Tuesday, August 31, 2010

Syak Wasangka

Sudah 53 tahun ...tanah tercinta ini merdeka. Yang utama waktu dan ketika itu, datok nenek kita  berjaya memerdekakan bumi ini . Tika itu, yang penting ialah kunci pemerintahan diserahkan pada yang selayaknya di kalangan kita. Datok nenek kita yang menentukan hala tuju negara, membangunkan negara dalam acuan dan kerangka yang selayaknya pada fikir dan kehendak mereka.

Setelah melepasi angka 53 ini, apakah yang utama yang perlu dimerdekakan semula? 

Seorang penceramah yang tidak saya ingat siapa pernah berkata :
"Sesuatu tamadun yang ujud di dunia ini musnah bukannya dek serangan dari luar, tetapi disebabkan masalah dalaman"
Pada hemat saya, kita perlu merdeka dari syak wasangka sesama kita. Isu racist perlu diminimakan seboleh mungkin. Ia ibarat barah menular secara diam yang akhirnya akan memakan diri. Kita akan salahkan semua orang kecuali diri kita. Ya, kita banyak berkorban tetapi tidakkah ada diantara jiran kita yang bukan sebangsa kita juga berkorban sama?

Bukankah ada di antara bangsa Cina dan India yang telah pun menjadi saudara seagama kita? Bukankah ada di antara rakan Melayu kita yang jelas lebih Barat dari Barat itu sendiri, lebih kuat rasa benci terhadap agama Islam berbanding jiran bukan Melayu kita.

Satu kisah benar berlaku pada seorang sahabat, seorang makcik Cina tua yang sedang memerlukan pertolongan berjalan ke arah sahabat tadi, walau pun di sekeling mereka terdapat kaum sebangsanya. Dalam pelat bahasa Melayunya, pertolongan yang diminta akhirnya terlaksana. Bila ditanya kenapa datang meminta tolong dari sahabat tadi, makcik Cina itu kata," Lu olang saya bolih picaya."

Semua kita sebenarnya perlu berusaha untuk lebih berbaik sangka dan kurangkan syak wasangka. Tidak semudah yang ditulis, tetapi perlu kita lakukan. 

Jangan cepat melatah, fikir secara terbuka dan lebih cuba memahami agar kita juga akan difahami.

SELAMAT MENYAMBUT KEMERDEKAAN!
MERDEKA! MERDEKA! MERDEKA!

~cikgunormah@klcitizen~
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Monday, August 30, 2010

Blogger yang terkentut

Bagaimana seorang blogger memastikan yang tahap kesihatan beliau dalam keadaan baik? Kentut! ...Ha, jangan tak percaya blogger yang selalu terkentut menunjukkan sistem penghadamannya berlaku dengan efisien.


Kalaulah  katakan,.... blogger rohaizad mengadakan pertandingan blogger yang terkentut paling banyak serta menawarkan hadiah yang pelbagai,  jangan lepaskan peluang. Masuk pertandingan blogger yang terkentut ini. Bagi memastikan anda sebagai blogger yang terkentut paling banyak, apa yang perlu anda buat  dalam persiapan pertandingan blogger yang terkentut paling banyak itu ialah : (info)
  1. makan sebanyak mungkin makanan karbohidrat. Kenapa? kerana karbohidrat paling mudah melalu proses penapaian dalam usus serta menghasilkan paling banyak gas. Apatah lagi kalau blogger yang terkentut ini makan makanan kekacang! Kekacang paling tinggi karbohidrat kompleks yang susah dicerna dan bakteria dalam usus setiap blogger yang terkentut ini akan lebih gemar mengurai karbohidrat kompleks ini.
  2. makan makanan yang susah dihadam (indigestible food). Contoh ....minum susu.
  3. mengunyah chewing gum.... ha, ni budak-budak muda suka ni. bila mengunyah chewing gum blogger yang terkentut secara tidak langsung boleh memasukkan udara sekitar ke dalam usus besarnya lantas menambah peluangnya menjadi blogger yang terkentut paling banyak.
  4. makan makanan atau minuman tercemar. bukan sahaja boleh menyebabkan blogger terkentut, tapi boleh juga menyebabkan cirit birit.
Tetapi..... malangnya, blogger rohaizad tidak mengadakan pertandingan blogger yang terkentut paling banyak. Cuma, rohaizad mengajak sesiapa yang punya cerita suka atau duka tentang blogger yang terkentut membuat satu entri bertajuk Blogger Yang Terkentut.

Tiada kisah di sini, cuma jikalah semasa blogger yang terkentut itu kentut, alangkah baiknya kalau bunyi kentut itu dapat diterjemahkan ke dalam bunyi yang berbeza ala-ala bunyi deringan telefon seperti dalam video di bawah ini:



*entri ini hanya entri suka-suka mengambil bahagian dalam cabaran blogger rohaizad*~ jangan marah atau meluat ya

~cikgunormah@klcitizen~


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Sunday, August 29, 2010

Walau sedikit....

Kehidupan rata-rata dari mereka memang sedia susah. Bertani, mengembala lembu menjadi sebahagian budaya dan pendapatan utama. 


Namun ketentuan Allah tiada siapa yang tahu. Rahmat di sebaliknya hanya Dia juga yang tentukan. 

Yang pasti kita di bumi Malaysia ini dengan segala rahmat, rezeki dan suasana yang damai memang amat bersyukur diletakkan Allah di bumi bertuah ini.

4.6 juta manusia kini tiada rumah, berbumbungkan langit dan beralaskan tanah dalam bulan Ramadan yang penuh ujian ini. Seperti yang semua maklum, 1/5 dari Pakistan yang dianggarkan sebesar England telah dilanda banjir besar. Tidak kurang dari 7 billion dolar diperlukan untuk membina atap, rumah, jalan raya, jambatan dan bangunan kerajaan yang lain.



Dalam keadaan yang begitu mendesak itu, kita lihat bantuan kemanusiaan peringkat dunia seakan dingin dan lembap sekali ke atas Pakistan. Mungkin sifat tidak sensitif Presidennya sendiri, kes rasuah yang begitu menebal dan dasar-dasar luar negara tersebut menyebabkan rakyat dunia agak lambat dan enggan membantu. Why donors hesitate to fund relief for Pakistan's flood victim?

Mungkin sumbangan kita dapat membantu mereka walau pun sedikit ..... sini.

~cikgunormah@klcitizen~


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Saturday, August 28, 2010

hargai...

Antara ciri dalaman yang hadir dalam diri setiap kita ialah mengharapkan orang menghargai kita atas usaha yang kita lakukan. A feeling of importance.


Namun begitu ramai dari kita, kurang peka dengan sifat tabii ini dan sering tidak menghiraukan kepentingannya dalam urusan keduniaan kita. Kita lebih senang mencari silap dan tidak betul orang di sekeliling kita dari menyubur rasa harga diri.

Bila melihat anak-anak murid yang nakal di kelas hujung, perkara ini memang sangat jelas dilihat. Saban waktu, di rumah dan di sekolah, silap mereka sentiasa diperlihatkan, di tegur dan dimarah dan biasanya ia dilakukan dalam keadaan terbuka. Saya kira ini menjadi penyebab, nakal mereka makin bertambah.

Dalam nakal mereka, dalam silap mereka, perlu kita cari yang baik dan yang manis. Pujian atas usaha yang baik secara ikhlas pasti akan menaikkan harga diri mereka. 

Dzul yang saya sebut terdahulu, sering menghantar kerjanya paling awal, kerana saya teringat pernah memuji kerjanya kemas dan lengkap, walau pun selalu beliau  tertidur semasa saya mengajar.

Namun, disebabkan sifat insan memang sering lupa dan alpa, menghargai anak-anak ini memerlukan latihan, kerana kesabaran  kita akan sering diuji dengan kerenah dan sikap mereka. 

~cikgunormah@klcitizen~


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Friday, August 27, 2010

penyapu

Antara ciri orang yang berjaya ialah mempunyai kemahiran bersahabat.

Benjamin Franklin .... Founding Fathers of America  pernah memberitahu rahsia kejayaannya ...."I will speak ill of no man, and speak all the good I know of every body."

Mengkritik sahabat terutama sahabat sekerja perlu teknik dan kemahiran tersendiri. Mengkritik secara terbuka dan spesifik dalam mesyuarat atau perbincangan bukanlah langkah yang bijak, walau pun kritikan anda benar serta berasas.

Any fools can criticize, condemn and complain - and most fools do. But it takes  character and self control to be understanding and forgiving.

A great man shows his greatness by the way he treats little men - Thomas Carlyle

85% kejayaan dalam menaiki tangga karier dibantu oleh kemahiran kita dalam hubungan kemanusiaan dan hanya 15% sahaja disokong oleh pengetahuan teknikal kita ( Dale Carnegie  - How to win friends and influence people). 

Bagi yang baru memasuki alam pekerjaan, dengan segala  pemikiran idealistik dan keinginan berkobar merubah sistem, percayalah, tanpa kemahiran perhubungan kemanusiaan, langkah anda pasti akan sering tersadung dek akar lama yang telah bertunjang di sekitaran. 

Berhati-hati dengan kata-kata, jangan sering menghiris hati sahabat dan cuba belajar bersabar dalam banyak perkara.

*pesanan dari penyapu lama kepada penyapu baru*

~cikgunormah@klcitizen~
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Thursday, August 26, 2010

agenda utama

"Nak cerita sikit pasal si Dzul kelas hujung tu..."  rakan di bilik guru menahan saya semasa hendak keluar dari bilik guru.

"Nape?" tanya saya. Terbayang si Dzul, berkulit gelap, kurus tinggi, agak sedikit tidak terurus, tetapi agak cepat menangkap semasa saya mengajar.

"Dia beritahu dia tak ambik kesah pasal hari raya ni... Mak bapak dia bukannya sayang kat dia," sambung rakan saya

"Dia selalu keluar malam, sampai pukul 2, 3 pagi, kadang-kadang tak balik rumah 2,3 hari, mak bapak dia buat tak kisah je....kata dia, memang mak bapak dia tak kisah dan tak sayang dia."

"Ish... betul ke tak kisah? Entah-entah dah berbuih mulut tapi tak didengar, lantas membiarkan sahaja" tanya saya.

Susah hendak menafsir cerita sebelah pihak ini. Apa sebenarnya yang bersarang dalam benak ayah dan ibu serta si anak ini? Apakah mungkin ibu dan ayah sudah jerih dan serik dengan perlakuan anak, lantas membiarkan sahaja  hala tuju si anak? Kalau begitu, malang sekali. 

Si anak begitu menginginkan perhatian dari ibu dan ayah, minta dirinya diambil kira dalam hidup ini, minta ditanya kemana pergi dan sudah makan atau belum...  Tetapi keinginan tersebut seolah tidak dipeduli oleh ibu dan ayah.

Saya perhati ada keluarga Muslim sekarang kini yang kurang bijak mengendali hal kekeluargaan. Peranan ibu dan bapa diakui penting tetapi ilmu keibubapaan tidak. 

Saya kira, setiap unit keluarga muslim perlu diwajibkan menjalani kursus kekeluargaan setiap 5 atau 10 tahun selagi ada anak yang masih bersekolah. Kursus tidak cukup  hanya sebelum melangkah dalam gerbang perkahwinan sahaja, tetapi lebih penting lagi semasa anak-anak masih dalam jagaan ibu bapa.

Ini kerana saya kira, kita selalu perlu dimuhasabah, diperingat dan diajar tentang peranan dan tanggungjawab kita sebagai ibu bapa. Kita perlu diberi teknik mengendali isu anak remaja kita masa kini. Zaman berubah dan teknik mendidik juga tidak sama seperti 10 atau 20 tahun dahulu. Jika dalam pekerjaan kita juga perlu menghadiri kursus malah diwajibkan pula, apatah lagi  dalam hubungan kekeluargaan.

Ini bukan pilihan tetapi patut menjadi agenda utama pembentukan keluarga muslim yang berjaya.

~cikgunormah@klcitizen~
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Main video game

Saya baru tahu rupanya ada pertandingan game siber peringkat dunia selama ini. Pertandingan yang dikenal sebagai e-sport ini telah bermula sejak tahun 2000, dan salah satu penganjur utama ialah WCG. Ia dianjurkan setiap tahun.

official website
ada beberapa gambar event yang menarik juga dari bebrapa negara yang mengambil bahagian...

di korea
di Indonesia

di romania


ada banyak lagi negara yang turut serta, tapi gambar dari Malaysia tak nampak pulak.

Bukan WCG sahaja yang menganjur pertandingan sebegini rupa, ada lagi yang lain. Pokemon Video Game Cahampionship Series  pun ada dan telah selesai pada 14 dan 15 Ogos lepas yang menemukan pemenang dari beberapa negara lain di Hawaii. 

Pemenang Dunia Pokemon ni ramai datang dari Jepun.

Dari gambar-gambar tersebut saya lihat majoriti pemain adalah anak-anak muda lelaki, tanpa mengira bangsanya. Kenapa ya? Hairan juga..

Permainan video game ini memang merupakan industri yang sangat besar dan menguntungkan sekali, kalau tidak masakan pertandingan peringkat dunia boleh dirancang dan disusun atur sedemikian rupa. 

Video game Islamik patut diujudkan ... dan diadakan juga pertandingan peringkat dunia sebegini mengisi  jiwa anak-anak muda yang memang sukakan video game.... masyarakat Islam kita tidak kurang dengan pakar IT dan programmer nya, kan..

~cikgunormah@klcitizen~


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Wednesday, August 25, 2010

ZZzzzz

hari ini memang rasa penat sangat, dan panas di luar pun gigitannya luar biasa sekali.
nak tidur siang sebentar....


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

duit saya tak laku

Selasa berbuka dengan harith sahaja di rumah. Suami berbuka di luar atas urusan kerja. Jadi, melangkahlah saya ke bazar ramadan berdekatan rumah.

Waktu di jam tangan menunjukkan pukul 530 petang. Asap memenuhi laluan pejalan kaki di ruangan tengah. Asap dari gerai-gerai bersebelahan di kiri kanan melekat di baju. Banyak betul menu bakar membakar ini, berjenis2 ikan yang dibakar, termasuk juga ayam percik pelbagai resepi.

Saya tertarik dengan gulai kawah. Ada yang digulai bersama rebung, ada juga dari umbut batang pisang (?), nampak menarik sekali. Siap kawahnya diletak di depan meja jualan bertujuan menarik pelanggan. Saya pandang bunting memberitahu harga jualan RM5.

"Kak... kalau nak beli separuh, RM2.50 bole?" tanya saya. Memikir yang makan nanti hanya saya seorang, sebab harith tidak gemar.

Kakak penjual yang nampak sungguh penat di air mukanya, agaknya kurang rehat, memandang saya.

"Tak, saya jual sebungkus penuh, RM5."  Sambil itu saya lihat beliau menyenduk 3 kali ke dalam bungkusan plastik untuk diikat atas permintaan pelanggan yang bersebelahan saya.

Mmmm......... tidak mengapa, pujuk hati saya. Nanti ke depan pula, mana tahu ada penjual yang boleh menjual separuh.

Berjalan jauh juga, terjumpa dengan gulai kawah juga, tetapi versi kelantan, katanya.

"Kak, boleh beli separuh? RM2.50?" tanya saya setelah melihat tanda harganya.
"Tak... saya jual penuh, RM5.00..." balas kakak tersebut yang sedang sibuk melayan pelanggan yang lain.

mmm...... susah juga ya. Ada duit pun orang tak nak,  duit saya tak laku rupanya.

~cikgunormah@klcitizen~


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Tuesday, August 24, 2010

tidak membalas komen

Ada beberapa sebab kenapa saya tidak menjawab komen di dalam entri saya:

  1. Punca utama kerana kekangan masa. Tambahan pula saya tidak menggunakan masa di sekolah / masa kerja untuk mengadap blog saya, dan balik ke rumah sudah pukul 3 petang. Itu dan ini, masak dan bagai lagi, sudah petang, bila malam pula, mengadap anak dan solat terawih sudah pukul 10 malam, dan mata saya mula kuyu selepas 10 malam. 
  2. Laluan internet yang lambat. Broadband jenis cap siput, menambahkan lagi kesukaran yang telah sedia ada.
Untuk kedua sebab di atas, saya meminta maaf jika ada pembaca yang memberi komen, kembali semula kesini dan melihat saya tidak membalas komen tersebut, seolah komen anda tidak dihargai. Tidak sama sekali. Komen ada saya baca dan fahami, dan saya ikhtiarkan juga membalas.

Tetapi jika saya terima komen seperti En Said ini dalam entri Hai O saya....


kenapa saya diam? kerana saya kira ia tidak berfaedah.... balasan komen dari saya nanti pasti bukan mengerat tetapi akan menjarak. Saya tidak suka CDM? Dia lebih tahu nampaknya dari saya sendiri. Suruh kawan2 jawab? Nampaknya dia lebih tahu walau pun hakikatnya dia tak tahu....

Adakah entri saya entri berdengki? Iri hati dengan Hai O? Benci dengan En Tan? Baca dan tepuk dahi sendiri lah ya en Said. Banyak artikel di luar yang boleh menunjukkan contoh bagaimana kita menulis kalau ada unsur dengki, iri hati dan benci.... 

Taasub boleh datang dalam berbagai bentuk... tidak menerima perbezaan pendapat adalah satu dari cirinya...
kerana itu saya tidak membalas komen beliau .... di sana, tetapi menjawab di sini pula.
:)
~cikgunormah@klcitizen~
 
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

kaya

Banyak-banyak kerja dalam dunia ni, kan.... kerja mana yang PALING penting?

Perdana Menteri? ---> kenapa? sebab dia menentukan hala tuju negara. penting lah kut..

Timbalan Perdana Menteri? ---> kenapa? kalau PM tak ade, dia lah pulak ambik alih kan... penting jugak kut

Isteri Perdana Menteri?----> kenapa? kalau dia tak ada PM kita tentu sunyi dan susah hati, kang tak boleh nak buat kerja payah pulak kan...


Polis?---->kenapa? kalau polis tak ada, tak amanlah negara kita, kan...penting jugakkan

Askar?---> kenapa? kalau asakar tak ade, siapa yang nak pertahan negara dari serangan luar, memang penting nih..

Doktor?---> kenapa? kalau tak ada doktor, siapa yang akan merawat pesakit? memang penting kan...

Cikgu? ---> (isi tempat kosong)

Pencuci bangunan? ----> ini pun penting jugak ni... kalau langsung takde pencuci bangunan/ rumah, takkan PM nak kena cuci tandas pulak kan...

Peniaga? ---> kalau diorang takde pun lagi lah payah, nak membeli belah dari sapa kita ni kan?

Kesimpulan: semua orang dalam dunia ini dengan tugas masing-masing, punya kepentingan untuk semua orang. Walau pun hanya cleaner atau pemungut tin minuman kosong di luar sana, masing-masing ada sumbangan tersendiri tanpa kita sedar.

Janganlah merasakan kita paling hebat dengan gelaran dan pekerjaan kita hanya sebab kita bergaji ribuan ringgit dan mereka di luar sana yang gaji seciput dalam pandangan mata kita tidak punya misi serta visi dalam hidup.

*ukuran kaya insan lain bukanlah pada ukuran pandang mata kita seorang*

~cikgunormah@klcitizen~

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Monday, August 23, 2010

mati di Malaysia

Semalam berbuka di rumah abang ipar. Tiga keluarga berkumpul meraikan kedatangan ayah dan emak mertua.


Biasalah, bila berkumpul adik beradik, makanan yang dihidang juga di luar kebiasaan. Jika biasanya di rumah hanya berbuka dengan jemput udang dan nasi berlaukkan sejenis sahaja, tetapi bila sudah berlonggok tiga keluarga lainlah ceritanya. Setiap keluarga membawa menu masing-masing, walau pun bukan menjadi syarat pertemuan.

Orang kata.... ianya sebagai syarat  tetamu,  menjadi pemanis diri,  jadi bawalah juga buah tangan. Apa lagi, kuih , nasi lemak, ayam goreng, pizza... antara buah tangan yang dibawa tetamu.

Akhirnya meja makan penuh dengan hidangan yang pelbagai. 

Selesai makan, acara mengemas meja pula. Acara mengemas tidak semeriah semasa acara meletakkan hidangan sebelum berbuka. Perut sudah penuh,  mata dah kuyu, langkah pun makin lemah.

"Mak Su... ambillah makanan mana yang patut ni. Bawa balik untuk bersahur," pembantu rumah abang ipar bersuara, risau melihat makanan berlebihan banyak lagi di atas meja.

"Orang Malaysia ni... boleh mati dalam makanan. Kalau di negara lain, kan..., orang mati sebab tak dapat makanan..." bebelnya lagi.

*alhamdulillah.... kerna diberi peluang oleh Allah menjadi rakyat di Malaysia ni*

~cikgunormah@klcitizen~
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Saturday, August 21, 2010

tadika

Penting kah pelajaran di Tadika?

Yuran tadika sekarang di KL, memang mahal. Biasanya kalau tadika yang menggunakan bahasa Inggeris sebagai bahasa pengantar,  bayaran awal kemasukan sahaja boleh mencecah ribuan ringgit. Belum lagi bayaran bulanannya. Itu senario tadika-tadika berdekatan kawasan rumah saya, iaitu kawasan di Wangsa Maju dan Setiawangsa,

Kak Pah, Pengurus Aulad Jannah pasti lebih arif tentang ini.

Rupanya, ada kajian tentang perkaitan antara pengalaman belajar di tadika dengan kejayaan hidup di masa akan datang. Kajian telah dibuat terhadap 12, 000  pelajar tadika yang kini telah mencapai usia 30 tahun. Di dapati semakin banyak yang dipelajari di tadika semakin berjaya pelajar itu nanti di masa akan datang. 

artikel penuh


Antara dapatan kajian tersebut lagi ialah, jika pelajar tersebut hadir dalam kelas tadika yang kecil saiz bilangan pelajarnya, peluang beliau untuk memasuki kolej meningkat sebanyak 2%. Dan ada juga dapatan yang lain. Baca sendirilah ya.

Tahniah untuk guru-guru tadika yang sebenarnya punya impak yang sangat besar dalam perkembangan hidup anakanak murid masing-masing. Dan selepas ini sewajarnya, bagi yang masih punya anak kecil, memikirkan tadika yang paling sesuai untuk anak-anak masing-masing. 


*teringin pulak nak buka tadika macam kak pah*

~cikgunormah@klcitizen~

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

pesanan dari Tarek

adik Tarek yang comel dan bijak ini berpesan....



fasih sungguh , boleh jadi pengacara hebat kan..

~cikgunormah@klcitizen~
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

tugas saya

"Malam semalam buka apa Nasir?"
"Ayam masak merah, nasi ngan spaghetti, " jawab si Nasir. Budaknya berambut perang semula jadi. Memang kacak bila besar nanti.

"Wah sedapnya. Spaghetti tu ada letak cheese tak?" saya memang gemar sangat dengan cheese.
"Entah lah cikgu. Saya tak tengok mak saya msak. Saya cuma menjalankan tugas dan kewajipan saya sebagai seorang anak saja..." matanya memandang saya

"Saya cuma makan saja...apa yang mak saya masak... Itulah tugas saya"

Memang betul juga kan... 
Kalau tak ada yang makan nanti, kesianlah pulak si emak yang telah penat memasak.

~cikgunormah@klcitizen~
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Friday, August 20, 2010

Best

Best nya Jumaat datang...
Best nya hari Jumaat ialah..., waktu bekerja lebih singkat dan merupakan penghujung minggu bekerja tersebut. Selepas itu hari Sabtu dan Ahad.

Jumaat juga penghulu bagi minggu tersebut, kan. Dan banyak fadhilat tentang hari Jumaat. Pasti ramai yang tahu...

boleh kongsikan?

~cikgunormah@klcitizen~



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Thursday, August 19, 2010

selamat

Alhamdulillah , selamat tiba di rumah. Dapatlah berbuka dengan anak dan suami di rumah.  Walau pun berbuka di hotel, terdapat pilihan menu yang pelbagai, sehingga rambang mata melihat, tetap suasana tidak sama dengan berbuka bersama keluarga sendiri, meski hanya menu ala kadar sahaja.

Apa yang pastinya, Melaka memang bersih. Dalam pada bertaklimat, sempat lagi menaiki River Cruise Melaka.... cantik sungguh di waktu malam.

kak hasnah, wan, lini


Untuk teman-teman sebilik, selamat bertugas semula di sekolah esok.

~cikgunormah@klcitizen~

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Wednesday, August 18, 2010

mana satu

Mukanya memang hensem. Siap bertopi ala cowboy, berbaju uniform Security Guard. Kemas. Berdiri di luar bangunan Citibank, Jalan Ampang Kuala Lumpur.


Saya sedang sibuk mencari bangunan Celcom yang baru berpindah ke kawasan berdekatan. Keluar dari stesen LRT Ampang Park, waktu itu sudah pukul 3 petang lebih. Risau kalau urusan pejabat di Celcom terpaksa ditunda ke hari yang lain, kalau-kalau terlambat nanti.

Orang kata, malu bertanya sesat jalan. Tapi hendak bertanya pun kena tepat orangnya. Duduk di KL, terlampau ramai pendatang luar, bila hendak bertanya kena pasti mereka biasa dengan tempat tersebut juga, kan. 

Ternampak pak guard hensem tu dari jauh, ada iras-iras Melayu rasanya. Jadi, mungkin harapan saya cerah menjimatkan masa bertanya arah. 

"Kat mana bangunan Celcom jalan Ampang ni?" tanya saya sambil menunjukkan brochure dari Celcom yang terpampang pelan ringkas yang saya tak faham.

Pak jaga memandang saya.  Mata bertentang mata.

"I sorry. I not from here...." alamak berterabur la pulak bahasa omputihnya. Orang Nepal rupanya...

Ah... itulah sebabnya malas nak bertanya. Bukannya sebab malu. Tapi sebab dah tak kenal mana satu orang tempatan, mana satu pendatang di negara sendiri ni.....

~cikgunormah@klcitizen~
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

teringat anak, terlupa isteri

Berbuka bersama rakan setaklimat. Berenam semeja. Kebetulan teman sebilik berempat, jadi di meja makan tadi, ada kekosongan dua tempat duduk. Datang guru berbangsa Cina dan India mencari tempat, lalu kami mempelawa duduk bersama.

Bagusnya mereka, menghormati kami yang berpuasa, dan  agak keberatan makan terbuka di hadapan kami, walau pun berkali kami nyatakan tidak mengapa. Selesai makan, bersembang sebentar bersama rakan semeja.

Memang lumrah sifat ibu, sepanjang bersembang, titik persamaan antara kami selain bernegara yang sama, makan semeja dan berbahasa yang sama, ialah cerita kami berkisar pada anak masing-masing. Sambil mendengar, diselangkan tawa, mendengar keletah anak-anak masing-masing.

Memang naluri seorang ibu, jauh mana pun badan berada, hati dan ingatan tak lekang dari mengingati anak di rumah.

Seperti kata orang yang ada benarnya....."Orang perempuan ni kalau ternampak anak orang, mesti teringat anak sendiri, orang lelaki pula, nampak anak dara orang, terlupa isteri sendiri, kan......."

Ada yang hendak membantah?

*penat menapak di dataran pahlawan*

~cikgunormah@klcitizen~
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Tuesday, August 17, 2010

muzik

Pertama kali berkenal dengan guru muzik. Mendengar cerita dan pengalamannya mengajar muzik di sekolah harian. Memang menyeronokkan.

Katanya masalah utama pengajaran muzik di sekolah harian ialah bila mana pelajar-pelajar Melayu yang tidak mempunyai asas langsung dalam teori musik. Walau pun pelajar tersebut dapat bermain muzik dengan baik dan biasa membuat persembahan di peringkat mana pun, tetapi kelemahan dari segi teori menyebabkan keputusan peperiksaan mereka amat mendukacitakan.

Baru saya tahu ada peperiksaan muzik peringkat SPM.....

*cantik bandar melaka ni ya*

~cikgunormah@klcitizen~
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Blogger Yang Terdesak

Akan diikhtiarkan. Itu tulis saya pada ijad dalam assignmentnya kali ini.

Setelah idea tersepitnya, ijad sekali lagi mengajak rakan-rakan blog cuba menjadi Blogger Yang Terdesak pula. Memang tiada hadiah atau anugerah yang dijanjikan oleh ijad, tetapi peluang melihat variasi dan warna dalam blog tanah air melalui 1tajuk yang sama, terutama bagi blogger Melayu. 

Pastinya masing-masing punya gaya, cerita dan idea yang ingin dipersembahkan dalam entri masing-masing.

Terdesak? .... lama sungguh saya mencari idea. 

Semenjak jadi blogger dalam dua tahun ini, belum lagi ada adegan terdesak. Namun begitu sebelum menjadi blogger, memang selalu juga saya terdesak...

Orang lama seperti saya, mestilah terkenang peristiwa lama. Tahun 1983 kalau tak silap. Masih anak dara lagi saya tika itu. Belajar di sekolah berasrama penuh, punya pengalaman pahit serba sedikit.

Kerap asrama keputusan bekalan air. Terutama sekali waktu hujung minggu. Selesai bersarapan di dewan makan, masing-masing boleh melakukan aktiviti bebas dalam dorm atau di ruang rehat. Sedang bersenang lenang, perut saya meragam. Minta dikeluarkan segala isi yang tidak diperlukan.

Berlari ke tandas, tandas kosong tika itu. Ah... memerhati baldi sendiri, kelihatan kosong tiada air. Terdesak sungguh seorang bakal blogger ketika itu. Perut semakin mendesak agar hajat perlu dilunaskan. Apa lagi.... melihat deretan baldi rakan-rakan asrama yang tidak diketahui siapa empunyanya...... saya menjadi iblis terdesak. Tanpa rasa bersalah, saya merembat sebuah baldi yang penuh berisi air. Lantas, masuk dalam tandas dan melangsaikan apa yang patut.

Air yang berbaki saya letakkan semula di tempat asal. 

Yang pasti saya yang waktu itu sebagai bakal blogger sudah tidak terdesak lagi, dan yang pastinya, tuan punya baldi mesti kecewa.

*nanti di akhirat nanti saya membayangkan membawa baldi tersebut mencari tuan punyanya untuk meminta ampun dan maaf.... errr... takutnya*

memang terdesak....

~cikgunormah@klcitizen~

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Monday, August 16, 2010

manalah tahu...

"Cikgu, harini balik cepat sikit lah ya," dia ingat saya tukang jaga loceng sekolah, agaknya. Matanya merah menahan kantuk, dan beg sekolah sudah digalasnya.

"Saya lapar sungguh harini," sambungnya lagi.
"Semua orang berpuasa memanglah lapar," jawab saya.
"Semalam saya buka makan kurma je," balasnya lagi.

Dalam hati saya, wah, bagus juga mengikut sunnah budak ni.

"Kenapa makan kurma je?" tanya saya. Manalah tahu, entah-entah budak susah tidak berduit. Saya sedap-sedap makan ayam goreng semalam, manalah tahu, ada anak murid sendiri yang kelaparan.

Saya memandangnya.
Mata bertentang mata, dengan selamba di amenjawab.....

"Yalah... petang tu saya dah melantak nasi dua pinggan. Buka puasa dah kenyang lah...cikgu."

Aduii.....
Ada juga anak murid yang macam ni. Tidak berpuasa dengan bangganya.
Saya pun menjadi ustazah tidak bertauliah sementara menunggu loceng berbunyi..........

~cikgunormah@klcitizen~
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

insentif

Bila Isnin datang sahaja, hati sedikit resah. Kenapa? Kerana Isnin adalah pembuka tirai bagi minggu tersebut. Jika segalanya lancar di hari Isnin, maka minggu itu minggu yang selamat bagi saya. Maklumlah, jenis kerja suka bertunda macam saya ni, banyak kerja lama yang perlu dibereskan.

Bulan Ramadhan ini aktiviti berblogging bagi saya agak kurang rancak. Dari pagi bangun sahur,jadual sudah penuh dengan segala tugas dan tanggungjawab. Balik dari sekolah sahaja badan penat dan perlukan sedikit rehat, apatah lagi sekarang ini berat badan  pun sudah mencanak naik, seimbang dengan kenaikan usia, jadi beban membawa badan yang berat ini memang memenatkan sekali.

Harapan saya habis Ramadan kali ini, ada sedikit insentif yang diizinkan Allah. Moga berat badan makin berkurang. Sambil menyelam minum air kan. Sambil  beribadat, harapnya, badan makin langsing. Memang mana mungkin berat kembali seperti anak dara dulu, tapi..... harap-harapnya turunlah juga tiga empat kilo, kan.


Entri saya lewat kini banyak yang merapu. Harap yang sudi membaca dan menyinggah tidak serik ke sini lagi ya.


*Selasa akan ke Melaka..... hati bertambah gundah gulana*

~cikgunormah@klcitizen~

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Sunday, August 15, 2010

mencuit hati

Saya jarang benar mendapat komen yang mencuit hati untuk entri saya. Cuit di sini bermaksud, pertama kali baca, hati jadi lain macam, dua kali baca, akal berfikir, tiga kali baca rasa nak tersenyum sambil hati masih tak puas hati. Sebab menulis kekadang, maksud yang ingin disampai oleh sesiapa sahaja jadi lain.


Entri Hai...O?Ya ke? rupanya setelah sekian lama, ia mencetus komen seperti itu. Terima kasih kepada pengomen. 

Kita berbeza pendapat itu yang bagusnya. Dan saya hormati pendapat sesiapa pun. Asalkan jangan berselindung di sebalik anonymous. 

Terima kasih juga kepada semua yang membaca dan mengomen dengan ikhlas hati.

Yang penting..... kerjasama.

~cikgunormah@klcitizen~

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

hamba

"Jangan jadi hamba kepada Ramadhan." 

Pertama kali mendengar pernyataan tersebut. Pelik juga kan. Sewaktu mendengar itu, saya sedang memandu sambil mendengar siaran radio IKIM. Namun malangnya, pernyataan itu tidak diperjelaskan oleh Ustaz tersebut.

Pendapat tidak bertauliah saya... bila Ramadhan tiba sahaja, inilah waktunya kepala berpusing memikir resepi terbaik untuk santapan menu berbuka puasa. Ini perangai sayalah. Dan saya kira, ada unsur menjadi hamba kepada bulan Ramadhan di sini. Setiap hari asyik melihat buku resepi, bertanya menu rakan-rakan, melayar internet mencari resepi best. Jadi satu kerja pulakkan...

Tapi memang payah nak kikis sikap ni. 

Ada pendapat lain?
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Saturday, August 14, 2010

kurikulum fleksibel

Khamis yang baru lepas ini sahaja mencatatkan 3 kes pembuangan bayi, setiap satunya di Kelantan, Kuala Lumpur dan Kedah, itu yang saya dengar di radio Ikim Jumaat semalam.

Suasana makin parah di kalangan remaja kita. Yang pastinya anak-anak yang lahir ini adalah anak yang tidak diingini oleh kedua pasangan, dan kemungkinan besar mereka lahir di luar ikatan yang sah. Dan saya yakin, pasangan ibu bapa mereka adalah pasangan muda Muslim yang telah buntu fikiran dan celaru mindanya apabila menerima hasil dari perbuatan zina mereka.

Sesuatu yang tidak betul, saya kira sedang menjalar dalam hubungan komunikasi antara anak dan ibu bapa. Anak-anak yang menghadapi masalah tidak dapat mencari tempat mengadu dan melepaskan diri dari kemelut masalah mereka, lantas mengambil keputusan nekad sebegini. 

Ya, perbuatan mereka sangat tidak betul, tetapi, jika setiap hari asakan dari segala sumber tentang keghairahan dan nikmat seks diterima hatta boleh diakses di hujung jari sahaja, bagaimana anak-anak yang sedia lemah ini mampu untuk menahan godaan. Kenapa anak-anak Muslim sahaja yang sedemikian?

Saya kira, anak-anak bukan Muslim pun hebat juga, tetapi budaya mereka yang dapat menerima kehidupan sebumbung tanpa nikah, menyebabkan mereka punya pelbagai alternatif menyalurkan nafsu seksual mereka. 

Lantas pilihan kita bagaimana? 

Ramai yang memberi cadangan , kita perlu kembali kepada ajaran Islam. Betul, tidak dapat disangkal lagi, tetapi sistem pendidikan kita sekarang ini mampukah?

Kembali itu bagaimana? Apakah langkahnya? Bermula di rumah. Betul. Setuju. Tetapi, tidakkah ia terlalu umum? 

Langkah Majlis Ugama Islam itu adalah satu contoh tindakan. Meski tindakan itu tidak dipersetujui ramai pihak tetapi mereka mengambil pendirian untuk mencegah. 

Kalau setakat menyeru anak muda ini kepada Islam, tanpa tindakan, malahan tindakan di radio, akhbar dan televisyen, jelas semakin merancakkan budaya zina di kalangan umat, sampai bila pun saya pasti masalah ini akan berleluasa.

Teringat drama Glee di televisyen, di mana seorang pelajar perempuannya mengandung secara terbuka dan tidak disisihkan. Pastinya anak yang dilahir nanti tidak akan dibuang. Jika, anak muda kita dibenar berkahwin dan kurikulum fleksibel digubal bagi membenar mereka bersekolah adakah kita akan rugi? 

Tugas kita adalah mendidik dan membimbing. Sekiranya hubungan mereka berlaku secara sah, dan mereka belajar untuk menjadi lebih bertanggungjawab dari ibu bapa dan kurikulum sekolah khas,  tidakkah nanti ini dapat mengurangkan masalah zina dan buang bayi?

*saya teringat kes di sekolah dua atau tiga tahun lepas, pasangan pelajar ini melahirkan anak dalam pengetahuan ibu dan bapa, tetapi pasangan ini tidak dapat dinikahkan kerana di bawah umur, malangnya, walau pasangan ini telah menerima habuan dari ibu bapa, di rotan, dikurung dsb, masih lagi mereka berjaya menghasilkan anak yang kedua tanpa nikah juga. zina yang sebegini, dosanya ditanggung oleh semua yang tahu, bukan?*


Wallahualam.

~cikgunormah@klcitizen~


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Dasar pendengki

Nasib sendiri memang kita tidak tahu, kan.

Bercerita dengan sahabat tentang kehidupan, cerita sahabat atas sahabat. Dua buah kisah yang hampir sama  dan membuat fikiran sendiri berlegar-legar di jalan cerita  yang bukan rekaan ini.

Dua wanita berlainan , punya kisah yang hampir sama tetapi tidak serupa. Keduanya meninggal dunia kerana kanser dan tidak lama selepas itu suami berkahwin lain. Ibarat kata orang, tanah kubur masih merah lagi, suami sudah mengganti permaidani baru.

Ya, hidup memang perlu diteruskan, tetapi insan yang terdekat dengan wanita-wanita tersebut agak terkilan.

Bukan apa, ...dalam hidup ini kita sentiasa merancang. Biasanya merancang dengan orang yang tersayang, kumpul harta terutama rumah. Memasang impian punya rumah idaman, bermandi peluh menyimpan wang bagi merealisasikan impian tersebut. Namun, takdir dan ketentuan mengatasi perancangan. Tidak sempat menyaksikan mahligai indah terbina, giliran mengadap Ilahi sampai. Dan rumah indah yang tersergam kini dihuni suami dengan insan lain bergelar isteri.

Sedih juga ya. Memang apalah harta berbanding amal. Yang pergi kita doakan sahaja agar mendapat tempat yang selayaknya, yang hidup memang perlu meneruskan kehidupan....

Jadinya nanti, bagaimanalah kita ini nanti, kan?

*bila difikir, ikut hati yang cemburu, nak belanja je semua duit yang ada...hehehe, kalau dah memang  dasar pendengki*


~cikgunormah@klcitizen~

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Friday, August 13, 2010

bebel

"Puasa, cikgu....puasa..."

Ha... itulah modalnya pun, kan, dua tiga hari ini dalam kelas, bila saya mula mode bercakap saya ala membebel dan suhu kata-kata saya mula naik sedikit.

Baguslah, kerana saling mengingatkan, kan... anak-anak murid semua. Tapi, peringatan juga, untuk anda semua yang bergelar anak murid, puasa bukannya bulan untuk berlengah ke kelas dan asyik bersembang entah apa semasa saya mengajar. 

Terutama yang mengambil Chemistry SPM tu, peperiksaan Percubaan SPM lagi beberapa hari sahaja,  ni. Betul, SPM bukan segalanya, tapi dah alang-alang menyeluk pekasam biar sampai ke pangkal lengan kan. Dah alang-alang mendaftar untuk kertas Chemistry tu, biarlah berbaloi masa 2 tahun dihabiskan bertegang bontot atas bangku bulat di makmal tu, kan.

stacksandstacks.com


Ok, sekian bebelan berlanjut dari saya.....untuk hari ini. Minggu depan hari Isnin dengar lagi bebelan saya di sekolah semula, k.

~cikgunormah@klcitizen~
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

menyimpan seribu

memang menjadi kebiasaan saya suka bersembang dengan anak murid dalam 10 minit terakhir pengajaran, terutama kelas yang hujung. Sempena bulan Ramadhan, saya sibuk ingin tahu tentang menu bersahur mereka. Sambil bertanya, sebenarnya ingin mnegumpul idea untuk menu sendiri di rumah.

Kebanyakannya  makan nasi semasa bersahur, kecuali seorang pelajar lelaki  ini.

"Saya tak bersahur cikgu."
"Kenapa? Mak awak tak kejut ke?" si kaypochee ni bertanya.
Agak berat gaya hendak menjawab. Kejap hendak menggeleng, kejap hendak mengangguk.

"Mak awak ada lagi tak?"
"Ada"
"Awak tak duduk sekali ke?"
Baru dia mengangguk.
"Dah berpisah dengan ayah?"
Angguk lagi

"Ayah kawin lain?"
Angguk.
"Mak baru tak kejut ke?"
"Saya tak duduk sekali"
"Ooo... awak duduk dengan siapa?"
"Dengan abang...."

"Kenapa tak beli makanan, masa sahur tu panaskan?"

Muka pelajar ini sudah lain benar riaknya. Matanya seolah bergenang....Ahh... tak sampai hati pula hendak bertanya lebih lanjut. Pelajar yang nakal ini dalam kelas rupanya menyimpan seribu duka dalam hati dengan keadaan hidupnya, terutama di bulan Ramadhan ini. Bulan yang sepatutnya menambah erat kasih dan sayang antara ahli keluarga, terutama bila berkumpul berbuka puasa dan bersahur.....

Baru saya tahu kenapa perangainya sebegitu selama ini....

~cikgunormah@klcitizen~
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Thursday, August 12, 2010

Insan yang terbaik

Sedang sibuk menyediakan juadah berbuka puasa ala kadar di dapur, bunyi henfon menjerit kecil menandakan ada pesanan ringkas minta diberi perhatian.
Hari ni genap setahun pakai tudung. Alhamdulillah! Manisnya rasa Hidayah Allah yang buka pintu hati. Jadi apa nak sedih bila selalu diuji... Alhamdulillah!
Ahh... terhenti sebentar pergerakan dan tumpuan saya memang hanya terarah pada kata-kata dalam pesanan.

Terus wajah sahabat saya ini menerjah kotak fikir saya seolah boleh melihat senyum manis dan lirik matanya kala itu.

Memang lewat ini, dirinya banyak betul diuji. Bukan sedikit ujian dan bukan mudah menghadapinya.

Yang memandang hanya bisa simpati dan mendoakan. Sayalah antara yang hanya bisa melakukan perkara tersebut.

Pastinya saya yakin ujian ini mendekatkan sahabat saya ini lebih kepada Yang Esa daripada saya yang tidak teruji lagi masa ini. Yang pasti juga, hatinya makin kuat dan cekal memanjatkan hajat dan munajat terus kepada si Dia.

Airmata yang mengalir di pipinya tanda pasrah beliau dengan ketentuan Allah. Saya mengiringi doanya beserta doa saya agar hari ini dan seterusnya, Allah permudahkan beliau menjalani kehidupan bersama keluarga, di dunia ini hingga akhirat nanti.


luv u always

Moga beliau istiqamah dalam nikmat hidayah ini dan menjadi insan yang terbaik. Ameen.


~cikgunormah@klcitizen~

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Wednesday, August 11, 2010

kelentang kelentung

Bunyi kelentang kelentung di dapur, tapi sebab mata mengantuk disebabkan perut kosong, maka tidaklah bersegera melihat.

"Ni apa tak tidur lagi ni? Tidur... " mak saudara saya yang tinggal bersama, bersuara apabila melihat saya masih lagi mata terbuka melihatnya masuk. Di luar panas tengahari bulan Ramadan memang menyengat. Bulan puasa, tengahari memang waktu untuk power nap.

"Cik...cik buat apa kat dapur tadi?" tanya saya
"Adalah... engkau tu kecik lagi. Tidur je.."
"Cik makan ya?"
"Ishhh... puasa mana boleh makan".....
"Tadi, dengar kelentang kelentung kat dapur tu..."
"Kemas dapur je..."

Pelik juga saya, tengahari di bulan Ramadan mengemas dapur yang tidak kotor pun kan...waktu itu.

Ha... apa lagi kalau tidak bendera merah lah tu! 

~cikgunormah@klcitizen~
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

kemam dalam mulut

Bangun sahur bukanlah mudah masa kita masih kanak-kanak. Terasa mimpi dan tidur diganggu oleh emak sendiri, kerana itu muka masam dan kelat mengadap makanan. 

Segala serba tak kena masa sedang makan, jangan ada yang tersalah cuit, pasti selera merudum dan air mata mengalir. Sudahlah hendak membuka mata pun payah, apatah lagi suruh mengunyah makanan. Selagi tidak ditegur, makanan hanya akan dikemam dalam mulut, sambil mata terpejam.

Itu zaman yang telah berlalu bagi ramai dari kita.

Kini baru faham bagaimana perasaan emak, risau kalau terlambat bangun sahur, takut tidak sempat memanaskan lauk atau nasi. Kasihan nanti mengenangkan anak yang akan kelaparan seharian.

Dari awal malam sudah menyiapkan apa yang perlu nanti untuk bersahur, supaya kalau pun terlewat bangun, masih sempat mengejutkan isi rumah agar dapat mengunyah dan minum apa yang patut, kan.

*Selamat berpuasa semua, terima kasih atas semua ucapan. Tidak sempat ke blog kengkawan dek kesuntukan masa. Moga puasa kita ini diterima Allah sebagai amal bekal kita nanti.*

~cikgunormah@klcitizen~
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Tuesday, August 10, 2010

Fokus....normah, fokus!

Hati masih membengkak dengan surat yang baru diterima sebelum balik tadi. Manakan tidak, bulan puasa diminta menghadiri taklimat di Melaka selama 2 malam. Nature pekerjaan seperti saya ini memang semua tahu, tidak perlu out-station, jadi bila dapat arahan sebegini ditambah dalam bulan puasa , rasa geram di hati memang membuku.

Lantas kereta diarahkan masuk ke dalam laluan drive-thru McDonald.

Saya : Set GCB dua ya, yang besar punya. 

Budak McD: Okay. Semuanya RM29.55

Saya :  okay.

Saya pun lantas membayar amaun yang dikehendaki. Budak McD memulangkan baki duit saya lalu saya pun menggerakkan kereta ke hadapan.

Tidak lama selepas itu, sampai di hadapan rumah, selesai menurunkan barang dari bonet kereta , saya mencari-cari McD saya yang tadi tu....

Ah...sudah!

Kepala berserabut, padan muka saya. Rupanya saya tidak berhenti pun di kaunter yang sepatutnya mengambil makanan selepas membayar tadi. 

Budak McD: Akak tadi..., laju je...saya nak panggil pun tak sempat nak beri makanan akak ni...


Ha, jadi satu kerja pula nak pulang semula dan beratur di belakang kereta lain untuk mengambil makanan yang saya sudah bayar tadi.

Fokus....normah, fokus!

~cikgunormah@klcitizen~



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Biar awal

Bawang-bawang?..... check
Minyak masak?..... check

Tepung?....check
Barang basah?......check

Telur?......check
Garam?..... check

Gas.?...gas? ...........check

Okay settle. Dah boleh sambut Ramadhan. :)

Eh? Baju raya Harith dah tempah?............Dahlah, haritu lagi.
Baju raya awak dah hantar?...............Sudah.

Apa lagi ya?
Duit raya tak kira lagini.....

Aii....belum puasa lagi lah. Anak bulan pun tak tengok lagi ni.
Eh....merancang biarlah awal-awal , kan.
Mmmm, yalah tu.

*kalau boleh nak juga khatam quran lebih sekali dalam ramadhan ini, kan....*

~cikgunormah@klcitizen~
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Monday, August 9, 2010

Harap sangat

Isnin datang lagi. Dan Ramadhan yang dinanti kian menghampiri. Moga Allah memanjangkan umur kita semua agar tidak sahaja dapat menghirup udara awal Ramadhan tetapi terusan dilimpah nikmat dan rahmatNya sehingga ke penghujung Ramadhan.

Buffet Ramadhan pun makin hangat terpampang dalam iklan di dada akhbar dan papan tanda di mana-mana. Semakin mahal,  itu yang ketara... Isu halal yang sibuk diutara baru ini semakin lenyap nampaknya. Mestinya, antara orang yang paling sibuk di sepanjang bulan Ramadhan adalah tukang masak di restoran dan hotel. Saya pasti , menu untuk sebulan sudah tertulis di dinding dapur masing-masing hotel tersebut, belum lagi menu bersahurnya, kan.

Dan yang pastinya juga, ustaz-ustaz pun antara kerjaya yang terlaris di televisyen....kan. Dengan ingatan, tazkirah, ceramah, bacaan quran, motivasi dan banyak lagi, pastinya Ramadhan terasa meriah.

Harap sangat dapat puasa sebulan penuh.... :)

~cikgunormah@klcitizen~
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Sunday, August 8, 2010

terkena

Orang Malaysia tidak kurang pandainya dalam merancang dan melaksanakan strategi. Apatah lagi dalam berkumpulan kerana di dalam kelas pun kurikulum kita banyak menekankan aktiviti dalam kumpulan.

pastikan pandang belakang


malang memang tidak pernah berbau


kepakarannya memang terserlah

Ramai yang sudah terkena..., pastinya kalau tidak kita pun, kenalan atau saudara mara kita pasti punya cerita yang sama menariknya.

Selagi kita sendiri tidak terkena rasanya, kita merasakan undang-undang yang sedia ada mencukupi. Andainya terkena batang hidung sendiri, bukankah kita rasa mahu sahaja memotong pergelangan tangan pencuri.

Dan masih ramai merasakan hukum hudud sudah tidak relevan dengan situasi zaman kini.

~cikgunormah@klcitizen~




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Saturday, August 7, 2010

tidak pandai berniaga

Lama sungguh tidak menyinggah di pasar tani hari Sabtu berdekatan dengan rumah. Pagi Sabtu, selesai menghantar anak ke sekolah kerana kelas tambahan, saya menyinggah di pasar tani tersebut.

Pasar tani sudah menjadi seperti pasar malam, tetapi saya lebih gemar suasana di pasar tani ini. Lebih banyak kepelbagaian dalam barangan yang dijual. Dari barangan Avon, Tupperware, telekung, baju, kain sutera hinggalah ke ikan masin dari Sabah. Segala benda lah.... makanan pun pelbagai, nasi lemak, lemang hinggalah ke satay di pagi hari pun kalau teringin memang ada.

Semuanya orang Melayu. Ha siapa yang kata orang Melayu tidak pandai berniaga dan pemalas. Siapa?

Sebelah petangnya sempat pula menjamu mata di Pavillion KL. Lama juga tidak ke sini. Sekadar menjamu mata dan melenguhkan kaki menapak di setiap inci ruang Pavillion. Ramai sungguh manusia. Memang pelbagai betul. Cantik-cantik juga hiasan kedai dan barangan yang dijual. Orang Melayu pun ramai juga, ramai yang jadi pembantu kedai kepada tuan punya yang pastinya bukan Melayu.

Yang berlegar seperti saya pun ramai juga orang Melayu. Ramai juga yang Melayu ini berplastik beg di kiri kanan tangan , dengan trend pakaian terkini dan henfon pastinya yang canggih. Apatah lagi anak muda Melayu.. memang pandai betul membawa diri dengan fesyen terkini.

Siapa kata orang Melayu tidak berduit? Siapa?

* sedih juga melihat orang kita hanya bisa menyewa tapak gerai di pasar tani dan masih terlalu ramai yang tidak berdaya bersaing di pusat membeli belah terkemuka. malang juga, saya memang tidak pandai berniaga*

~cikgunormah@klcitizen~


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

bibit malas yang menggigit

Putus idea.

Tidak tahu hendak mencoretkan apa, tetapi hati tetap mahu menaip juga. Saya kira ini penyakit biasa di kalangan blogger di luar sana, walau pun ada blogger yang memang idea di kepala, ibarat sungai yang tak henti mengalir kan.

Kerna beberapa minggu ini jarang benar saya dapat meluangkan masa untuk membaca. Itu yang pasti. Jika mahu banyak idea, bagi saya, mesti giat juga membaca. Hinggakan berziarah ke blog rakan yang lain juga makin kurang.

Teringat hendak menulis peristiwa di sekolah yang ada kalanya melucukan.... tetapi ada bibit malas yang menggigit hujung hati saya kebelakangan ini. Kalau dah malas, memang tak ada ubatnyalah...kan.

Kalau bolehlah berehat di rumah untuk setahun.... tanpa kerenah kerja  pejabat/sekolah, agaknya seronok tak?

~cikgunormah@klcitizen~
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Friday, August 6, 2010

berpakaian

Hari ini memang terasa penatnya. (macamlah hari lain tak penat, kan)

Alhamdulillah segala yang dirancang hari ini berjalan bagus sekali, kecuali niat menghadiri makan santai bersama teman di sekolah tidak dapat dipenuhi. Mungkin lepas raya nanti ya...

Mesyuarat dan in-house training yang dirancang juga terlaksana mengikut arahan juga. 


Terima kasih... semuanya berpakaian. Bukti?



Jangan tak tahu... budaya guru-guru di sekolah saya memang suka kepada tema, selalunya tema berkait dengan warna lah, warna merah lah, hitam merah lah, tema etniklah, bollywood, tema padang pasir ...

Jadi Panitia Sains pun tidak mahu kalah...mesti bertema juga. Mesyuarat lain kali kita fikir tema lain pulak ya.

*hilangkan duka dengan bersuka*

~cikgunormah@klcitizen~


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

jaga kubur

Mendengar sembang motivasi ulangan lagi di Ikim.
Manusia yang buta mata, sentiasa berterima kasih pada insan yang membantunya, tetapi orang yang buta hati, tidak ingin orang lain membantunya.
Kata-kata tersebut terngiang-ngiang di telinga, walau sembang motivasi sudah diganti dengan lagu-lagu nasyid. Benar sekali peringatan tersebut.

Kita tidak ingin diperingatkan dengan kesilapan dan kesalahan yang kita lakukan, namun, jika ditunjukkan dengan baik, sewajarnya kita menerima dengan hati terbuka.  Bukan senang mengaku kesilapan, tidak mudah mengiyakan kesalahan. Sesiapa sahaja pun begitu.

Tetapi janganlah hendaknya kita menjadi orang yang buta hatinya. Bila ditegur, marah menyinga dan meminta kita menjaga kubur sendiri.

"Encik jaga anak encik sendiri ya, jangan nak sibukkan anak saya. Pandailah saya menjaga..."

*hati kita semakin lemah tautan nya, mungkin kerna ubat hati yang sepatutnya kita ambil, tidak kita pedulikan*



ubat hati- opick

~cikgunormah@klcitizen~
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Thursday, August 5, 2010

sindrom anai-anai.

"aduii... sakit pulak lutut kak normah ni"

Bertembung dengan salah seorang rakan sekolah di tangga tadi , sempatlah pulak mengadu. Memang dua tiga hari ini lutut belah kanan terasa sakit bila menapak naik tangga.

"Eh... nampak dari luar, macam muda remaja je....takkan dah sakit lutut?" seloroh rakan saya ini. 
"Ha... inilah sindrom anai-anai. Jangan tak tau. Ibarat perabot yang diserang anai-anai, luar nampak gah lagi, rupanya kat dalam dah habis reput," maklum saya, sambil memegang kepala lutut yang sakitnya menggigit.

"Err... kena panggil pest control lah kak normah..."

Amboiii... mentang-mentang dia muda lagi,  dia suruh kita pakai pest control lah pulak ya... 
:)


*Kenalah buat kelas-kelas di bawah yang tidak perlu memanjat tangga, bagi guru mengandung dan sakit lutut sama....kan.*

~cikgunormah@klcitizen~
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

agen 007

Belajar Chemistry. Tajuk Pengoksidaan dan Penurunan.

"Untuk memudahkan, awak semua kena hafal beberapa nama agen pengoksidaan atau agen penurunan." Mata saya memandang satu-satu wajah pelajar 5B di hadapan.

"Jadikan jadual m/s 89 dan 90 sebagai panduan. Kalau saya , saya cuma hafal salah satu agen sahajalah. Saya lebih senang menghafal agen penurunan, ya. " Masing-masing muka stress di hadapan saya.

Entah apalah yang cikgu normah ni membebel kan, agaknya, itulah dalam kotak fikir anak-anak ini.

"Jadi.... yang penting di sini, hafal nama-nama agen ni. Agen pengoksidaan, agen penurunan dan agen double -o- seven (007)..."  saya cuba membuat lawak bodoh, sambil memerhati sekeliling

Tiada respons. Masih blur dan semakin stress di muka mereka.

"Awak ni...semua. Lain kali kalau saya buat lawak bodoh... gelak lah sikit. Bagilah moral support kat saya, tau"

Barulah....mereka tergelak.

Saya fikir, kementerian perlu adakan kursus membuat lawak bermutu untuk guru-guru juga......kan.

~cikgunormah@klcitizen~





Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Wednesday, August 4, 2010

main pok-pok amai

Keluar kelas waktu akhir terasa hendak demam. Masakan tidak, dok terpekik dan terlolong semasa mengajar tadi. Kalau di replay  semula malulah jugak kut.


Tapak tangan kanan terasa sakitlah pulak, konon jadi si Badang menghentak papan putih memperlihat amuk dalam dada yang membuak-buak. Manalah tidaknya, benda penting yang hendak diajar, buat tak kisah sahaja diorang ni. Siap main pok-pok amai kat belakang, budak-budak lelaki Ting 4 kelas hujung ni.

Dalam pada mengamuk yang tak ingat dunia ni, rasa kelakar lah juga dalam hati, menikus juga budak-budak ni. Agaknya jarang menengok saya mengamuk,  terkejut beruk lah mereka, ingat saya buang tebiat kut. Barulah terhegeh-hegeh menunjuk kerja yang sudah di selesaikan.

"Cikgu... betul saya buat ni , cikgu?"
"Cikgu, kena garis kat sini ke?"
"Cikgu, kenapa saya punya tak dapat macam cikgu lukis?"

Berderet-deret pertanyaan tiba-tiba keluar dari mulut diorang ni. Tapi, alhamdulillah, senakal dan tidak mendengar katanya diorang ni belum lagi sampai  sekurang ajar budak dalam video yang tiba-tiba famous amos tu, kan.

~cikgunormah@klcitizen~
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

ingatkan tauke kedai

Masuk ke dalam kedai buku di kawasan tersebut, setelah sekian lama tidak menyinggah di situ, mata saya melilau mencari buku yang di kehendaki. Leher dok dipanjangkan, manalah tahu ada terselit di celah mana-mana, kerana susun atur buku telah berubah.


Malas pula hendak mengatur langkah lebih panjang lagi ke belakang. Sebab waktu pun sudah hampir Isya'. Orang tua berpesan, malu bertanya sesat jalan.

Ternampak seorang wanita lebih kurang sebaya saya di belakang rak pen.Mata bertentang mata , mulut saya pun berbicara.

"Kat mana buku soalan X ni ya? Cari-cari tak jumpa."  Bibir saya menguntum senyum.

Beliau memandang saya, ada nada blur di sebalik mimik mukanya.

"Eh... saya bukan pekerja di sini. Saya tengah cari pen..."

Alamak, hati saya seperti biasa marahkan diri sendiri.

"Oh...sori, sori... " lantas mata terus terhenti pada cashier yang berdiri berdekatan.

"Buku tu tak de lah kak..." jawab budak cashier tersebut.

Dalam pada saya hendak melangkah keluar setelah berterima kasih pada cashier, wanita pertama tadi menegur saya.

"Saya pakai macam ni , ada ke rupa macam  pekerja kedai ni?" tanya nya dengan nada sedikit kesal. Berbaju - t putih dan bertudung hitam yang agak sedikit tak terurus, memang pada pandang mata saya memang seperti pekerja kedai.

"Eh taklah... saya ingatkan tauke kedai tadi.. minta maaf banyak-banyak.." aii menipu lagi dalam pada niat nak mencari ilmu di kedai buku.

itulah... cakap malam pandang-pandang.

~cikgunormah@klcitizen~



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Tuesday, August 3, 2010

bebel

Nag.
Membebel.

"Emak awak membebel tak di rumah?"
Tanya saya pada pelajar-pelajar kelas paling hujung. Waktu sudah 12.30pm, semangat untuk belajar dah susut ke aras sifar.
Jadi saya ambil peluang mencungkil sifat, kisah diri dan perangai anak-anak murid ini.

"Aduiii...cikgu, berat telinga ni. Tiap-tiap hari asyik membebel je."
"Mak saya, lagi lah... macam bertih jagung."
"Saya buat pekak je, kalau dia start ceramah perdana dia."

Topik yang menarik minat diorang ni.

Teringat video di bawah ini yang menceritakan segalanya dalam satu lagu tentang saya dan rakan-rakan bergelar ibu di luar sana. 



The Nag Song - Lagu membebel...

Ha.... nak buat camana. Makin tua makin terpupuk sifat ini, kan

~cikgunormah@klcitizen~


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

bukan sekadar kisah nostalgik

Saya belajar sejarah hanya setakat Ting 3 dulu semasa mengambil SRP. Jadi saya bukan orang yang layak membicarakan tentang sejarah, kecuali sejarah hidup sayalah, kan.

Semasa menonton "The seven wonders in Muslim world" kelmarin di astro siaran Discovery Channel, saya tertarik dengan salah seorang pengulas, yang mengatakan bahawa , "I see the history of Muslims as hope for the future".

Memandang sejarah yang telah berlaku sebagai sebuah harapan memang baru pertama kali saya dengar. Kegemilangan Islam membuktikan bahawa ia bukan sekadar kisah nostalgik yang perlu  ditelusuri dengan rasa pedih di hati , tetapi, ia mengisyaratkan bahawa generasi akan datang bisa mengecapinya semula. Cuma bila tikanya dan bagaimana caranya, itulah yang perlu setiap dari kita berperanan. 

Sejarah juga, meminta kita untuk merenung kesilapan serta kealpaan yang manusia acap kali melakukannya. Di setiap kejatuhan ada penyebab dan musabab yang membantu menjatuhkan kegemilangan.  Dan yang itulah perlu kita lihat selalu dan cuba untuk tidak mengulanginya.

Hati begitu takjub melihat Masjid diperbuat dari Lumpur yang terbesar di dunia...

Djenne Mosque, Mali, Africa
Pengulas yang lain juga ada membangkitkan  fakta yang menarik apabila memperlihatkan Masjid Shah atau Masjid Imam  di Iran yang begitu besar dan sangat luas. 


Katanya, dalam sistem pemerintahan Islam, tiada bangunan Majlis Bandaran, Mahkamah dan tiada juga rumah tumpangan diwujudkan, walhal masyarakat pada masa itu adalah masyarakat yang kompleks . Apa yang sangat menarik ialah masjid menjadi tempat semua perkara yang disebutkan tadi.  Teringin juga kalau boleh melihat bagaimana masjid pada waktu itu berperanan kan. 

Namun begitu, apa yang pasti, setiap masjid yang ditunjuk dalam rancangan tersebut, mempunyai ahli jemaah yang sedikit  sekarang ini bila tiap kali masuk waktu berbanding keluasan Masjid tersebut...kecualilah Masjidil Haram.

*selasa malam, minggu depan dah mula solat terawih, kan...pasti masjid kembali meriah*

~cikgunormah@klcitizen~

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Monday, August 2, 2010

keep my eggs

"Never put all your eggs in one basket"

Ini peribahasa orang putih. 

Mendengar guru Bahasa Inggeris bercerita di kantin tadi, meredakan sedikit stress di hari Isnin. Apatah lagi mendapat jadual baru yang agak menyesakkan dada.

"Saya ajar peribahasa tu pada anak murid di Ting 4. Cepat  diorang ni menangkap maksud peribahasa. Pas tu, pandai membuat peribahasa moden pulak tu," cerita guru yang punya pengalaman lebih 25  tahun mengajar dan sangat tinggi sifat sabar dalam dirinya.

"Sorang budak lelaki membalas peribahasa tu, dia sebut , I always keep my eggs in my renoma."

Saya dan rakan tergelak.

"Saya jawab pada budak tu....so, now, everybody knows what you are wearing inside."

ambik dari google
macam-macam bebudak ni kan...

~cikgunormah@klcitizen~



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Blogger Yang Tersepit



Tersepit antara rasa mahu dan malu. Tetapi digagahkan juga dengan entri ini. Orang mempelawa, kita merasa, kan.

Blogger terkenal ijad membuat tawaran tanpa hadiah lumayan, tetapi  menjanjikan pengalaman dan kenangan yang pasti beliau takkan lupakan. Menawar sesiapa sahaja membuat entri "Blogger Tersepit" sebelum 12 tghari 2 Ogos 2010. 

Bukan calang blogger yang turut serta... kabarnya kujie, suri rumah blogger mantap pun turut sama. Aii... memang tersepit rasa malu di celah keyboard saya ini dengan entri tak seberapa.

Tersepit apa ya saya? Pernah tersepit bibir dulu satu ketika... (ha jangan berfikiran lain di sini, ini entri orang beriman...ecece).. tersepit bibir semasa makan ketam, kerana kulit ketam yang keras. Kesannya, bibir bengkak ala Angelina Jolie. Tapi saya rasa saya lebih lawa sikit dari beliau.

Kuih sepit...? Suka juga. Dulu-dulu semasa kecil ada kuih sepit dijual, berisi kertas menilik nasib dalamnya. Suka membeli kuih sepit, dengan harapan dapat hadiah wang, boleh claim semula dari tuan kedai. Sekarang saya kira dah tak ada begitu..

Yang pelik, kenapalah ijad ni pilih perkataan tersepit tu. Memang idea betul2 tersepit sekarang ni.. ijad.

So, ijad, adakah entri tersepit ini memenuhi kriteria?

~cikgunormah@klcitizen~

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...