Monday, February 14, 2011

Percayalah dan yakinlah .....

Hukama ada berkata, terhalangnya kita daripada berdoa adalah lebih berbahaya daripada tidak makbulnya doa kita itu.
Mengapa?
Apabila kita tidak berdoa, kita umpama insan negatif yang penuh racun atau toksik. Kata-kata kita beracun, pemikiran kita beracun dan perbuatan kita penuh racun

~petikan Majalah Solusi isu 28 : m/s 49~

Saya bukan ustazah atau kaunselor. Tetapi sering membaca dan mendengar keluhan insan-insan yang kecewa dalam hidup. Terlebih lagi kekecewaan melampau dalam hubungan kasih yang tak sudah.

Dendam, benci bersarang dan berkocak dalam jiwa, dan sedih yang berpanjangan terutama di kalangan anak muda masa kini disemarakkan lagi dengan lagu-lagu cinta yang membuai rasa. Fikiran terpenuh dengan sesal, rasa tak puas hati menekan-nekan sanubari.

Faham dengan situasi,..... tetapi menghambur kata nista dan pedih, menenggelamkan diri dalam lagu cinta dan menyibukkan diri dengan shopping, clubbing, karaoke yang tak henti bukan cara terbaik memujuk hati.

Bila diminta berdoa,sering dianggap kaedah yang terakhir dipilih untuk mengubat hati, kerana pada mereka itu bukan rawatan bagi merawat hati yang sakit.

Setelah sekian lama mengharungi hidup ini, saya dan ramai lagi percaya,bahawa hati yang sedih dan sedang teruji, hanya bisa dirawat dengan doa yang konsisten. Percayalah dan yakinlah ....

~cikgunormah@klcitizen~
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

12 comments:

  1. ya itulah yang terbaik, mendekatkan diri dengan yang Esa kerana dia yg lebih mengetahui... Malangnya anak muda zaman sekarang terlalu terpesong dan mudah terpengaruh walaupun ibubapa telah memberi pendidikan agama sewajarnya...

    ReplyDelete
  2. السلم عليكم ورحمة الله

    Redha dengan ketentuan Allah Taala, menerima segala ketetapan~Nya, baik buruknya semua atas kehendak~Nya

    ReplyDelete
  3. Salam :)

    Masalah yang datang itu sebenarnya didikan dari Allah. DIA mendidik kita supaya sentiasa tenang, sabar dalam menghadapai ujian yang datang. Dari mana lagi datangnya sifat sabar dan tenang jika bukan dari ujian Allah.

    ReplyDelete
  4. Betul sangatlah tu cikgu. Pak Man setuju.

    ReplyDelete
  5. sangat setujua ..harap² kita berdoa bukan setakat di kala kesempitan kan..

    ReplyDelete
  6. @JunAina

    kita hanya bisa mendoakan moga hati mereka dan hati kita terus di jalan Allah ini

    ReplyDelete
  7. @Abd Razak

    waalaikummussalam

    kagum dengan razak yang sentiasa positif ....
    terima kasih

    ReplyDelete
  8. @Ros Illiyyuun

    terima kasih ros... mengingatkan saya juga

    ReplyDelete
  9. @n@m@n

    yalah... saya pun berharap saya jenis yang konsisten dalam doa dan amal

    ReplyDelete

terima kasih kerana sudi meninggalkan teguran membina, moga Allah sentiasa merahmati kita semua.