Wednesday, February 23, 2011

janji yang tidak ditepati

Waktu itu hendak kemana-mana biasanya berjalan kaki atau menaiki bas awam. Usia pun masih muda, punya kudrat yang lebih. Itu kisah 22 tahun lepas. Bila difikir semula, hairan juga ke mana menghilangnya tenaga tersebut.

Pernah terfikir dalam penat berjalan itu, bahawa satu hari nanti bila telah punya kereta, jika terlihat pejalan kaki yang kepenatan, pasti saya akan tumpangkan. Kerana waktu itu saya tahu penatnya berjalan kaki.

Yalah, waktu masih muda, segalanya nampak begitu mudah dan idealistik.

Sekarang?

Nampak makcik tua menyeberang jalan pun terfikir- fikir hendak membantu. Dan bila terlihat anak murid berpeluh-peluh berjalan kaki menaiki bukit ke sekolah pun, sekadar melihat sahaja. Mana boleh memberhenti kenderaan di tengah jalan yang sedang sesak dan masing-masing berkejaran menuju ke destinasi tersendiri. Alasan ... kan.

Semasa menjalani praktikal di sekolah Cina 19 tahun dulu, hati hairan mendengar keluhan guru- guru lama.

"bosan betul tengok almari baju. Dah tak ada baju nak di pakai datang sekolah. Asyik-asyik baju itulah jugak."

Padahal saya lihat baju-baju mereka bukan main cantik dan menarik lagi. Dan saya pun berazam tidak mahu menjadi seperti mereka yang tidak bersyukur dengan apa yang ada.

Sekarang?

Sambil membelek-belek baju di almari, dok teringat bila tarikh gaji keluar? Sudah bosan asyik membelek baju yang sama, teringin lah pula ke kedai kain, nak mencari kain untuk ditempah baju baru. Padahal , kain yang dibeli dari rakan di sekolah belum pun dihantar jahit.

Manusia seperti saya yang jiwa masih terikat dengan dunia material, sentiasa berjanji dengan diri untuk jadi lebih baik. Berjanji dengan diri sebenarnya lebih payah untuk ditunaikan.

Pun begitu... tetap juga memahat janji dalam hati, nanti satu hari nanti jika tertakdir menjadi jutawan nanti ..........

Ha, biarlah rahsia.

:)


~cikgunormah@klcitizen~
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

6 comments:

  1. saya rajin tumpangkan anak murid bila tengok deme balik jalan kaki jer..
    kesian..
    cuaca sekarang tak sama dengan cuaca dulu-dulu.. panas,
    tapi tulah taku pula klo apa2 jadi.. kan kena bertanggungjawab..
    apa2pun saya hanya berdoa.. jika niat saya baik.. Allah akan sentiasa melindungi kita..

    ReplyDelete
  2. bersyukur dengan apa yang ada tetapi kadang-kadang pembaharuan itu penting sebagai motivasi kepada diri sendiri...

    apa salahnya menghadiahkan baju atau apa sahaja untuk diri sendiri hasil dari titik peluh kita selagi ianya tidak memudaratkan...

    ReplyDelete
  3. Salam Cikgu,

    Sebenarnya pada saya memang terasa susah nak mengajar hati supaya belajar berasa puas.

    Kalau bab baju, akak yang dah pencen ni pun sama sebok buat baju dengan anak-anak. Sedangkan nak kemanalah sangat, tapi dah biasa tempah baju masa bekerja, tak kerja pun tabiat susah dibuang. Sentiasa ingin pakai baju baru.

    ReplyDelete
  4. السلم عليكم ورحمة الله

    Saya membayangkan cikgu jadi jutawan di hati, penuh dengan keimanan dan redha Allah..

    ReplyDelete
  5. saya doakan cikgu jadi jutawan nanti, insyaallah..

    ReplyDelete
  6. Menarik! cerita yang sangat menarik :)

    Apapun, ia bukan ukuran bahagia. kaya itu... kan? :)

    ReplyDelete

terima kasih kerana sudi meninggalkan teguran membina, moga Allah sentiasa merahmati kita semua.