Thursday, October 28, 2010

ghairah ingin cepat dewasa

"Cikgu, kenapa orang dulu-dulu tak lawa?" tanya seorang anak murid pada saya.


Wah... mencabar keegoan saya sebagai orang dulu-dulu!

"Bukan tak lawa, filem dulu kualitinya tak sehebat sekarang. Lagi pun sekarang ni banyak yang pakai photo shop," bela saya.

Mentang-mentanglah dia melihat gambar saya masa muda remaja yang agak kelam, dengan gaya budak mentah dan nerd serta memakai tudung stail lama warna malap.

Bagai mana pun dalam hati kecil saya, tidak dinafikan anak-anak dara dan anak teruna zaman sekarang memang cantik-cantik dan pandai betul bergaya. Tatkala menghantar anak bujang saya yang berumur 12 tahun ke sekolah untuk menaiki bas ke acara hi tea mereka di Hotel Legend anjuran sekolahnya, sempat saya mencuri pandang anak-anak dara umur belasan tahun sebaya anak saya.

Waduh.... ada yang mengalahkan model lagaknya. Ber make-up bagai dengan rambut terurai serta fesyen baju terkini. Pastilah mendapat sokongan dari ibu bapa masing-masing, kerana make up dan fesyen terkini bukan percuma.

Cuma janganlah terlalu sangat berghairah ingin cepat menjadi dewasa wahai anak-anak. Takut nanti kes mati sebelum sempat mengambil keputusan UPSR tu terjadi lagi.

Memang mencabar betul membesarkan anak dalam zaman sekarang.

"Ikut hati memang tak naklah dia bergaya begitu menghabiskan duit bagai, tapi bila kawan-kawannya pula bergaya sakan, yang anak kita ni, menelan air liur, kesianlah pulak...," luah hati seorang rakan tentang isu anak perempuan bergaya untuk ke majlis makan malam Pengawas  di sekolah saya pula.

Di sudut hati kecil saya, trend bergaya dengan fesyen serta tema terkini ini, yang menghabiskan duit kerana hendak bersuka-suka di kalangan anak-anak kita ini, sebenarnya jatuh salahnya di tangan kita juga, kan....

Entahlah.... jangan sampai bergaya sakan, ghairah ingin cepat dewasa  hingga jadi seperti ini

~cikgunormah@klcitizen~





Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Wednesday, October 27, 2010

War in Batu Sapi

Saya bukan hendak menyuarakan sokongan bagi  mana-mana pihak ya... 

Tapi menonton video ini sangat menarik. Kerana saya sudah menonton filem tersebut dan tidak disangka ia digunakan dalam kempen Pilihanraya Batu Sapi.


Apa pun, kita doakan yang terbaik untuk kesejahteraan negara kita.

~cikgunormah@klcitizen~




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Tuesday, October 26, 2010

kalau awak tak puas hati dengan saya, awak carilah permpuan lain....

Menjadi pengulas  hal ehwal semasa yang dibaca dari suratkhabar memang seperti sudah jadi perkara biasa. Saya kira ia bukan terhad pada saya dan rakan-rakan di sekolah sahaja. Berita dan jenayah sensasi di dada suratkhabar kekadang mengeratkan lagi hubungan di antara rakan.

Ramai yang pasti menggeleng kepala masing-masing setelah membaca kisah "Suami panas baran keterlaluan". 

Seperti biasa, bila membicara isu rumah tangga yang sebegitu rupa bersama rakan-rakan sebaya, kami semua jadi ibarat kaunselor yang bertauliah. Berbagai saranan, luahan serta teori kami utarakan, berdasarkan perspektif dan pengalaman masing-masing. Kalahlah ahli panel mana-mana, dan kalau kami dijemput sebagai ahli panel, pun rasanya, tidak akan cukup waktu untuk rancangan lain bersiaran.  :)

"Alhamdulillah, terus talak tiga kan... Tak payah dah rujuk semula," ulas saudara kembar  saya ( kembar pada nama sahaja).

"Itulah, saya ada cakap pada suami saya bila kekadang tengah bertengkar dan dalam marah tu..... kalau awak tak puas hati dengan saya, awak carilah permpuan lain. Saya izinkan sekarang juga..." cerita Ustazah beriya-iya.

"Awak tahu suami saya cakap apa?" tanya ustazah pada kami.

"manalah saya tahu ustazah...," itu bisik hati saya sahaja. Realitinya saya hanya menggeleng kepala, menunggu sambungan cerita yang ada lapse sebentar.

"Dia kata dia tak mau....Bila saya tanya kenapa? Tahu apa dia cakap?" tanya ustazah lagi.

Memang sudah tebiat guru agaknya kalau bercerita, mesti ada kemahiran bertanya. Padahal bukannya ustazah tak tahu yang kami memang tak tahu kan...

"Nanti makan tak sedap..." sambung ustazah tanpa menunggu jawapan dari kami.

Si ustazah ini memang pakar memasak. :)

Kehidupan berkeluarga setelah melepasi belasan tahun dan menghampiri angka puluhan tidak memungkinkan kemanisan seperti awal berumah tangga. Di mana serba serbinya indah dengan rindu dendam dan cinta kasih pengantin baru. 

Rumahtangga yang dibina bertahun akan dimeriahkan dengan rasa kasih atas tanggungjawab dan kesetiaan. Faham dengan keperluan dan kehendak pasangan walau kekadang ia menuntut sedikit pengorbanan kita, sebenarnya akan mengikat erat ikatan  yang sedia ada. 

Dan rasa kasih yang mengisi dada hanya bisa diletakkan ia di sudut hati kita dan pasangan oleh Allah Yang Maha Pengasih. Doa dan doa serta  doa. Tiga perkara penting yang dapat memastikan rasa kasih itu terusan teguh.



~cikgunormah@klcitizen~

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Monday, October 25, 2010

ceria

lebih 140 juta orang ikut sama tertawa dengannya. Saya pasti ramai juga yang pernah tertawa bersamanya..
semoga pagi Isnin  anda ceria....



~cikgunormah@klcitizen~


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Saturday, October 23, 2010

lucu

Saya pasti ada yang telah menjejaki dan mengikuti blog Alif Firdaus Azis

Apa yang menariknya tentang blog beliau? Kartunnya yang selamba dan menggelikan hati...

Photobucket

lagi...

Photobucket

~cikgunormah@klcitizen~
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Friday, October 22, 2010

Touching lah pulak

Hari sebelumnya, saya sudah mengamuk dalam kelas ting 4u ini. Mengamuk sebab tidak menghormati saya sebagai guru. Boleh pulak main kejar-kejar, nak membalas usikan rakannya, sedang saya sibuk memberi penerangan di hadapan. Waktu itu pula, sudah pukul 12 tengahari, cuaca yang panas menyemarakkan lagi hangat hati saya. Apa lagi, ada yang merah bahunya, tanda hadiah cubitan dari saya. 

Esoknya, memulakan hari di kelas yang sama. Memang berdoa agar Allah memudahkan. Agaknya, jam masih awal lagi, pukul 7.35 pagi, anak-anak ini masih belum hilang kantuknya dan keterujaan untuk berlari, melompat dan menendang rakannya belum tiba.

Semuanya lelaki, belasan tahun.

Sedang asyik menerang dan berjanji soalan yang sedang dibincang akan saya keluarkan dalam peperiksaan akhir tahun (tipu sunat untuk pastikan mereka memberi perhatian), masuk Syafiq, sambil menghulurkan pas lewat pada saya.

Tiada salam atau ucapan pun, hanya muka masam yang dihadiahkan pada saya. Alhamdulillah, hormon saya stabil pagi tersebut, dan mood saya dalam kategori 10, ceria amat kerana berbaju kebaya merah....(haha...apalah kaitannya kan?)

Selesai memberikan kertas edaran padanya, saya meneruskan pelajaran pagi itu.

Sesekala saya menjeling ke arah Syafiq. Mukanya masih monyok. Sekejap-sekejap, beliau meletakkan kepalanya di meja.

"Syafiq....! Awak sihat tak?" laung saya dari depan.

Beliau mengangkat kepalanya. Tetap tidak mahu menjawab.

"Ish... cikgu ni. Budak kat belakang cikgu tanya, saya yang kat depan ni demam, cikgu tak nak tanya pun. Ini yang tak nak belajar nih...." tiba-tiba, Zaini yang berkulit hitam manis bersuara dengan kuat. 

Duduknya selang dua meja dari saya yang sedang berdiri di hadapan kelas.

Ah... saya tak sangka betul dengan reaksi tersebut, hanya tersenyum dan akhirnya tergelak kerana merasakan ia agak sedikit lucu...Rakan Zaini yang lain juga ikut tergelak sama.

Alamak... touching pulak budak-budak ni  pagi-pagi buta.....

*budak kelas hujung ni rata-ratanya memang kurang kasih dan perhatian *

~cikgunormah@klcitizen~


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Wednesday, October 20, 2010

Teramat marah

Balik dari sekolah, menyinggah di sebuah gerai menjual goreng pisang berdekatan. Sedang membeli, ternampak dari jauh, seorang wanita berambut panjang, dengan keadaan sedikit tidak terurus, sedang menelefon di seberang jalan.

Mata terus terpaku padanya. Kerana... dari kejauhan itu, jelas tampak ada sesuatu yang menggusarkan beliau. Menelefon dalam keadaan tangisan yang kuat dan menjerit-jerit, walau butir katanya tidak dapat saya tangkap. Saya dan penjual goreng pisang  seolah menonton drama sebabak secara live.

Selesai menelefon, wanita tersebut bergerak ke arah sebuah pondok jaga yang begitu hampir dengannya, dan terusan menjerit terlolong seolah memarahi jaga tersebut. Entah apa yang berlaku, saya tidak tahu butirnya. 

Tidak lama selepas itu, berhenti seorang penunggang motosikal, kelihatan cuba bertanya dan ingin membantu.... beliau menghampiri jaga tersbut, mungkin bertanyakan cerita yang berlaku . Dalam masa yang sama, wanita tersebut masih terusan menjerit dan terpekik-pekik, marah. Selesai bertanya, penunggang motosikal tersebut berlalu pergi, meninggalkan wanita tersebut yang kelihatan waras tetapi seperti dirasuk dengan amarah yang amat.

Saya tidak tahu apa yang berlaku seterusnya. Cuma saya terfikir....

Apakah yang menyebabkan seseorang bertindak di luar rasa malunya? Jika dalam keadaan normal, kita akan malu untuk terjerit dan terpekik atau terlolong seperti itu. Apatah lagi kalau kita seorang wanita. Kita tolak kemungkinan bahawa dia itu sedang gila atau mabuk. 

Saya fikir, tindakan tidak waras seperti itu hanya timbul jika kita berada dalam dua keadaan. 

Teramat marah atau teramat sedih.  Kemarahan yang melampau atau kesedihan yang melampau. Kedua situasi itu memungkinkan kita bertindak di luar batas norma susila kita. 

Lihat sahaja kalau berlaku kematian insan yang kita sangat sayangi  secara tiba-tiba dan tidak terduga. Kesedihan yang terlampau. Reaksi pertama, mungkin, adalah tangisan dan jeritan. Jika tiada rasa redha dan sabar, pasti, jeritan dan tangisan akan berubah menjadi lolongan yang tidak berkesudahan. Itu yang menakutkan. Kerana pada masa itu, akal menjadi tidak waras, dan emosi yang keterlaluan yang akan memandu tindakan.

Sesekala, saya juga terbabit dalam situasi di luar jangka ini. Terutama bila perubahan hormon bulanan yang berlaku tanpa dapat dikawal. Tapi bukan kesedihan terlampau.  Cuma amarah yang amat..... bila anak murid di kelas hujung membuat kerenah. Tidak selalu, tetapi biasanya setahun adalah sekali. Hahaha.... saya akan terjerit dalam kelas... aduii... kalau diingat memang malu. Tapi waktu amarah sedang memuncak, rasa malu terbang keluar... cuma alhamdulillah, dalam marah tersebut, bahasa saya masih dapat dijaga agar tidak lancang dengan cercaan dan makian. Bukan senang mengawal marah. Sukar... percayalah.

Alhamdulillah setakat ini , tidak pernah lagi membaling apa-apa semasa marah. Teringat dulu semasa di sekolah rendah.... cikgu Bahasa Inggeris membaling buku latihan saya ke luar pintu kelas, sebab tulisan tidak kemas. Dan cikgu yang sama melekatkan selotep ke bibir saya, sebab saya kuat sangat bersembang dalam kelas. Ya... beliau marah amat dengan saya...

Apa pun, saya berdoa, biar malu saya masih dapat melindungi sikap dan perlakuan saya...

~cikgunormah@klcitizen~
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Tuesday, October 19, 2010

berani berperang

Adakah nilai pandang manusia berubah dengan berubahnya zaman?

Pasti... 

Sedangkan dalam julat masa yang singkat sahaja pun, jika suasana sekitar berubah, pasti sedikit sebanyak ia mempengaruhi cara fikir dan tindakan kita.

Baru lepas menonton filem Inggeris, Centurion. Perang zaman Rom. Saya suka menonton filem perang zaman dulu-dulu. Pejuang zaman dulu begitu asli dengan semangat dan daya juangnya. Tidak kira dari pihak yang mana. 

Namun, pejuang Islam lebih lagi hebatnya bila di medan perang. Cumanya, filem tentang mereka sangat kurang.

Perang zaman dulu memang menuntut keberanian tahap tinggi. Perlawanan secara berhadapan. Jika dalam filem, melihat hujan anak panah dalam awal adegan perang mengujakan saya. Seolah saya turut berada di situ, menanti ajal datang di hujung panah. Dari jauh, kumpulan anak panah kelihatan seperti kepulan awan bergerak menuju ke sasaran. Bayangkan pejuang tersebut, dalam keadaan bersedia, untuk menghadapi apa sahaja nasib yang bakal dibawa bersama hujung-hujung panah tersebut.

Tapi, sebenarnya, perang mana yang tidak menuntut keberanian? Selagi kita berjuang atas kebenaran yang kita pasti, keberanian akan datang juga.

Sedangkan, jika beg tangan kita dirampas pun secara tiba-tiba, kita akan berjuang mempertahankan hak kita, walau implikasinya memang membahayakan diri sendiri. Berani untuk berjuang mempertahankan yang hak dan benar. Kerana kita yakin kita benar dan ia adalah hak kita, rasa berani untuk bertarung itu meresap dalam setiap inci urat kita tanpa kita sedar pun.

Kerana itu saya kira pejuang Islam sangat berani. Mati syahid adalah matlamat mereka. Bayangkan berjuang dan berperang kerana ingin mati syahid, bukannya berperang untuk hidup lebih lama dengan kuasa di tangan. Kerana keyakinan atas kebenaran, berani itu terkumpul dan membulat dalam jiwa.

Itulah jati diri yang perlu ada dalam diri. Terlebih lagi dalam hati  anak muda kita yang saya lihat makin terhakis kini. 

Entri bebelan kesan dari filem perang yang berjuang atas dasar keduniaan....

~cikgunormah@klcitizen~





Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Monday, October 18, 2010

ketagih kerja

Lucu pulak menonton video dari Thailand ni, ketagihan bekerja

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Saturday, October 16, 2010

Anugerah

Menjadi tua adalah anugerah.

Ayat dari sebuah filem yang saya tonton sebentar tadi. Ada ramai yang takut menjadi tua, bila mana kulit sudah hilang tegangnya, rambut makin menipis dan uban memenuhi, tenaga juga makin terhakis dari badan. Takut bila tua nanti, terpaksa mengharap kudrat dan menyusahkan insan lain.

Apa yang positifnya menjadi tua ya? Sehingga boleh kita kata ia adalah anugerah dalam hidup?

Pada saya, antaranya ialah ia menjadi peluang mengumpul dan memperbaiki amal. Ya, mungkin, lutut sudah longgar untuk rukuk dan sujud lebih sempurna, tetapi saya kira dan berharap di masa tua, amal saya bertambah baik dan berlebih lagi. Hambatan dunia makin kurang, dan lebih terasa dekatnya kematian, maka jika diizinkan Allah ia menjadi sumber amal yang diterima Allah untuk saya nanti.

Fikiran lebih tenang dan matang. Tindakan lebih terarah dan kematangan hasil dari ketuaan pasti terserlah. Itulah harapan dan doa. Kerana bukan tidak ada insan yang sudah melangkau usia emasnya , masih lagi  tidak upaya bertindak secara bijak.

Walau tangan sudah lemah genggamannya nanti  dan langkah pun sudah perlahan , masih juga bisa menguruskan diri sendiri  tanpa menyusahkan sesiapa. Pasti itu doa setiap kita, tetapi ketentuan hanya Allah yang tahu.

Yang pasti, tidak semua dari kita berpeluang mencapai usia tua. Dan sememangnya ia adalah anugerah.

~cikgunormah@klcitizen~
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Friday, October 15, 2010

Bukanlah kerana suami semata

Di sekolah, sempat mendengar luahan hati seorang sahabat. Mencurahkan rasa sedihnya yang tidak terbendung dengan kerenah suami dan situasi suaminya kini. Airmatanya mengalir menjelaskan lagi berat rasa hati yang begitu sarat sekali.

Saya mendengar dan berfikir. Mencari kata yang sesuai bagi meringankan beban perasaannya.

Jelas bagi saya yang memandang dari luar, sebenarnya perkara yang begitu terkesan di hatinya sebenarnya tidak besar mana. Tetapi dek sebab, banyak insiden lain yang remeh-remeh sebelum ini, juga dipendam,  ia ibarat sedikit-sedikit lama-lama menjadi bukit, berubah, membisul di dada.

Kata saya....

Selagi suami tidak menduakan atau curang dengan kita, sebenarnya segala isu yang lain hanyalah isu remeh. Mungkin tindakannya pada hari itu mencalarkan hati kita, betul, dan kita pun menangis, tetapi jangan isu tersebut menyebabkan kita makin jauh atau dia makin renggang dari kita.

Selagi suami masih di sisi kita, serta tidak menzalimi kita dengan perbuatannya, bersabarlah dengan kesilapannya di sana sini. Sebab dia dan kita cuma insan, bukan malaikat. Keegoannya lebih tinggi dari rajuk kita. Keegoan suami lah yang meletakkan beliau sebagai pemimpin dan pelindung kita. Bukanlah bermakna kita ini lemah, tetapi bermakna, mereka memerlukan kita sebagai isteri untuk meletakkan nilai pemimpin dalam diri mereka.

Apabila isu remeh menggelapkan mata dan hati kita, segala yang baik pada seorang suami akan terlindung dari pandang mata kita. Itulah yang bahayanya. Ia boleh menghakis rasa kasih dan sayang yang sedia ada, dan menurunkan nilai seorang suami  di mata kita. Itulah yang banyak berlaku kini. Merasakan nilai suaminya sudah kurang berbanding dengan lelaki lain di sekeliling.

Segala yang kita buat bukanlah kerana suami semata. Kerana pabila dia seolah tidak menghargai pengorbanan kita, hati kita akan terus kecewa dan hancur. 

Kita buat biarlah kerana ini tuntutan dari Allah, kerana kita seorang isteri yang wajib akur selagi dibenarkan. Jadi, jika seolah pengorbanan kita tidak dilihat oleh suami, sebenarnya di jauh sudut hati kita, kita tahu Allah melihat dan menilai. Dan kita tahu, satu hari nanti, kita akan terima juga 'hadiah' yang lebih baik dari yang ada sekarang, insyaAllah.
 
~cikgunormah@klcitizen~



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Thursday, October 14, 2010

Terlepas Pandang

Berpeluang bekerja bersama seorang guru dari sekolah berhampiran baru-baru ini di sekolah yang lain. Kami berdua menjadi Ketua Pengawas PMR di sekolah tersebut yang mempunyai dua pusat berbeza.

Apa yang menarik tentang beliau?

Sentiasa melihat orang lain dari sisi yang positif serta menyebarkan perkara positif tersebut. Itu yang dapat saya pelajari dan contohi untuk membaiki diri saya.

Sebelum kami mengakhiri tugas kami , sempat kami berjumpa dengan Pengetua sekolah tersebut. 

"Ma'am, I have to tell you this. Your Setiausaha Peperiksaan Pn Ros is superb. Everything that I require, she would not hesitate to help. You have a very good staff with you. She's reliable and efficient..." speaking omputih guru tersebut dengan Pengetua berbangsa Cina itu.

Saya di sebelah mengangguk bersetuju. Cuma yang sedikit terkilan, bukan saya yang mengeluarkan kata pujian tersebut, walau pun Pn Ros yang dimaksudkan itu memang saya akui sangat banyak membantu saya sepanjang tugas saya di situ.

Itulah....

Mendengar slot ulangan motivasi pagi yang ke udara di IKIM, tentang ciri seorang sahabat iaitu orang yang sentiasa mewar-warkan kebaikan kita tetapi menutup rapat kekurangan serta keburukan kita, saya teringat guru tersebut. Itulah sebenarnya ciri seorang sahabat yang baik. 

Sifat yang saya sering terlepas pandang, iaitu menghebahkan kebaikan yang dibuat oleh sahabat serta kenalan saya. Itu yang sepatutnya saya amalkan dari sekarang.

Jom kita usahakan bersama.....

~cikgunormah@klcitizen~
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Wednesday, October 13, 2010

Matematik memang senang.....

Betul ke isza?

Kalaulah sesenang ini kan....

xtraordinary blog

cilok

Main potong mana yang sama je kan..... ikut logik mata.

Setelah 5 hari tidak ke sekolah kerana punya tugas luar, hendak kembali semula ke sekolah, hati berdebar semula. Biasalah, saya memang begitu.

Kertas soalan Trial belum pun bertanda... 

~cikgunormah@klcitizen~





Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Tuesday, October 12, 2010

Saya yang menurut....

PMR 2010 sudah melabuhkan tirainya. Anak-anak murid yang berada di Tingkatan 3 pastinya melonjak riang, kerana tidak lagi dibelenggu dengan kelas tambahan dan latihan yang tidak henti.


Hanya tinggal lagi doa yang pastinya tidak putus, agar keputusan yang bakal diraih nanti adalah keputusan yang membahagiakan tiap keluarga yang terlibat.

Lagi 6 tahun, PMR akan berubah warna. Secara peribadi saya juga tertanya dan ternanti-nanti bagaimana rupanya nanti penilaian versi baru yang akan dijalankan nanti. Walau pun ada dinyatakan secara ringkas, penilaian berasaskan sekolah, kita masih juga ingin melihat sejauh mana kematangan warga pendidik dan masyarakat umum akan terserlah nanti  dalam pelaksanaan sistem tersebut.

Secara individu, sebagai guru Sains, saya inginkan situasi ideal, di mana pelajar-pelajar membuat projek ringkas mengaplikasi kemahiran saintifik mereka dan di akhir tahun nanti penilaian akan dibuat berdasarkan pembentangan projek mereka. 

Projek tidak perlu projek canggih atau kompleks, tetapi memadai projek ringkas, contohnya, membandingkan pencuci manakah yang terbaik di pasaran untuk mencuci stokin mereka, atau cara terbaik menyimpan sayur hijau di dalam peti sejuk atau yang sebagainya. 

Banyak contoh projek ringkas di laman web, kerana setahu saya sistem pendidikan di beberapa negara maju memang menilai pelajar di peringkat sekolah melalui projek sains mereka. 

Memang sekarang, Penilaian Berasas Sekolah untuk subjek Sains ada menilai pelajar dari segi kemahiran mengeksperimen, tetapi penilaian yang dibuat agak rigid dan kaku. Sebagai guru, saya sendiri merasa tidak puas dalam membentuk kemahiran pelajar melalui penilaian berasas sekolah yang sedia ada.

Walau bagai mana pun, suara saya tidak bisa melepasi bumbung sekolah dan didengari oleh pihak pembuat dasar. Keinginan dan arahan yang perlu diikuti memang tidak pernah seiring.

Selagi masih menunggu penyata gaji di akhir bulan, selagi itulah "Saya yang menurut perintah", yang akan menggerakkan tindakan.

~cikgunormah@klcitizen~

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Sunday, October 10, 2010

sewajarnya..

Mati tidak mengenal siapa... Solat adalah kewajipan semua Muslim yang cukup syaratnya. 

Iklan yang sewajarnya ada ditayangkan di saluran TV di Malaysia, dengan versi kita.



updated:

Saya ada juga menonton beberapa video lain tentang iklan mengajak solat ini. Konsep, idea dan tujuan yang sangat murni. Sasaran iklan-iklan tersebut adalah menarik minat golongan muda yang sering mengabaikan solat agar kembali mengerjakan solat, tidak kira dalam keadaan apa pun.

Boleh dikatakan hampir semua iklan dihasilkan oleh Pak Arab. 

Alangkah bagusnya, kalau ada iklan sebegitu rupa di Malaysia. Semua pun tahu iklan memberikan impak yang besar dalam masyarakat, ia boleh menghasilkan trend baru dan ikutan setiap lapisan masyarakat.

Sudah sampai masanya, badan-badan yang berkait dengan usaha dakwah islamiyyah seperti IKIM , YADIM dan gabungan masjid seluruh negara bersama-sama melabur membanyakkan iklan-iklan sebegini tersiar di ruang udara dan iklan di ruang maya kita pula. Tidaklah kita masih bekerja dengan cara serta pendekatan lama dan berulang.

Saya kira, selain menderma untuk membina masjid dan surau, ramai dari kita juga sanggup dan mahu juga menderma untuk kewujudan iklan sebegini rupa. Bayangkan iklan sebegini mengisi tempat di setiap blog yang ada melalui Nuffnang, Advertlets, Mangga Ads dan sebagainya. Saham akhirat kita pasti juga kita dapat.

Memanglah seolah tiada hasil boleh diraih dari iklan seperti ini, tetapi jika ia berjaya (dan saya pasti ia dapat juga memberi kesan positif), bayangkan jemaah yang akan mengerjakan solat di setiap masjid juga bertambah. Sudah pasti, tabungan di masjid juga dapat dipertingkatkan. Itu...pun kalau kita asyik nak berkira soal duitlah kan.... 

Idea saya ini pasti tidak dapat didengar oleh pihak yang berkenaan, tetapi jika ia dapat dipanjangkan melalui pembaca blog ini kepada yang lain, saya pasti satu hari nanti pasti ia akan mencecah ke telinga pihak yang saya maksudkan juga . InsyaAllah.

~cikgunormah@klcitizen~
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Saturday, October 9, 2010

Berhati-hati dengan Vios....

Kereta Toyota Vios bukan sahaja cantik tetapi ia boleh membunuh....


~cikgunormah@klcitizen~
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Friday, October 8, 2010

Pening dan keliru

Saya kira ramai yang sudah menonton video dunia akhir zaman 1/2 dan dunia akhir zaman 2/2. Video ini agak panjang dan menuntut sedikit kesabaran jika berminat.



Saya tidaklah berani hendak mengulas panjang tentang video tersebut, kerana dangkalnya ilmu yang saya ada, apatah lagi jika melibatkan isu konspirasi dunia terhadap Islam. Namun begitu saya ingin juga menyentuh sedikit tentang Teori Evolusi yang dikhabarkan kepada kita tentang percanggahannya dengan kefahaman akidah kita.
Bukan saya hendak berhujah, tetapi ada baiknya juga kita meneliti dan mendengar kata ilmuan Islam tentang Teori Evolusi versi Islam dan agak berlainan sedikit dengan video tersebut. Saya petik dari Ustaz Hasrizal dalam artikelnya "Adam-adam sebelum ADAM"
Lihat sahaja buku Akhbar al-Zaman oleh al-Mas’oudi, sebelum memperkatakan tentang Adam dan generasi selepasnya, Al-Mas’oudi meletakkan bab “Penjelasan Tentang Umur Dunia, “Penjelasan Tentang Umat-umat Sebelum Adam”, Penjelasan Tentang “Jin dan Jenis-jenis dan Qabilah Mereka”, “Penjelasan Tentang Bumi Dan Apa Yang Ada Padanya”, “Penjelasan Tentang Laut Yang Meliputi (Al-Bahr al-Muhi?) dan Perkara-perkara Ajaib yang Ada di Dalamnya” dan sebagainya.

Al-Mas’oudi menjelaskan bahawa terdapat 28 umat yang telah dicipta di muka bumi sebelum Adam. Mereka terdiri daripada flora dan fauna serta Ummah yang agak menyerupai Bani Adam. Umat ini bercampur dan berinteraksi hingga membawa kepada berkembangnya mereka kepada 120 umat.

Al-Thabari juga menyatakan di dalam Tafsirnya bahawa kesemua hidupan diciptakan sebelum penciptaan Adam.

Al-Maqdisi menjelaskan bahawa terdapat 3 Umat yang utama di dunia sebelum Adam iaitu dua daripadanya terdiri daripada kaum Jin. Manakala kaum yang ketiga adalah golongan yang berbeza dari Jin kerana mereka ini berdaging dan berdarah. Golongan ketiga ini adalah mereka yang dimaksudkan sebagai “man yufsidu feehaa wa yasfiku al-dimaa’: golongan yang membuat kerosakan dan menumpahkan darah” seperti yang diulas oleh Malaikat di dalam ayat al-Quran 2: 30.

Ulasan-ulasan al-Mas’oudi ini memperlihatkan bahawa persoalan tentang hal ehwal pra-sejarah telah pun dibahaskan oleh para Ulama’ jauh sebelum munculnya di Eropah, debat evolusi pada kurun mutakhir ini. Ulama Islam sudah menyentuh bidang ini 10 kurun sebelum ia diperkatakan di Eropah.
Ayat yang terakhir itu mengagumkan saya.... kerana sebelum ini saya fikir umat Islam tidak membincangkan isu evolusi dan mengakibatkan ramai yang terkeliru dengan pandangan Islam yang kita ada dan 'penemuan' fossil serta kajian sains tentang isu tersebut.

Berkenaan dengan penciptaan Adam, majoriti ulama Islam percaya bahawa Adam dan Hawa telah dicipta dengan lengkap di Syurga. Mereka kemudiannya dihantar ke bumi selepas memakan buah yang terlarang. Keturunan mereka mengisi populasi bumi dan memulakan sejarah manusia.

Akan tetapi Allah SWT tidak menjelaskan di dalam al-Quran bagaimanakah Adam itu dicipta. Adakah dia dicipta secara berperingkat atau dengan satu proses sahaja? Sebahagian ahli Tafsir mendatangkan pandangan bahawa ketika Allah SWT mencipta Adam, tubuh Adam itu dibiarkan selama 40 tahun sebelum ditiupkan ke dalamnya roh. Di sini kita boleh melihat dengan jelas pengaruh tradisi Ancient Persian terhadap tafsiran berkenaan.

Terdapat juga sebahagian daripada ulama Islam yang menjelaskan bahawa Adam bukanlah manusia pertama yang dicipta di muka bumi. Mereka berpandangan bahawa ratusan ribu ‘Adam’ telah wujud sebelum Adam bapa kita. Setiap satu ‘Adam’ itu telah mempunyai keturunan dan kehidupannya, mereka telah musnah sepenuhnya dan digantikan dengan ‘Adam’ yang berikutnya sehinggalah tiba kepada Adam, bapa kita. Adam bapa kita, dianggap sebagai pusingan terakhir siri ‘Adam’ di muka bumi.

Ada juga ulama yang berpendapat bahawa Adam dan Hawa dicipta bukan di Syurga tetapi di muka bumi dan daripada bumi.

(Lihat al-Maqdisi: Al-Bad’ wa al-Tarikh dan Ibn al-‘Arabi: al-Futuhat al-Makkiyyah)

Ikhwan al-Safa juga ada menghuraikan tentang hal ini. Mereka menyatakan bahawa semua haiwan dicipta dari tanah liat kering dan membiak di kawasan Khatulistiwa yang tidak terganggu oleh perubahan cuaca yang ektrim. Hal ini memberi ruang kepada pembiakan. Di dalam suasana inilah Adam tercipta (takawwana). Ikhwan al-Safa juga berpendapat bahawa Adam dan Hawa hidup di peringkat pertama kehidupan mereka di bumi (Rasaa’il Ikhwan al-Safa, jilid muka surat 181, 229. Ada kemungkinan konsep ini diambil dari Bible kerana di dalam Bible, Syurga itu adalah Garden of Eden di mana Adam dan Hawa hidup dalam keadaan yang suci)

Saya merasakan bahawa ilmu sains yang ada bukanlah benar  100%, tetapi saya bersetuju dengan Ustaz Hasrizal bahawa kita juga tidak boleh terus menolak ilmu tersebut tanpa ada fakta sains dan bukti yang dapat menyatakan kebenaran kita. Sedangkan al-Quran adalah mukjizat terbesar, jadi pasti ada cara dan hujah secara sains yang boleh menolak Teori tersebut, bukan sekadar kita katakan bahawa ini adalah tidak benar lalu full-stop.
Namun apa yang menjadi keutamaan kita ialah, persoalan idea berkaitan dengan evolusi biologi, dan adanya idea tentang berkemungkinan wujudnya kehidupan dan ‘adam’ lain sebelum penciptaan Adam, mempunyai ruang untuk ia dikaji oleh Muslim. Ini akan menghindarkan pelajar Sains daripada dibelenggu rasa bersalah yang tidak perlu. Semata-mata kerana menyangkakan bahawa evolusi menyalahi Islam.

Walhal, prinsip-prinsip evolusi sudah pun ada di fikiran ahli sejarah Muslim seawal kurun ke-10M. Jika ia diterima sebagai subjek yang berharga untuk dikaji oleh umat Islam, mengapa pula hari ini kita mengambil pendirian mudah bahawa ruang perbincangan mengenai hal ini sudah terkunci. Evolusi bertentangan dengan Islam, 100%!

Apa yang membimbangkan saya ialah, sikap orang agama terhadap isu-isu seperti ini akan menimbulkan masalah, sebagaimana pemuka agama Kristian yang sombong, telah membiakkan manusia sains yang menjauhi agama. Soal agama mereka betul atau salah, tidak sempat untuk dibicarakan kerana sikap sombong dan simplistic minded mereka telah menyebabkan agama tidak lagi dilihat sebagai sumber kebenaran.

Manusia beralih kepada sains kerana muak dengan kelakuan orang agama yang jumud.

Islam adalah agama dinamik. Ia tidak terbatas dengan isu pada hari ini atau pada masa kewujudan Rasulullah yang kita sayangi, tetapi juga membicarakan isu sebelum dan kehidupan yang tidak akan tua nanti. Mungkin Zaman Batu dan Zaman purba adalah isu konspirasi, tetapi ia mungkin jadi juga bukan isu konspirasi, kerana hanya Allah Yang Maha tahu.

Adakah Adam-adam sebelum ADAM?

Itu persoalannya.... teori evolusi manusia dari monyet itu, memang sudah berjaya dipatahkan oleh Harun Yahya dalam The Collapse of the Evolution Theory in 20 Questions, tetapi bagaimana mengaitkan kehidupan manusia hasil dapatan fossil dengan pandangan Islam itu?



~cikgunormah@klcitizen~






Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Wednesday, October 6, 2010

kisah lama

Selesai menonton TV3, siri  K.E.S , kisah menyedihkan ......, berada di tempat yang salah pada waktu yang salah.

Kisah 10 tahun lepas, kematian jurutera komputer saudari Noor Suzaily yang menaiki bas untuk melapor diri bertugas di tempat kerja, tetapi sebaliknya berakhir dengan kematian. Kematiannya pula menyayat hati sungguh, dalam keadaan bogel setelah dirogol dan diliwat berulang kali serta dipukul, dengan kecederaan di 44 bahagian tubuhnya oleh pemandu bas yang dinaikinya.


Ternampak gambar Noor Suzaily, lantas teringat kisahnya yang tragis dan menyayat hati.

Mendengar ulasan yang dibuat oleh ASP Shaimah bekas pegawai yang menyiasat kes tersebut juga menyentuh perasaan. Katanya, bayangkan kita sebagai ibu, anak bertahun belajar di luar negara dan hidup selamat di sana, tetapi sekembalinya ke negara sendiri, beliau mati di tangan rakyat tempatan yang bernafsu binatang.

ASP Shaimah juga menegaskan bahawa Allahyarham Suzaily  adalah wanita yang menjaga ketrampilan yang baik, cumanya beliau berada di tempat yang salah pada waktu yang salah. Ditakdirkan pada waktu tersebut, beliau berada di dalam bas, dan pemandu bas tersebut memang mempunyai niat jahat dengan tidak berhenti mengambil sebarang penumpang yang lain dalam perjalanan bas tersebut. 

Si pelaku sudah pun dihukum gantung hingga mati pada Disember 2008 yang lalu. 

Banyak-banyaklah kita berdoa untuk keselamatan diri kita dan anak-anak kita. Janganlah ada yang menerima nasib seperti Suzaily dan minta dijauhkan keturunan kita menjadi zalim seperti si pelaku.

Doa saya moga aruah Suzaily ditempatkan bersama orang-orang soleh dan dikurniakan nikmat bahagia berkekalan di akhirat nanti.

* badan masih penat, tugas masih padat ....

~cikgunormah@klcitizen~
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Monday, October 4, 2010

Positif dalam fikiran dan tindakan




Beberapa hari ini nanti, blog ini akan terabai buat seketika, begitu juga dengan twitter saya. Ada hal penting dan besar yang perlu dilaksanakan dan memerlukan perhatian penuh dari saya, sehinggalah minggu hadapan.

Hari Ahad malam, sempat menghadiri majlis kenduri perkahwinan sepupu suami saya di Hotel Sunway. Alhamdulillah, rezekinya murah, dikurniakan Allah suami yang mampu melaksanakan kenduri kahwin di hotel bertaraf lima bintang. Apa lagi, pucuk dicita ulam mendatang, teringin juga hendak merasa suasana berkenduri ala-ala orang berduit ni, kan.

Saya cuba untuk berlagak biasa seperti orang kampung tetapi bila dikelilingi oleh ramai manusia yang bergaya dan berjenama hias bagai, aii.... terasalah juga betapa tak berduitnya saya. Itulah,  bila asyik memandang bintang di langit, tidak terasa indahnya rumput di kaki sendiri, kan. Padahal, sebenarnya hidup sendiri pun sudah cukup serba serbinya.


majlis perkahwinan 5 bintang

tetamu yang berbintang-bintang ~ biras saya dan saya
Sebagai tetamu, semuanya indah dan sedap. Yalah... orang sudi menjemput, takkanlah hendak mengata majlis orang pulak kan. Tak baik macam tu. Nanti orang kata , macam tidak mengenang budi , ibarat melepaskan anjing tersepit.

Saya rasa entri saya kali ini banyak menggunakan peribahasa aras sekolah rendah, kan. Kalau dalam peperiksaan Bahasa, penggunaan peribahasa yang diselitkan dalam karangan akan memberi markah bonus yang banyak pada pelajar, kan... Jadi, anak-anak murid yang membaca entri ini sila jangan ikut ya. Dan jangan lupa... esok dah mula PMR, kan.

Selamat menjawab peperiksaan bagi semua yang akan  mengambilnya, doa banyak-banyak agar tenang dan dipermudahkan. Ishhh.....hati saya yang berdegup kencang rasanya......

Apa pun, sebelum mengakhiri entri tidak bermotif saya kali ini, saya mengucapkan syukur kerana Allah memberi saya ruang dan peluang lagi sekali menziarah sahabat maya iaitu Maiyah di rumah terbukanya. pergi pun setahun sekali kan, maiyah...

Mengenal beliau, banyak mengajar saya erti ketabahan dan berpandangan positif dalam hidup. Tak percaya, ziarahlah blog beliau di sini

maiyah dan saya
Apa pun yang berlaku, cubalah kita sentiasa menyisipkan positif dalam fikiran dan tindakan. Sukar, memang... siapa kata mudah tetapi ia tidak mustahil.

~cikgunormah@klcitizen~




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Sunday, October 3, 2010

kenangan

Entri kenangan ini, sekadar ingin berkongsi rasa bahagia punya kenalan lama dan baru. Sambutan hari raya di sekolah dan disambung dengan berjumpa rakan blog, Zai di rumah kakaknya.

Sila abaikan bilik guru kami yang bersepah....


hasniza dan fadzillah

guru baru - liza

norma, hafsah, faizah dan Puan Azizah

Pn Sabiah, zuriana, suraya dan  norlida

kak pah, zafinas dan kak wan

norwati dan ruzita

kak midah dan saya

pn kathijah

kak roslina - gambar blur lah wei...

rakan blog , zai dan saya...
~cikgunormah@klcitizen~
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Saturday, October 2, 2010

LANTANG....

Hari ini saya ingin berkongsi sedikit petikan dari majalah I bilangan 95, Sept 2010, dalam artikelnya 'Mengapa Yvonne Ridley Memakai Tudung?'

Kenal siapa Yvonne Ridley?
British-born, award-winning journalist Yvonne Ridley is well known in the Muslim world for her outspoken views and defence of Islam. She endeared herself to the Muslim community in Britain when she reverted to Islam 30 months after making international headlines when she was captured by the Taleban on an undercover assignment in Afghanistan. She was a senior reporter of the Sunday Express at the time, having spent nearly 10 years in Fleet Street working for several prestige titles including The Sunday Times, The Observer, Daily Mirror and Independent on Sunday..

Biography
Yvonne Ridley, Former Taliban Captive, Convert to Islam - Friday, 01 October 2010

Yvonne Ridley dari awal sebelum islamnya lagi, memang merupakan antara wartawan wanita yang bersuara lantang dalam penulisannya. Artikel terbarunya tentang Dr Aafia Siddiqui, seorang saintis Pakistan yang ditahan tanpa sah sehingga kini oleh pihak FBI, USA menambahkan rasa amarah saya pada pihak USA.... Dr. Aafia Siddiqui - a victim of U.S. aggression against Muslims

Sebahagian artikel dari majalah I tentang prinsip Yvonne Ridley:

Sudah bertahun-tahun saya menjadi seorang yang memperjuangkan hak wanita atau feminis. Bahkan sehingga ke saat ini saya masih feminis Muslim yang berjuang untuk kepentingan kaum wanita. Bezanya adalah, wanita feminis Muslim adalah jauh lebih radikal berbading rakan feminisnya yang sekular. Sebagai bukti perjuangan wanita di Afghanistan, mereka benci sebarang pertandingan kecantikan dan berusaha keras untuk tidak gembira semasa melihat Miss Afghanistan yang memakai pakaian mandi.

Saya telah kembali ke Afghanistan beberapa kali dan saya boleh katakan bahawa tidak ada wanita yang berkerjaya yang bangkit dari reruntuhan di sana. Wanita Muslimah Afghan berharap kepada saya agar Barat tidak terlalu prejudis dengan bhurka yang mereka pakai.

"Jangan perjuangkan kami untuk menjadi wanita kerjaya, tapi carikan pekerjaan buat suami kami. Tunjukkan bahawa kami boleh mengirim anak-anak kami ke sekolah secara aman tanpa takut diculik. Berikan kami keamanan dan makanan di meja makan," demikian kata seorang wanita Muslimah Afghanistan kepada saya- "- Yvonne Ridley

Katanya lagi...

I used to look at veiled women as quiet, oppressed creatures and now I look at them as multi-skilled, multi-talented, resilient women whose brand of sisterhood makes Western feminism pale into insignificance. My views changed after the truly terrifying experience of being arrested by the Taleban for sneaking into Afghanistan in September 2001 wearing the bhurka.

How I Came to Love the Veil
Yvonne Ridley, Former Taliban Captive, Convert to Islam - Friday, 01 October 2010


Penindasan terhadap wanita di negara Pakistan, Afrika, Arab malah di Malaysia sendiri sebenarnya tidak langsung berkait dengan agama Islam. Kita faham itu, tetapi masyarakat Barat memberi konotasi yang sangat jauh menyimpang terhadap amalan-amalan kahwin paksa, kahwin bawah umur dan sebagainya dan mengaitkan ia dengan ritual agama Islam.

Walau pun banyak usaha dan pernyataan yang dibuat oleh bijak pandai dan pendakwah Muslim tentang perkara ini, tetapi, disebabkan adat serta tradisi yang masih berterusan, kenyataan dan keindahan Islam masih tersembunyi kemilaunya.

Saya berdoa agar kelantangan saudara seagama Yvonne Ridley dalam mengetengahkan segala  yang hak akan terusan diberi kekuatan oleh Allah.

Walau pun dek sebab kelantangan beliau itu, pernah mengguris hati penyanyi nasyid British terkenal Sami Yusuf satu waktu dulu,  saya yakin dan percaya kecintaannya pada Islam yang memberikan beliau keberanian untuk terus berjuang dalam penulisannya.

*dari kecil dulu teringin jadi wartawan seperti Yvonne, tapi tinggal jadi angan-angan saja dalam mimpi


~cikgunormah@klcitizen~



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Friday, October 1, 2010

menjadi biasa

Dalam dunia internet apa sahaja yang ingin dilihat, boleh sahaja. Segala yang ganas, manis, pahit, sadis, porno dah tahyul .... sebut sahaja apanya yang tergerak di benak dan ingin dijamah dengan pandangan mata, semuanya di hujung jari.

Bila masa dan  di mana sahaja, asal ada liputan, asakan pandangan boleh sahaja dilakukan.  Yang luar biasa dulunya kini jadi biasa. Yang sadis dan mengerikan dulu pun kini jadi biasa. 

10 tahun atau 20 tahun dulu tergamakkah kita melihat insan mati dikerat badannya, kaki atau kepalanya hilang entah ke mana, atau melihat otaknya sudah berterabur bak jelly yang dihenyak anak kecil? Tidak pernah pun terbayang begitu, kan.

Namun kini, buka sahaja kotak email, terkadang sehingga dua tiga gambar sedemikian rupa terpampang, dikongsi dan disebar luaskan. 

Tujuan?

Ingin menimbulkan kesedaran serta keinsafan. Namun secara tidak kita sedar, sebenarnya asakan pandangan sedemikian rupa bisa menumpulkan rasa di hati. Melihat berpuluh gambar, malah beratus gambar sedemikian mendatangkan rasa kebas dalam jiwa. Ah... biasalah, kalau dah nama mati accident, atau, kesian ya, budak-budak ni di medan perang, tapi yalah itu memang  kesan perang. Itulah yang akan terlintas dalam benak fikir kita.

Tertarik dengan luahan Ustaz Hasrizal dengan teori Schadenfreude nya, iaitu pembiusan jiwa terhadap penderitaan insan lain.

Jangan tertipu dengan fungsi foto.


Pendedahan yang asalnya bermaksud mahu mencetuskan kesedaran, berubah menjadi pembiusan jiwa yang mematikan sensitiviti.


Adakah anda membaca berita dengan hanya menatap slide BERITA BERGAMBAR? Anda sentiasa tertarik pada imej darah, kecederaan, kesakitan, penderaan, pembunuhan dan kematian? Adakah anda mendapat tabiat suka menghantar gambar-gambar sadistik itu melalui emel ke kenalan dan bukan kenalan? Adakah ada mempunyai tabiat gemar mengedit gambar-gambar anak Palestin yang cedera parah dan terbunuh, lalu menghasilkan poster tanpa disuruh?


Tanyalah kepada diri.


Pada usia 35 tahun, saya menganalisa diri, sejauh manakah kemudahan liputan dan foto kekejaman peperangan di Palestin, kemalangan di jalanraya Malaysia, menambah TINDAKAN saya seperti yang sepatutnya.


Atau segala-galanya berubah menjadi BIASA? - ustaz hasrizal


Membuatkan saya terfikir dan berfikir....



~cikgunormah@klcitizen~
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...