Thursday, February 10, 2011

pendekata

Pendekata.

Sewaktu di sekolah rendah dalam usia 11 dan 12 saya mula membaca akhbar secara serius. Arwah abah hanya melanggan suratkhabar Utusan sahaja. Minat membaca pada waktu itu sangat besar tetapi bahan bacaan di rumah tidak banyak kerana saya faham gaji seorang mata-mata waktu itu hanya seciput. Jadi, bagi memenuhi nafsu membaca, saya sering membaca akhbar hari yang sama berulang-ulang.

Cumanya yang menjadi musykil pada saya ialah perkataan pendekata. Dalam hati dan fikiran tika itu, siapalah si pendek yang berkata bagi berita yang sedang dibaca. Tetapi tetap saya baca berita tersebut tanpa bertanya pada siapa pun kemusykilan saya itu.

Yang terbayang dalam fikiran saya ialah arwah Ibrahim Pendek. Waktu itu arwah masih lagi aktif berlakon dan berlawak. Saya fikir mungkin beliaulah yang berkata dan kata-katanyalah yang dipetik dalam akhbar.

Sejak bila saya mula faham dengan istilah pendekata itu pun saya tidak ingat. Saya tahu dan faham sendiri saya kira, ....bila mana dan bagaimana ia diguna pakai dalam penulisan.

Semalam sambil berjalan-jalan di blog rakan-rakan, terbaca satu artikel di blog Intelektual Organik tentang Bahasa Eeeewww dan menonton video Anwar Hadi. Asalnya malas hendak menonton video tersebut tetapi, klik juga sebab cuma 3 minit sahaja dari masa saya yang boleh saya bazirkan... Tapi... rupanya bagus juga video tersebut. Ada sisi kreatif dan kebenaran tentang bahasa sms dan facebook yang ditaip oleh anak-anak muda sekarang yang perlu direnung semula. 

Bukan.... bukan tentang isu carut mencarut, itu bab lain. Ini isu ejaan yang di over kan. 

Contoh : kita  menjadi kitew, itu  menjadi iteww....

Jika ada masa cubalah menonton video ringkas ini... best juga.



atau klik di sini

 ~cikgunormah@klcitizen~
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

9 comments:

  1. السلم عليكم ورحمة الله

    Saya pun tak reti dengan ejaan yang mereka gunakan, pendekata saya tak minat :)

    ReplyDelete
  2. Salam Cikgu Normah,

    Saya juga ada masalah bila menerima sms dari anak-anak. Terkial2 juga pada mulanya.

    ReplyDelete
  3. @Abd Razak

    waalaikummussalam razak

    pandai razak menggunakan perkataan pendekata...

    ReplyDelete
  4. @Kunang-Kunang

    kak ani...

    samalah kita bila membaca sms anak2 murid

    ReplyDelete
  5. lagi senang baca persamaan kimia kan cikgu Normah?hehe

    ReplyDelete
  6. suka lakonan ibrahim pendek. :)

    ReplyDelete
  7. Assalamu'alaikum Normah

    Memang susah juga nak faham kalau ditulis pendek-pendek macam tu..

    ReplyDelete
  8. jarang ade our own malaysian yang boleh buat video mcm nihiga 2..n he did a very gud job..thumbs up!

    ReplyDelete
  9. oo00oo....
    saya dah paham dah...
    pendikata kalau, cakap jawa 'stright to the point'.

    ReplyDelete

terima kasih kerana sudi meninggalkan teguran membina, moga Allah sentiasa merahmati kita semua.