu, bolehlah ubah resepi.


Tapi, saya ini jenis yang tidak sukakan makanan pedas sangat.


Apa pun, bukannya senang si penerima teguran untuk menerima kritikan kan. Saya pun begitu juga. Masih dalam proses membaiki diri sendiri supaya hari ini lebih baik dari semalam.



~cikgunormah@klcitizen~

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Sunday, May 23, 2010

Tak nak makan nasi dah...

Bila ditegur dek perut saya yang buncit, alahai, sedihnya rasa. Macam orang mengandung, kata si penegur... lagilah sedih sangat. Kalau betul-betul mengandung macam isza tu best lah jugak, kan, isza.


Memang, selera saya kebelakangan ini luar biasa. Mungkin sebab hati senang dan riang. Dalam hati ada taman....ayat itu menepati kah?


...makan bukan soal kecil
Kata Ustaz Pahrol kepada saya.


Bilakah beliau berkata-kata dengan saya? Teringin juga kalau dapat berkata-kata dengan penulis tersohor ini. Tetapi sayangnya beliau hanya berkata-kata dengan saya melalui bukunya -" Dilema Melayu - Islam: Kurang Fikir atau Kurang Zikir?"


Perut dan farji (kemaluan) adalah punca kejahatan manusia. (alamak.... takutnya!!) Nabi Adam a.s dan Siti Hawa terpedaya dengan iblis kerana makan. Kita lihat dalam kehidupan sehari-hari pun banyak kejahatan yang berpunca daripada makan.


Sinisnya boleh saya katakan, pada peringkat awal kita selalu bertanya ."Nak makan apa?" Kemudian setelah kehidupan agak meningkat, kita bertanya,"Nak makan di mana?" Dan akhirnya setelah tinggi kuasanya ada antara kita yang bertanya , "Ya... sekarang kita nak makan siapa?"

sumber : Dilema Melayu - Islam : Kurang Fikir atau Kurang Zikir , m/s 202


Huh... tidaklah saya mahu sampai ke peringkat tinggi kuasa nya tu. Tapi yang jelasnya memang ramai juga yang punya kuasa sekarang perutnya pun boroi-boroi dek banyak makan.

* nak kena buat push up dan jangan makan nasi lah pulak...
ya lah tu. berapa lama agaknya tahan?


~cikgunormah@klcitizen~
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

balik rumah terus cari penyapu


Bila orang bercerita tentang menyimpan dan mengguna pakai hadiah-hadiah dari kawan-kawan walau pun kecil dan murah, saya pun terus teruja, bertekad menyimpan segala harta benda pemberian orang kepada saya sebaik mungkin.


Dan bila saya berkunjung ke rumah kawan , melihat rumahnya cantik dan tersusun kemas, terus juga saya teruja, sampai di rumah sendiri, terus cari penyapu, mengemas dan membuang barang-barang yang rasanya menyemak di mata.


... ha, itu lah saya, kalau nak tau serba sikit perangai saya lah. nasib baik orang sebelah beli gelang emas, saya pun tidak ikut teruja. Kalau tidak, berdirilah saya depan kedai habib jewel menunggu pintu kedai dibuka.


Jumaat lepas , team baju biru di sekolah (hehe... teringat kempen syarikat celcom sempena Piala Dunia) telah dijemput menghadiri 'house warming' rumah Pn Ruzita, Ketua Panitia Bahasa Inggeris di sekolah saya.


Bila saya sebut team baju biru, tu, sebenarnya tidak adalah pulak team baju merah. Saja je. Kami yang berpeluang dan ada masa berziarah ni berpakat-pakat memakai baju biru. Tema berziarah.


Jadi, entri kali ini khas untuk rakan sekolah dan tuan rumah yang manis.


tuan rumah, Pn Ruzita


feature wall di rumahnya. Masuk ke ruang tamu terus ternampak feature wall yang retro ini. cantik!



team baju biru , rusidah, ruzani dan ustazah norwati. Air yang ustazah tengah kacau tu best! tak tau apa namanya



bunga tulip penyeri meja makan



antara kuih muih



penolong dan pembantu ... (sama maksudnya, ya...?)
ustazah norwati, sarizana dan kak azmah



ustazah serba boleh, lepas bancuh membancuh, baca doa pulak
yang mengameen penuh khusyuk dari kiri, hafsah, faizah, ustazah dan zuriana



ruang makan yang luas



yang memotong buah, dari hujung , rusmina, fazanaton dan kak azmah



anak dara tuan rumah berbaju putih dan kawan sekelas
farhanah & farhanah




meja console bercermin. klasik.


Rumah Puan Ruzita ini rumah teres bahagian hujung sekali, baru sahaja di 'rennovate'. Yang pastinya, kalau ingin rumah yang kelihatan luas di mata, kena tinggikan syiling rumah dan gunakan cat dinding yang cerah seperti yang beliau lakukan. Memang berganda luasnya dari sebelum di 'rennovate'.


Rumah juga akan terasa luas di hati, jika tuan rumah juga pemurah seperti Puan Ruzita ini.


Terima kasih menjemput saya. Saya bila lagi? Tunggu saya tinggikan syiling rumah saya, nanti saya jemput ramai-ramai ya.....



~cikgunormah@klcitizen~






Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Saturday, May 22, 2010

perempuan gedik pun kalah

Hari ini hendak berkongsi luahan fikir dari Ustaz Hasrizal. Beliau ini pun merupakan insan yang saya gemar membaca buah fikirnya. Bijak menyusun ayat dan mencuri hati melalui tulisannya.


'Kalau ada perempuan yang melampau-lampau keperempuanannya, maka berhati-hatilah. Lenggoknya berlebih-lebihan, solekannya tebal bagai kulit Kamus Dewan, cakapnya lebih mengada-ngada berbanding perempuan gedik, kemungkinan besar dia itu sebenarnya lelaki! Lelaki yang terdesak untuk menjadi perempuan.

Kalau ada lelaki yang melampau-lampau kelelakiannya, maka berhati-hatilah. Jalannya bersepah-sepah berlagak macho, bajunya rugged hingga ke kenduri pun mahu bersama jersi, cakapnya lebih mencarut daripada mat lepak di kaki lima, ketahuilah mungkin dia itu sebenarnya perempuan! Perempuan yang terdesak untuk menjadi lelaki.

Kata orang Arab : Yang mengikut, lebih teruk daripada yang diikut.


Barat itu biasa-biasa sahaja. Yang terdesak mahu menjadi Barat inilah yang berlebih-lebihan. Berlebih-lebihan itu simptom kepalsuan. Fake!'


sumber: Majalah Solusi isu 17 m/s 26



Kata saya:
Memang jelas di mata dan sakit di hati bila melihat sindrom Fake ini di kalangan anak-anak muda dan orang dewasa di kalangan kita. Minta jauh dari zuriat dan keturunan kita, ya.





*apa pun, hand bag saya yang memang fake ini kekal di hati.

~cikgunormah@klcitizen~




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Tips Jika ditangkap polis

Tertarik sungguh membaca artikel undang-undang dalam majalah i isu mei 2010. Tulisan Peguambela dan Peguamcara Mahkamah Tinggi Malaya, En Khairul Anwar Rahmat memang menarik bagi saya.


'Jika anda ditangkap polis'..... itu tajuknya.


Malang tidak pernah berbau. Pelanduk dua serupa memang ada. Kita berdoa tidaklah kita terkena dengan situasi tersebut. Tetapi jika berlaku juga, ada beberapa perkara yang kita boleh lakukan:


1. Jangan anggap polis sebagai musuh. (kalau orang jahat menyamar sebagai polis takutlah juga ya)

2. Jangan panik. (ini memang peraturan sejagat. apa masalah pun jangan panik. tapi yang inilah yang susah sikit nak buat kan.)

3. Bertanya pada polis itu, " Mengapa saya ditangkap?"- ini kerana sesuatu tangkapan tidak sah jika kita tidak diberitahu alasan tangkapan berkenaan.

4. Jangan melawan.

5. Gunakan hak anda untuk membuat panggilan telefon kepada ahli keluarga/ rakan dan/ atau seorang peguam.- maklumkan pada mereka bahawa anda telah ditangkap pada masa dan tempat tertentu dan sebab penangkapan itu.

6. Jika mampu dapatkan khidmat nasihat daripada peguam yang anda pilih sendiri.


Itulah beberapa tips yang boleh dijadikan panduan oleh kita.


Selain itu, penulis juga mengingatkan bahawa, perkara pokok yang mesti diingati oleh warganegara Malaysia ialah, pihak polis hanya boleh menahan kita paling lama selama 24 jam bagi tujuan membantu penyiasatan. Jika siasatan tidak dapat diselesaikan dalam tempoh 24 jam, kita mesti dibawa kehadapan seorang Majistret untuk mendapatkan perintah reman untuk memanjangkan tempoh penahanan.


Di harap info ini dapat menambah pengetahuan. Jaga diri dan keluarga kita.


~cikgunormah@klcitizen~


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Friday, May 21, 2010

Jangan berani nak sentuh saya


"Saya sudah bertunang dan usia pertunangan kami telah mencecah 5 bulan. Hubungan kami boleh dikatakan suci kerana saya tidak membenarkan dirinya menyentuh saya walau pun berpegangan tangan"


Di atas itu bukan saya. Takkanlah saya bertunang sekali lagi. Usia pun dah nak ke senja, takkanlah sibuk nak bertunang-tunang pulak. Itu cerita orang lain. Dia ada masalah. Jom kita baca lagi masalah dia.


"Sejak kebelakangan ini dia cuba untuk menyentuh saya dan memegang tangan saya. Tunang saya selalu menyatakan dia tidak akan menyentuh saya sehinggalah perhubungan kami halal. Saya kagum dengan pengakuannya. Saya rasa amat kasihan tentang dirinya kerana dia pernah menyatakan batinnya terseksa apabila menahan gelodak nafsu ketika bersama saya."


Ha.... dah tahu masalah dia?


Saya baca rasa nak tergelak pun ada. Dah tahu gelodak nafsu kuat, senang je jawapannya, kahwin lah cepat. kalau tak boleh kahwin lagi, janganlah pergi berjumpa. Yang dok berjumpa berduaan tu kenapa?



Sebenarnya masalah di atas tu ialah petikan dari buku 'Untukmu Wanita' tulisan Ustaz Zaharuddin Abd Rahman pada muka surat 108.


Ustaz menjawab , panjanglah juga. Saya ambil yang kesimpulannya sahaja.

Kesimpulannya, hentikanlah rasa simpati tidak bertempat dan nasihatilah teman lelaki anda, dan jalan keluar hanyalah berkahwin segera.

Syarat terpenting juga, adalah, jauhilah berdua-duaan kerana itulah punca sentuh menyentuh berlaku dan akhirnya ke lembah zina.


Kan macam jawapan saya. Sebenarnya tak payah tanya Usataz pun tak apa. Tanya mak bapak sendiri pun itulah juga jawapan yang akan diberi. Ini semua common sense, tak payah masuk universiti pun boleh tahu jawapannya.


Bila saya dah tiba usia begini barulah saya faham kenapa masalah sebegini yang para belia kita rasa masalah besar, sebenarnya hanyalah masalah kecil yang senang sahaja penyelesaiannya. Dulu-dulu masa belajar dulu pun adalah juga rakan-rakan yang bermasalah sebegini.


Janganlah susah hati sangat. Kahwin je lah cepat-cepat.


~cikgunormah@klcitizen~





Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

dapat hadiah murah ....

semasa duduk bersembang di kantin bersama seorang cikgu senior, saya mendapat nilai hidup yang sangat baik dan sekali gus menyebabkan saya memuhasabah diri sendiri.


ceritanya berkisar tentang menghargai pemberian orang. walau sekecil mana pun pemberian orang, hatta pen sebatang pun hendaklah kita hargai.


cikgu ini memang jenis yang sangat menghargai pemberian orang. tidak kiralah barang apa pun, walaupun gelang batu berharga rm5 dibeli di pasar malam, dia tetap akan memakai gelang tersebut ke sekolah menunjukkan kepada sipemberi yang beliau menghargai pemberian tersebut.


saya kira, kerana sikap yang sebeginilah, insan lain akan lebih mengingati kita dan diri kita lebih dihargai.

malah pemberian cikgu tadika untuk anaknya semasa berusia 6 tahun pun masih disimpan kemas walau pun ianya hanya berupa key chain diperbuat dari kerang. kini anaknya berusia 26 tahun dan setiap kali anaknya melihat semula key chain tersebut, pasti ingatan terhadap guru tadikanya muncul kembali.


saya kagum dengan sikap sebegitu. sebab saya tidak seprihatin beliau. ada kalanya mendapat hadiah kecil-kecil dari kengkawan, saya pun tak ingat di mana saya simpan dan letakkan.



semasa cuti sekolah nanti, saya hendak menyelongkar semula bilik dan stor saya mencari hadiah-hadiah kecil pemberian insan-insan yang mengingati saya kerana saya juga ingin menjadi seperti guru tersebut.


*bersyukur pada Allah itu yang utama, tetapi nilai tersebut lebih terserlah jika pemberian manusia pun tidak kita lupakan dan cuba kita hargai.



~cikgunormah@klcitizen~
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Thursday, May 20, 2010

anak kita pintar atau tidak?

saya baru tahu , rupanya , program pelajar Pintar yang penaungnya Datin Paduka Sri Rosmah itu sedang mencari calon-calon pelajarnya.


beritanya sudah lama, sejak 1 Mac 2010. Tarikhnya pun sudah hampir tutup iaitu 31 Mei 2010.

------------------------------------------------------------

UJIAN PERMATApintar UKM1 KINI BERMULA

Ujian PERMATApintar UKM1 bermula dari 1 Mac 2010 hingga 31 Mei 2010. Ujian ini adalah untuk pelajar-pelajar Malaysia yang berumur 8 hingga 15 tahun sahaja. Ujian ini boleh dilakukan sama ada di sekolah, rumah, cybercafé atau dimana sahaja terdapat capaian internet. Ujian UKM1 merupakan saringan pertama untuk pelajar menyertai program-program.

1. Perkhemahan PERMATApintar Negara di UKM (untuk pelajar berusia 9-15 tahun)
2. Perkhemahan PERMATA Insan yang dikendalikan oleh Universiti Sains Islam Malaysia (untuk pelajar berusia 8 tahun sahaja)
3. Akademi PERMATApintar UKM iaitu sekolah khas pintar cerdas (untuk pelajar tingkatan 3 pada tahun 2010 yang akan memasuki tingkatan 4 Akademi pada tahun 2011).


Keperluan system:
1. Komputer dan tetikus
2. Capaian internet yang stabil
3. Pelayan Internet (Internet Explorer, Mozilla Firefox, Safari dan Google Chrome)


Perlu diingatkan bahawa pelajar tidak dibenarkan mendapatkan bantuan dari orang lain, kamus, media elektronik dan sebagainya semasa mengambil ujian saringan ini, dan setiap pelajar hanya dibenarkan mengambil ujian saringan ini sekalisahaja. Pelajar akan diminta memasukkan biodata mereka sebelum memulakan ujian saringan ini.


*Nota:
1. Ibubapa, penjaga atau guru dibenarkan membantu pelajar untuk memasukkan maklumat pelajar, sekolah dan ibubapa/penjaga sahaja.
2. Ujian ini boleh diberhentikan dan disambung semula ke mukasurat terakhir anda.
3. Jika talian internet anda terputus anda akan dibawa ke mukasurat permulaan dan anda perlu memasukkan MYKAD/MYKID/Surat Beranak# untuk ke mukasurat terakhir anda.




-------------------------------------



Saya amat menggalakkan sesiapa yang ada anak umur antara 8 - 15 tahun untuk mengikuti ujian IQ tersebut secara online.




Setakat ini sudah seramai lebih 63 000 pelajar yang telah lengkap mengambil ujian tersebut. dan ujian ini adalah merupakan ujian saringan pertama.




Bagaimana dikategorikan anak kita pintar cerdas?

Saya petik dari laman webnya:

Ada dalam kalangan kanak-kanak yang dikatakan pintar cerdas adalah kanak-kanak yang mempunyai kebolehan luar biasa dalam bidang sukan, muzik, lukisan atau seni persembahan berbanding dengan rakan sebaya mereka yang lain. Ini bermakna kanak-kanak pintar cerdas bukan sahaja kanak-kanak pintar dari aspek akademik tetapi juga kanak-kanak yang mempunyai kebolehan yang mengkagumkan dalam aspek kesenian dan kesukanan. Oleh itu, kanak-kanak yang mempunyai potensi dan tahap motivasi serta pencapaian yang tinggi dalam aspek intelek, kreativiti, artistik, kebolehan kepimpinan serta mempunyai bakat dalam bidang seni dan muzik juga dilihat sebagai kanak-kanak pintar cerdas.





Jom kita ajak anak-anak kita cuba.


~cikgunormah@klcitizen~
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Maggi, Astro, L'oreal, L.E.D., Blog dan cikgu

Hari guru dah 4 hari berlalu. Tetapi saya anggap perayaannya sebulan lah. Saja suka-suka.

Hari ini hendak mengabadikan beberapa mesej yang comel-comel saya terima dalam sistem pesanan ringkas telefon bimbit saya. Ada yang dari rakan, ada yang dari anak murid.

Saya cuma letakkan 3 sahaja.

Dari sahabat Intan Salina:

Mak cakap CIKGU macam MEGI, makanan rutin time susah,
ayah cakap CIKGU cam D'SEEKERS, menakutkan,
atuk cakap CIKGU cam ASTRO, macam-macam ada,
tapi saya cakap CIKGU cam L'OREAL, kerana dirimu begitu berharga.
SELAMAT HARI GURU




dari Ismadi, geng masa mengawas SPM tahun 2008:

Cikgu --> panggilan keramat, tugasnya berkat.
Jasamu membuat insan jadi orang.

SELAMAT HARI GURU
-->tetaplah menjadi lilin membakar diri, biarpun di zaman ada L.E.D.


dari Zharif penulis blog My Way

Selamat hari guru cikgu normah :-) wlpun tak pernah jadi anak murid, tapi cikgu tetap mengajar saya melalui blog.. terima kasih cikgu



Terima kasih buat semua yang mengucapkan dan mendoakan. Semoga semua doa yang manis tersebut dimakbulkan Allah hendaknya.



~cikgunormah@klcitizen~



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Wednesday, May 19, 2010

kenapa saya tidak suka mendengar radio ikim.fm 91.5




sejak sudah masuk usia 40an ini, memang kecenderungan diri makin berubah. tidak kiralah, apa pun, warna baju ke, fesyen baju ke, selera makan ke hinggakan siaran radio yang didengar pun berubah juga.


saya memang gemar mendengar siaran radio ikim.fm. peluang mendengarnya sangat terbatas. saya mendengarnya bermula pukul 7 pagi hingga 7.15am, semasa dalam perjalanan menghantar anak.


dan sesi kedua waktu mendengar ialah waktu petang dalam pukul 5.


seterusnya kekadang dalam kereta selepas magrib juga saya sempat lah mendengar, kerana menghantar anak ke kelas tuition.


tetapi dalam banyak segmen yang saya dapat ikuti itu, ada satu segmen yang paling saya tak suka. iaitu segmen tajaan. biasanya waktu petang.....kenapa?


saya rasa banyak sangat tajaan produk 'islamik' ini yang bermacam-macam kemujarabannya dan sepatutnya kalau kita ambil dan makan memang sah lah kita jadi umat terbaik. bukan nak mengkondem produk halal tersebut, tetapi saya rasa macam dah over sikit dalam radio ikim ni.


tak kiralah dengan hira' marketingnya, higoatnya, kismis, kopi radix , majalah, minuman koko ... dan segala macamlah. belum lagi tajaan motivasinya lah, teknik belajar lah...


kalau iklan pendek-pendek tu saya terima signifikannya, tetapi kalau sudah satu segmen, lebih kurang setengah jam hingga 1 jam asyik bercakap tentang produk tu, rasa-rasa macam pergi parti tupperware rumah cik kiah lah pulak.


akibatnya waktu petang, jika dalam kereta. saya akan menukar siaran dengar radio hitz.fm yang lebih merepek tu.


saya bukan anti bisnes orang islam ni, tapi saya kekadang rasa malu dan pelik, kita ini terlalu bergantung kepada perkara-perkara sebegini seolah-olah jalan mendapat kejayaan senang sahaja, nak pandai cepat, minum air koko, nak anak rajin solat pergi slot motivasi... nak ingatan kuat makan kismis, jus tok guru.


bukan saya menafikan kemujarabannya. sebab dari testimonial yang diberi dalam radio ikim tu memang berkesanlah pada makcik A, makcik B, dan pakcik C. tiba produk lain pulak, kemujarabannya terserlah bagi makcik D, makcik E dan pakcik F. Anak makcik G dan makcik H bila pergi motivasi yang itu, balik rumah memang tak tinggal solat, yang pakcik I dan pakcik J, anaknya pula dah boleh jadi tok imam bila pergi motivasi yang lain pulak.


adoii... pening saya mendengarnya.


satu perkara yang saya suka tentang radio ikim ini dan masih menambat hati saya ialah bacaan ayat quran dan terjemahannya, selalunya selepas azan atau sebelumnya, dan tafsir al-quran selepas pukul 8 malam (siaran ulangan yang pagi punya). ada juga slot usrah.


kalau boleh perbanyakkanlah slot tazkirah. sedutan ceramah yang menarik diperdengarkan. soal jawab agama pun best juga.


kurangkanlah segmen tajaan tu. boring sungguh.


tapi apa pun terpulanglah. lesen radio tak perlu dibayar oleh pengguna, jadi ikutlah , nak perdengarkan apa saja, kalau agak malas nak dengar saya tutup je radio,


~cikgunormah@klcitizen~


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

guru kena saman...

ini entri berpesan-pesan , terutamanya kepada semua guru tidak kira yang baru atau lama.

'Undang-undang Pendidikan di Malaysia' tulisan Tie Fatt Hee terbitan Fajar Bakti sedang saya baca dan sedikit sebanyak membuka mata.

Guru dikenakan ganti rugi membayar RM40,000.00 iaitu 40% dari jumlah ganti rugi RM100,000.00 kerana kecuaian menyebabkan kematian pelajar semasa aktiviti berkelah di pantai Port Dickson.

Ceritanya begini, setelah tiba di Pantai Port Dickson, satu taklimat telah disampaikan oleh guru yang mengiringi lawatan tersebut. Pelajar dilarang berenang di pinggir pantai jika tiada guru yang hadir mengawasi kegiatan mereka.


Semasa makan tengah hari, 2 orang pelajar kelihatan bermain di tepi pantai. Salah seorang guru yang mengiringi berbincang dengan guru lain sama ada ingin mengambil tindakan terhadap pelajar tersebut. Namun, guru lain menyatakan yang pelajar tersebut hanya bermain-main dan tidak berenang.


Malangnya, kedua pelajar tersebut telah terjatuh dan dilanda oleh ombak ke arah laut. Akhirnya mereka mati lemas.


Semasa perbicaraan, guru yang didakwa, menjawab bahawa pelajar-pelajar tersebut telah mengingkari arahannya, bermakna pelajar-pelajar tersebut bertanggungjawab terhadap kemalangan tersebut. Mahkamah menerima jawapan tersebut dan perbuatan pelajar dianggap 'kecuaian sertaan' dan boleh dikenakan hukuman sebahagian dari dendaan iaitu 60% dari RM100,000.00 .

(sumber dari mukasurat 93-94 buku Undang-undang Pendidikan di Malaysia)


Saya tiada ilmu perundangan dan saya pasti ramai juga guru di luar sana tiada ilmu tersebut juga. Membawa pelajar-pelajar keluar menjalankan aktiviti luar bilik darjah sama ada di luar sekolah atau tidak memang merupakan sebahagian dari skop kerja seorang guru.


Namun pada masa yang sama, risiko untuk berlaku kejadian di luar kawalan sangatlah besar. Wang ringgit tidak dapat menyelesaikan perasaan sedih dan bersalah atas kecuaian kita yang sebentar.


Mengawal pelajar dalam kelas pun sudah membawa masalah apatah lagi membawa mereka keluar dari rutin dan sudah semestinya mereka akan 'over excited' dan selalu bertindak di luar sangkaan kita.


Apa pun, banyak-banyak berpesan , mengingat dan ikut gerak hati kita. Kalau saya,.. dari malam sebelum nak bergerak dan di sepanjang perjalanan aktiviti, bibir tak sudah-sudah mohon Allah permudahkan.

semoga tiada lagi peristiwa sedih seperti ini dalam perjalanan tugas kita berlaku.

~cikgunormah@klcitizen~
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Tuesday, May 18, 2010

patah selera

setiap isnin, di kawasan saya ada pasar malam.

jadinya, hari isnin selepas menghantar anak ke kumon, saya akan bergerak ke pasar malam mencari menu untuk malam tersebut.


selalu saya akan perhatikan, sebuah gerai ini, makanannya berjenis-jenis, semuanya berasaskan sup. nampak memang sedap. bubur nasi ada, kuahnya sup lah, mee sup, bihun sup, kuey tiow sup... gear box pun ada. kalau menengok menunya memang membuka selera.


tapi, yang selalu mematahkan selera saya ialah, penjualnya... si tokey tu la. lelaki, berbadan besar. kegemaran memakai singlet tidak berlengan. saya tahulah panas bang oii, tapi geli pulak tengok badan berlengas tu menghidang makanan.


sudahlah begitu, singletnya pula, bertompok-tompok macam mekanik membaiki kereta pula. aduii... lagi lah patah selera.


tapi , saya lihat ramai juga manusia yang membeli dari si tokey tersebut. saya tahu beliau tidak membaca blog saya ini, tapi saya hendak juga berpesan kepada beliau dan rakannya yang mencari duit di pasar malam, jagalah kebersihan. supaya saya tidak patah selera. jadikan jualan kita itu juga sebagai sumber amal dalam ibadah kita kerana yang membeli adalah saudara seagama juga.

tetapi terpulanglah kan. itu gerai anda.


~cikgunormah@klcitizen~
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

goreng pisang panas

bayangkan, anda sedang berada di sebuah gerai makanan ikan bakar. bersebelahannya terdapat gerai menjual goreng pisang.

orang ramai. waktu tengahari. panas.


teringin pulak merasa goreng pisang tersebut. lalu memesan kepada tokey nya. tidak lama kemudian goreng pisang pun sampai. panas lagi. memang sedap sangat. garing tepungnya, crunchy, cukup masinnya. pisangnya pun sedang elok masaknya.


sambil mengunyah perlahan, anda memerhati si tokey goreng pisang tersebut. muda-muda lagi sudah pandai berniaga. baguslah anak melayu yang sebegini.

kemudian anda nampak, si tokey ini menghembus hingus dari hidungnya, dengan menggunakan jari telunjuk kanannya menutup salah satu lubang hidungnya. habis menghembus, dia mengelap hidungnya dengan lengan baju t-shirtnya, mengelap hujung jari tadi dengan apronnya lantas mencelup tangannya dalam adunan tepung goreng pisangnya dan mula menggoreng seperti biasa.





agaknya, anda akan meneruskan makan goreng pisang anda tadi tak?


~cikgunormah@klcitizen~
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Monday, May 17, 2010

Sampai hati abang buat saya macam ni ya....

tulisan ustaz Pahrol Mohamad Juoi memang menjadi minat sebagai bahan bacaan saya. apatah lagi kalau beliau membicarakan soal hati dan cinta. memang luar biasa penulisan tentang cinta yang digarapnya.


bukan seperti kisah cinta atau tips orang lain yang kekadang membosankan saya.


Bukan Cinta Biasa! dalam majalah SOLUSI isu no.18, membicarakan cinta luar biasa yang berpaksikan KERANA ALLAH.


antara tulisannya yang terkesan ialah...

' Subhanallah, hasil kajian menunjukkan setelah bertahun-tahun berlalu, mereka yang bersabar dengan perkahwinan yang tidak bahagia akhirnya lebih bahagia daripada mereka yang mengambil keputusan untuk bercerai.

Itulah berkat sabar. Kerana kesabaran itu lebih dekat dengan iman. Bukankah kesabaran itu separuh dari iman.

Bukankah dalam hidup ini, mereka yang berjaya mengharunginya, bukan orang yang bijak, cantik dan ternama... tetapi oleh orang yang sabar. '


Ustaz juga mengungkap kesabaran Siti Hajar yang ditinggalkan oleh Nabi Ibrahim a.s. di tengah padang pasir keseorangan bersama anaknya. Tidak boleh terbayangkan macamana.


Sedangkan kalau saya ditinggalkan di tengah pekan keseorangan pun boleh jadi sedih mengalir airmata seperti tidak dihargai. Apatah lagi kalau saya ditinggalkan seperti Siti Hajar, agaknya meraung bagai orang gila di tengah padang pasir keseorangan...


Soalan yang ditanyai oleh Siti Hajar kepada suaminya hanyalah "Apakah ini kerana Allah?". Dan bilamana suaminya mengiyakan, beliau pun merelakan perpisahan tersebut.

Agaknya kalau saya.... "Sampai hati abang buat saya macam ni ya. Tergamak abang tinggalkan saya".... macam skrip-skrip drama melayu kitalah kan.

Kata Ustaz Pahrol...' Bertemu kerana Allah, berpisah pun kerana Allah. Itulah tradisi dalam cinta para solihin dan muqarrabin.. Dan iktibar buat kita, untuk mengekalkan cinta dalam rumah tangga inilah juga asas dan terasnya. Jangan ada 'kerana' yang lain. Jika ada yang lain, pasti cinta itu tergugat jua walaupun seteguh mana sekalipun janji dan peneguhan kata yang dimeterai.

Untuk mengekalkan cinta, ini sahaja prinsipnya- berbuatlah apa sahaja kerana Allah. Lurus, tulus dan telus tanpa belok dan bengkok.'


Jom kita usahakan untuk dipraktikkan.

~cikgunormah@klcitizen~



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

biosteel- baju kalis peluru

terbaca tentang artikel Baju kalis Peluru dari susu kambing dalam majalah Milenia April 2010. mesti sudah ramai yang membacanya.

sebenarnya cerita baju kalis peluru dari susu kambing ini dah lama, sejak 1998. dan memang ada sudah kambing-kambing yang diternak untuk susu biosteel ini.

saintis di merata dunia memang mencari, mengkaji dan cuba menghasilkan aneka biosteel - bahan yang lebih kuat dari besi dan biasanya bahan organik yakni berasal dari benda hidup.


Kelebihan biosteel ini ialah:

  • 5 kali lebih kuat dari besi
  • tidak berkarat
  • tidak kering atau rapuh dimakan usia
  • boleh diregang 40 peratus tanpa putus
  • imun dari kerosakan serangan mikrob atau fungal
  • kalis air
  • lebih ringan berbanding besi

Cara menghasilkan biosteel ini ialah menyuntik gen labah-labah ke dalam embrio kambing, kerana sutera labah-labah adalah gentian terkuat di dunia. jadi si kambing itu nanti akan menghasilkan susu yang mempunyai ciri gentian sutera dalamnya.

ada pro dan kontranya, benda seperti ini. itu kena baca lebih lanjutlah...


tetapi yang menariknya juga, baju kalis peluru jenis cecair (liquid body armor) juga sedang giat dihasilkan oleh para saintis barat ini.


ada diterangkan di sini . secara ringkasnya zarah-zarah besi yang halus dicampurkan dalam cecair khas berupa minyak silikon (saya ingat silikon ini hanya digunakan dalam pembedahan plastik membesarkan payu dara sahaja). apabila arus elektrik dialirkan, zarah besi ini bertaut antara satu sama lain dan bahan berupa cecair itu akan berubah menjadi pepejal dalam sekelip mata. jadi dapatlah menutupi badan dan elakkan dari serangan peluru atau senjata tajam...canggih.


juga dalam masa yang sama, liquid body armor yang jenis lain juga turut dalam kajian. yang ini jenis tidak menggunakan arus elektrik, tetapi dengan hanya tekanan dalam bentuk serangan peluru atau tikaman ke atas cecair tersebut, cecair itu serta merta berubah menjadi pepejal. apabila tiada serangan peluru atau tikaman , pepejal itu akan berubah menjadi cecair semula.


fikir-fikir semula, kenapalah beriya sungguh membina baju kalis peluru ini ya... nak berperang dengan siapa mereka ini semua? apa yang hendak diperangkan dan bila target mereka hendak berperang ni?


model konsep baju kalis peluru tahun 2025 di usa



~cikgunormah@klcitizen~



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Sunday, May 16, 2010

kilauan mempesona

eve of the teachers day.
dinner sempena hari guru di peringkat sekolah. bertempat di Ke
lab Darul Ehsan , Ampang.
temanya: Kilauan mempesona

hanya sempat memuat naik beberapa gambar sahaja. akan dimuat naik kemudian nanti.


barisan ratu kemilau: rusidah, fazanaton, asniza, marhanum, rusidah dan zarmin.
marhanum cikgu bertuah menjadi ratu kilauan malam tersebut.


faizah , antara orang kuat kelab guru 2010



tuti azuraidah, pengacara majlis malam tersebut


zafinas & rosnai yeti


saya dan hafsah (antara orang kuat kelab guru 2010)



syarifah eda (memang berkilau dan menyilau malam itu) dan saya yang tenggelam dalam kemilaunya


antara guru lelaki, sahiri, ustaz rizal, ustaz fatah, azuha dan ustaz .... (alamak lupa pulak nama ustaz ni, pembekal gamat emas ni)



guru paling pemurah sesi petang, hanes dan guru paling penyayang, rusmina



rakan semeja: kak rosiah, ruzita manis, sarizana, ustazah norwati dan syarifah eda




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

maaf dari seorang guru

ingin membuat entri tentang guru, kerana saya seorang guru dan 16 mei adalah hari saya dan hari (lebih kurang) 250,000 guru-guru lain di malaysia ini.


saya baru sahaja dalam bidang pendidikan.


17 tahun sebenarnya bagi seorang guru ibarat budak remaja yang masih mencari identiti dan cuba membentuk personaliti diri. semakin lama dalam bidang ini saya semakin menyintai bidang perguruan tetapi tidak kepada skop tugasnya, yang kekadang terlalu rencam dan menjerihkan.


apa pun , ini jalan pilihan, dan inilah pilihan terbaik yang telah saya buat dalam hidup saya selama ini.


menjadi guru yang terbaik adalah cita-cita saya. guru yang menjadi pendorong kepada anak murid dan menjadi sumber positif dalam pandangan dan tindakan mereka.


bukan senang.


cuba menjadikan karektor baik dan menjiwainya bukan mudah.



memang ada kala, hati yang terguris dengan kerenah anak murid yang semakin mencabar, turut menduga kesabaran. akibatnya, kata amarah yang tidak terbendung terlepas dari bibir tanpa ada niat.





saya hanya manusia biasa. tidak terlepas dari runtunan hati dan perasaan. ada kala memang ada anak murid yang begitu pandai mengambil hati dengan sikap serta akhlak yang baik, dan dalam masa yang sama ada pula yang sentiasa mencari perhatian dengan lagak serta tindakan yang tidak dapat diterima. lantas, mungkin tindakan dan kata-kata saya sering terpihak pada sesetengah anak murid sahaja tanpa saya sedari.




masih terlalu banyak saya perlu belajar tentang aspek kepemimpinan, kerana banyak sifat pemimpin tiada dalam diri saya, sedangkan guru yang baik adalah guru yang boleh memimpin dan mendidik jiwa pemimpin dalam anak muridnya.



sempena hari guru ini, saya memohon maaf di atas keterlanjuran tutur kata atau tindakan saya terhadap semua anak murid saya. saya juga memohon maaf keran tidak berjaya lagi menjadi guru terbaik dalam hidup anda semua. maafkan saya. halalkan masa saya bersama kamu yang mungkin tanpa saya sedar tidak saya perguna sebaik mungkin.

semoga Allah merahmati kita semua dan mengampunkan dosa kita.


~cikgunormah@klcitizen~

SELAMAT MENYAMBUT HARI GURU kepada semua guru
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Saturday, May 15, 2010

dalam runtuhan ada nikmat

Saya buta huruf dalam Bahasa Arab. boleh membaca al-quran tetapi tidak tahu makna tanpa teks terjemahan.

Jadi saya memegang kebenaran dari artikel di Majalah Solusi isu 17 yang ditulis oleh Ummu Sakinah sahaja. Walau pun cuba ke laman web zadalebad.com untuk membaca artikel sebenarnya tetapi tidak berjaya disebabkan kebutaan huruf saya.

"Pusat Kesihatan Terbesar No 1 di Dunia" ... terletak di Gaza. 

macam tak percaya , kan.

Dari kajian yang telah dilakukan, didapati penduduk gaza sihat kerana:


1. mereka menghindari makanan berlemak

2.mereka aktif berolahraga, berjalan kaki di sekitar penempatan

3. tidak mengamalkan perubatan moden yang menggunakan ubatan kimia. mereka mengamalkan konsep 'kembali kepada alam'

Penduduk Gaza juga secara tidak langsung 'berterima kasih' kepada pemerintah Mesir dan Israel yang telah membina tembok sempadan, kerana disebabkan tembok inilah mereka akhirnya bertemu dengan cara hidup sihat jauh dari peradaban moden yang merosakkan jiwa dan raga.


*setiap yang berlaku memang ada rahmatnya. beruntunglah kita umat islam yang memandang segala sesuatu dengan kebaikan. sentiasa positif dalam hidup.

~cikgunormah@klcitizen~
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

abuya


Tumpuan semua orang sekarang ialah Piala Thomas dan Uber, apatah lagi dengan keputusan yang telah tertakdir. Bermacam analisa, pendapat dan cadangan yang akan kita baca untuk beberapa hari ini.


Obses kita terhadap isu ini seolah menenggelamkan cerita kematian pemimpin kelab poligami global iaitu Ustaz Asaari Muhammad Tamimi @ Abuya.


Rupanya kelab poligami global di 8 buah negara termasuk yang di indonesia akan berkabung seminggu dengan mengadakan majlis tahlil.


Semasa saya di universiti dahulu , tahun 1985-89, nyaris terlibat dengan gerakan alArqam pimpinan Ustaz Asaari @ Abuya ini. tetapi ada rakan yang terlibat, bekas pelajar Tun Fatimah, cemerlang dalam pelajarannya semasa SPM dan Matrikulasi, bercita menjadi doktor masa itu, tetapi apabila terikut dengan gerakan ini, tidak menghabiskan pelajarannya dan menjadi isteri ke 3 seorang doktor alArqam. bayangkan kesedihan yang ditanggung oleh keluarga terutama ibunya.


Tapi itu cerita lama.


Membaca ini jalanku menyedarkan saya.


Gerakan Ustaz Ashaari @ Abuya sebenarnya banyak mencorak gerakan-gerakan dakwah islamiyah di negara kita. Ustaz Ashaari @ Abuya sebenarnya berjaya menyelamatkan ratusan malahan mungkin ribuan insan yang hampir tidak kenal jalan 'pulang', tetapi dengan metode dakwahnya yang terancang dan menyentuh hati-hati , mereka ini berjaya diselamatkan dan mengenal semula Islam dalam kamus hidupnya.


Malangnya, ajaran dan amalannya didapati terseleweng dan tersasar dari akidah ahli sunnah wal jamaah, biar pun begitu kita tidak mungkin dapat menolak sumbangan beliau dalam masyarakat kita.


Semoga Allah mengampunkan dosa beliau, dosa-dosa kita dan dosa-dosa semua umat islam di dunia ini dan menempatkan beliau bersama para orang soleh.  Alfatihah.

~cikgunormah@klcitizen~






Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...