Monday, February 7, 2011

Janganlah....

Duduknya paling depan dalam makmal. Budaknya kecil molek, separas pinggang saya. Baru dalam Ting. 1.  Kelas yang paling hujung sekali. Biasalah tu, cikgu taiko macam saya, memang selayaknya mengajar di kelas hujung tidak kira Ting 1 atau Ting 5.

Hah.... mana buku modul awak Iwan? Jerkah saya, buat-buat garang yang memang sedikit pun tidak menakutkan budak-budak ini.

Dia diam. Mengalihkan tempat duduknya lebih dekat dengan rakan sebelah, cuba berkongsi buku modul yang saya maksudkan.

"Dia tak bayar yuran modul lagi..."  Ada pulak tukang sampuk di meja sebelah. Buku modul Sains berharga RM5 untuk Ting 1 dibayar pada awal pendaftaran, termasuk dalam pakej koperasi sekolah.

Saya buat muka. 

Lantas meneruskan pengajaran. Malas hendak membebel. Lagi pun bukan dalam kuasa si Iwan untuk membayar, kalau nak dibebel pun pada emak bapanya lah kan.

Pengajaran waktu pertama terpaksa dihentikan kerana memberi laluan solat zohor dan rehat. Sekembali rehat, saya meneruskan lagi aktiviti kelas, menganggar luas tapak tangan masing-masing. Budak-budak Ting 1, itulah yang disukanya, membanding tapak tangan siapa yang paling luas.

Loceng seterusnya berbunyi menandakan waktu saya tamat.  Saya perhatikan Iwan masam kelat hendak meninggalkan kelas. Rasa kesian pula.

"Ha...Iwan, kenapa?"
"Dia lapar cikgu..."

"Eh, baru rehat tadi, kenapa tak makan?" Iwan bangun perlahan hendak ke pintu.
"Iwan...mari sini." Pelajar lain yang bukan bernama Iwan pun turut sibuk sama mengelilingi saya.

"Kenapa awak tak makan?"
"Emak tak bagi duit belanja..."
"Kenapa?"
"Emak suruh mintak ngan ayah. Ayah yang hantar sekolah tadi...."
"Pastu...?"
"Ayah tanya, emak ada bagi duit tak. Saya kata tak de.... pas tu ayah terus je pegi. Bingung punya ayah... Baik cerai je..."

"Ha...?" Saya pandang muka Iwan, kawan-kawan nya yang lain sedikit pun tak terkejut. Saya pulak yang lebih terkejut.

"Betullah cikgu, mak saya nak cerai dah.... ayah tu buat hal..." Adeii... Iwan meluah perasaan geram.

"Mmmm.... awak gi beli roti kat kantin. Air awak minum water cooler." Saya hulur duit seringgit.  Sedikit sangat, saya tahu.... Tapi di depan rakan-rakannya saya tidak mahu nampak saya sangat pilih kasih, cukuplah sekadar mengalas perut Iwan.

Iwan memandang duit tersebut teragak-agak. Ada sedikit rasa malu terlukis di wajahnya.

"Din...ambikkan, Din..." suara Iwan pada rakannya yang paling dekat dengan saya ...perlahan.
"Teman aku gi beli ya....."


*mengorbankan anak kerana selisih faham antara kita suami isteri....? janganlah begitu...

~cikgunormah@klcitizen~



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

29 comments:

  1. sedihnya..xpsl2 anak jd mgse kan cikgu..

    cikgu2..ingat saya lagi tak???hahaha...mnerla nk ingatkn..sy batch f5 2006...

    ReplyDelete
  2. negitulah guru, tak tertahan melihat pelajarnya

    ReplyDelete
  3. kesian bdk tue... malang nsib dia.. tp mungkin ade hikmah disebalik masalah ini....

    btw, ckg ajar sesi ptg ke??

    ReplyDelete
  4. selalunya begitulah kan kak..

    ReplyDelete
  5. @AiE

    ingatlah aimuni... dah habis blaja dah ya

    ReplyDelete
  6. @IMANSHAH

    ramai lagi yang lebi teruk dari ini kan iman
    tapi... kesimpulannya kesian kat bebudak ni

    ReplyDelete
  7. @Hilmy

    saya mengajar dua alam

    pagi start kul 10 pagi, sampai kul 4 petang..form 5 n form 1

    ReplyDelete
  8. blum hbs lg..lagi sthun jer lg..hihi
    skunk ngah wat projek akhir thun psl separation of oil n water using coconuk husk..mcm sng tp ntahla...haha..bln 5 nie li plak..fufufu

    ReplyDelete
  9. ya Allah, sedihnya bila baca...
    harapnya si Iwan itu tabahlah.

    ReplyDelete
  10. @AiE

    saya doakan Allah mudahkan... patah hati aritu dah terubat?

    ReplyDelete
  11. السلم عليكم ورحمة الله

    Sayu lak baca cerita cikgu kali ni...

    ReplyDelete
  12. hahaha...dh2...alhamdulillah skunk semua dh ok n berjln ngan lancar...thanx cikgu..hihi

    ReplyDelete
  13. Betul Cikgu.

    Memang ada anak yang sebegitu. Mangsa keadaan.

    Makan Sakan-Sakan: Aku Puas Hati Benda Lain...

    ReplyDelete
  14. @Abd Razak

    hidup memang beragam kan...jadi entri pun beragam lah jugak razak

    ReplyDelete
  15. Saya simpati dengan nasib Iwan. Anak yang terabai kerana sikap ibubapa yang kurang cermat (mementingkan diri).

    ReplyDelete
  16. ish kesiannya dia .
    sampai macam tu sekali kan..
    kdg2 dalam diam seseorang tu ade masalah sendiri yg nak dikongsi kan , tapi keadaan tak izinkan.
    bila orang tanya baru la dia kemukakan cerita yg dia sbnar.

    eyh , cikgu ajar sesi ptg pulak ?

    ReplyDelete
  17. ish...ish....kenapa anak-anak yang selalu jadi mangsa atas kesilapan ibubapa.....anak2 matang sebelum usia mereka....

    ReplyDelete
  18. salam kak mah...

    itulah guru .... kekadang dialah insan yang paling rapat dng murid dari ibu bapa sendiri.....

    ReplyDelete
  19. anak jadi mangsa..tak patut..

    ReplyDelete
  20. As-salam..

    Dulu Nida punya pelajar yg cukup bijak... dia seorang lelaki (ketika itu di tingkatan 3)..

    kemudian lama dia tak ke sekolah, saya selaku guru kelas amat risau. Hampir dua minggu dia tak ke sekolah, persoalan saya terjawab apabila mendapat surat darinya..

    "ibu dan ayah saya dalam proses perceraian, mereka jarang ada di rumah sekarang ini, jadi saya terpaksa menjada adik yang masih lagi kecil di rumah"..

    hmmm, menitis airmata saya tatkala membaca surat darinya,,

    ReplyDelete
  21. @ZOOL@TOD

    susah nak kata zool... masalah perasaan yang tidak terkawal, tempiasnya kena pada anak2

    ReplyDelete
  22. @zakirah mizlan

    zakirah

    kesian kan...
    saya mengajar dari jam 10 pagi hingga 4 petang sekarang, ting 5 dan ting 1

    ReplyDelete
  23. @Anonymous

    menjadi matang... itulah hikmahnya kan

    ReplyDelete
  24. @atie

    cuba mana yang boleh atie, kadang tak terbuat pun

    ReplyDelete
  25. @Nida

    kasihannya kan... apalah daya kita

    ReplyDelete

terima kasih kerana sudi meninggalkan teguran membina, moga Allah sentiasa merahmati kita semua.