Saturday, January 22, 2011

Salah guna

Bedebuk!

Ibarat nangka masak, saya terjatuh, akibat salah melangkah semasa cuba berjalan laju melintasi longkang kecil tadi. Pekerja DBKL yang sedang duduk menunggu lori sampah penuh di ruang rehat pelajar berhadapan saya, memerhati dengan agak terkejut. Kalaulah mereka terkejut saya pula terlebihlah lagi.


Handphone yang sedang saya pegang tergolek di atas jalan bertar. Dalam sekelip mata itu tapak tangan secara refleks dan automatik tanpa diarah menahan badan dari lebih tercedera. Allah Maha Tahu bila mencipta kita manusia, .... dalam keadaan tidak dapat berfikir itu badan dengan sendirinya membuat keputusan mengelakkan kecederaan yang lebih lanjut.


Sedar-sedar saya sudah terduduk di atas jalan bertar. Melihat tapak tangan sendiri ada calar dan sedikit luka, saya cuba bangun. Ahh... berat pula badan ini. Anak di sebelah menghulur tangan.


"Cikgu...ok ke? Cikgu...ok ke?" tanya Harith, kerana sudah dipesan jangan memanggil saya, mama, di sekolah.

"Ha...ok!" Sambil senyum, bangun juga, lantas mengibas baju yang dilekati pasir halus. Terus mengutip handphone dan kembali menyambung langkah saya.


"Cikgu.... duduklah dulu..." Pekerja DBKL memujuk saya.

"Ah tak pe, tak pe.... saya ok..." balas saya, cuba menutup malu.


moral of the story :
- Handphone tidak boleh di guna pakai semasa sedang memandu dan berjalan kaki...ok.

*badan dah terasa sakit-sakit. nak ke spa la pulak.


~cikgunormah@klcitizen~


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

20 comments:

  1. alaa tetiba lak nak ke spa. Kalu dah pasang niat, terus je lah nampaknya ek.

    Nangka busuk tak busuk kalu jatuh memang ada bunyi gak ler.

    Kalu tak bunyi terentak, bunyi tulang berkeriut. Sian.

    hehehehe CIKGU jangan marah ek. Saya nak sakat jer. Lama tak sakat cikgu.

    Sapu minyak gamat cikgu...

    ReplyDelete
  2. assalam.. trngt sy jatuh msa gi Icity.. gedebek ke bwh, rmai org lak tu.. tp rmai gak dtg nk bntu sbbnya kalo dah jatuh kebawah nk naik krusi roda tu mmg x larat bdn berat hehe

    ReplyDelete
  3. Salam :)

    Sian akak...saya dapat rasakan apa yang akak rasakan. Saya pun pernah terjatuh di tempat awam. Pengalaman pahit, tapi memberi pengajaran yg berharga.

    Harap akak kembali baik. InsyaAllah.

    ReplyDelete
  4. assalamualaikum cikgu Normah...

    memang ler teramat malunya hanya tuhan ajer yg tahu , terjatuh di depan org plak tu,
    akak dpt bayangkan perasaan cikgu masa tu , coz akak pun pernah jatuh longkang depan rumah masa nk antar anak gi tadika , tahun lepas , mak aiii malunya coz ada org masa tu...

    ReplyDelete
  5. Assalamualaikum cikgu...

    Ermm kena pegi urut tu cikgu..

    ReplyDelete
  6. aku rasa cikgu pakai kasut tumit tinggi dua jengkal niiii...

    ReplyDelete
  7. Ass-salam dear sis Normah
    Oh dear...
    I hope that you are ok by now.
    Be very careful next time ok.

    ReplyDelete
  8. As-salam

    Memang tepat sekali moral of the story itu. Nasib baik tak teruk kecederaannya...

    ReplyDelete
  9. @maiyah

    waailaikummussalam maiyah... harap maiyah ok... alhamdulillah ramai yg menolong kan

    ReplyDelete
  10. nanti keluar undang-undang, tak boleh guna handphone sambil berjalan.

    ReplyDelete
  11. Harap dah ok. Saya jatuh tangga hari tu, ingatkan tak ada apa2, doktor pun ckp ok. Lepas 2 minggu masih terhencut2, pi klinik semula xray, patah rupanya. pi hospital, kaki kena simen, dpt mc sebulan. Minggu depan baru jumpa dr semula, buka simen tengok mcmana. Moral : jatuh bukan perkara kecik.

    ReplyDelete
  12. @azieazah

    azie... rasa macam ok je... tak suka menyapu minyak kat badan

    ReplyDelete
  13. @Ummi Humaira

    merah muka rasanya... cuma tak dapat melihat muka sendiri

    ReplyDelete
  14. @abadi romeo

    bertumit romeo, tapi taklah sampai dua jengkal ;)

    ReplyDelete
  15. @Kujie

    susah jugak tu kan kujie...kena pakai hp dalam toilet je kut :)

    ReplyDelete
  16. @Aida Ali

    kak aida, wah teruk nya kak aida... semoga cepat sembuh dan selamat berehat

    ReplyDelete

terima kasih kerana sudi meninggalkan teguran membina, moga Allah sentiasa merahmati kita semua.