Thursday, February 17, 2011

janda kaya memakai lipstick

Tangan saya panas. 

Kata orang-orang tua, tangan panas tidak sesuai menanam pokok. Awal berkahwin dulu adalah juga usaha hendak mencantikkan laman di rumah, menanam pokok hiasan yang saya sendiri pun tak tahu namanya. Tapi, sayang semuanya mati tak sempat membesar.

Tiba-tiba pulak hari ini teringin menulis tentang pokok. 

Di sebelah ini salah satu pokok yang ditanam di sekolah. Sekolah tempat saya mengajar ini banyak juga pokok-pokoknya. Nama pokok ini menarik hati saya sejak dulu lagi

Pokok janda kaya. 

Nasib baik bukan tugas saya menjaga pokok-pokok ini. Kata orang , daun dan bunga pokok janda kaya yang diramas-ramas dalam air  boleh menyegarkan badan terutama bila demam.

Sesuai betul dengan nama pokok ini kan. Memang ramai cikgu kaya di sekolah saya ni, mmm, janda kaya pun ada rupanya di laman sekolah.

Salah satu lagi pokok yang menarik minat saya ialah Lipstick Palm. Mentang-mentang sekolah yang majoritinya guru wanita, jadi pokok ini memang ditanam khas  di sekolah. Rupanya mat-mat saleh suka benar dengan pokok lipstick palm ini kerana warnanya.

Considered one of the most colourful and exotic palm tree in the world, Crytostachys renda (lipstick palm) is such a marvelous sight to behold! link
Lipstick Palm ini fungsinya memang hanya sebagai tumbuhan hiasan, samalah juga saya kira fungsi lipstick bagi kita kaum wanita kan.

Ada lagi pokok-pokok lain di sekolah saya yang tidak kurang menariknya juga. Tapi.... lain kalilah pulak saya bercerita tentang mereka.

*mood hijau alam hari ini

~cikgunormah@klcitizen~
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

8 comments:

  1. salam kak,
    klo pokok pelam kat sekolah tu rajinlah saya tenang.. yang lain usha sambil lalu jer..
    lepas ni kena lebih prihatin..

    saya suka tanam pokok tapi dia akan hidup subur klo saya tengah rajin jer..

    ReplyDelete
  2. salam.
    tanam kakpah panas bila tanam pokok cili. hidup segan mati tak mau. tapi tanam pokok bunga menjadik pulak..

    ReplyDelete
  3. السلم عليكم ورحمة الله

    Memang cantik pokok lipstick palm tu tapi pernah dengar dari seorang ustaz, bahawa pokok tu tempat jin duduk..

    Wallahua'lam

    ReplyDelete
  4. @cikgu isza

    saya pun baru hari ini menengok poko betul2 isza...

    ReplyDelete
  5. @kakpah

    tapi ...menjadi jugaklah kak pah menanam ya...saya ni hampeh

    ReplyDelete
  6. @Abd Razak

    waalaikummussalam razak

    eh ... ye ke? ish takut lah pulak

    ReplyDelete
  7. Banyak nama pokok yang pelik2 bunyinya serta unik seperti Payung Indonesia, Teh Emas(Duranta Gold), Teh Batik(Duranta Verigated), Kekacang penutup bumi(Arachis Pintoi), Duri Madras, dah lama tinggalkan U, so dah lupa banyak nama pokok yang unik.

    ReplyDelete
  8. saya pon suka listick palm..

    ReplyDelete

terima kasih kerana sudi meninggalkan teguran membina, moga Allah sentiasa merahmati kita semua.