Thursday, February 24, 2011

benda dah hilang, nak buat camana

"Mah, ada tertinggal barang tak tadi?" lembut suara di hujung talian.

Saya memerah otak, cuba mengingat. Mmmm.... malas nak berfikir di tengah panas dalam kelas. Waktu yang tertera di handphone menunjuk 155 petang.

"Ada tertinggal jam tak?" tanya empunya suara di telefon, cuba membantu saya yang memang sudah terkenal dengan sifat lemah ingatan.

Melihat pergelangan tangan yang kedua-duanya kosong, saya tertawa kecil. Baru terperasan yang saya telah tertinggal tanpa sengaja jam tangan yang seusia perkahwinan di dalam bilik air semasa bergesa mengambil wuduk.

Telah berpuluh kali rasanya jam tersebut hilang dari peliharaan, fikiran dan ingatan. Tetapi agaknya jodoh kami panjangdan kuat, tetap ia dikembalikan semula pada saya. Cuma cara ia hadir semula dalam hidup saya itu boleh datang dalam pelbagai keadaan.

Begitu juga dalam hidup kita ini kan, ada insan-insan tertentu yang bersama berkongsi beberapa babak dalam hidup kita dan kemudian hilang dan tanpa kita sedar ia hadir semula dalam berbagai situasi. Tanpa kita minta dan mahu, kembali mereka memberi kisah-kisah baru dalam perjalanan hidup kita.

Apatah lagi orang yang tertakdir sebagai teman sepanjang hayat. Biar ke mana langkahnya dibawa , berapa lama langkahnya itu menjauh dari kita, tetap satu hari nanti ia kembali semula. Banyak contoh dan kisah yang boleh dijadikan iktibar dari Allah. Berkasih, berpisah dan bertahun kemudian setelah jalan yang ditempuh berlainan arah, diketemukan semula dan langsung bahagia ke akhir hayat. Ibarat skrip filem terbaik jalur hidupnya, kerana itu ketentuan dari Allah dan bukan atas upaya sesiapa untuk menghalang atau menjadikan ia realiti.

Kita belajar, dari melihat kisah insan lain kerana mereka juga belajar dari kisah kita.

Walau kita genggam erat dan kemas segala yang menjadi milik kita kini, jika ia tidak tertakdir untuk kita, tetap ia hilang dan akan lenyap juga . Kuasa Allah tiada siapa dapat menolaknya.

* buat yang putus kasih, putus tunang atau putus ikatan... janganlah pula kita putus harapan.

~ cikgunormah@klcitizen~
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

10 comments:

  1. best sungguh artikel ni. btul2. kdg2 kta sentiasa terlupa bnda yg begitu berhrga dlm hdup kta smpai da hilang pun kta xsedar. seolah2 ade je insan yg bgtu menyayangi kta tp kta xpenah sedar akn kehadirannya dan mula teringatkannya bla kta memerlukannya. cukup simbolik kan. hehe

    ReplyDelete
  2. insaf kejap baca entry ni.. benda yg sgt tipikal yg seringkali terjadi dlm hidup kan. tapi kita yg selalu alpa.
    Saat Aku Kau Pilih

    ReplyDelete
  3. السلم عليكم ورحمة الله

    Benar cikgu, Allah yang berhak menentukan untuk kita dan bukan hak kita untuk menetapkan sesuatu untuk kita. Jika kita berputus asa maknanya kita tidak setuju dengan ketentuan Allah kepada kita.

    ReplyDelete
  4. walaupun yang hilang mungkin berganti tetapi kehilangan itu tetap dirasai..

    ReplyDelete
  5. Assalamualaikum Cikgu,

    Anggaplah segala yang ada pada kita hanyalah pinjaman. Bila tiba waktunya, sedih macam mana, sayang macam manapun kita kena juga pulangkan balik pada TUANNYA, tak ada pilihan diberi.

    ReplyDelete
  6. @Kunang-Kunang

    ya kak ani,

    hidup tak banyak pilihan sebenarnya

    ReplyDelete
  7. @abadi romeo

    apa pun yang hilang pasti dirasai....

    ReplyDelete
  8. @Abd Razak

    itulah yang kiya harap dan doakan, agar tiada putus harap dari ketentuan yang baik dari Allah

    ReplyDelete
  9. @Jiji-Fify

    jika entri sependek ini berjaya melahir rasa insaf walau utk seketika, alangkah bersyukurnya saya... alhamdulillah

    dan terima kasih

    ReplyDelete

terima kasih kerana sudi meninggalkan teguran membina, moga Allah sentiasa merahmati kita semua.