Tuesday, February 8, 2011

tukang cuci kaunter

Alhamdulillah, hari yang panas .

Dan hari ini banyak waktu senggang saya di sekolah belah petang. Walau panasnya menggigit di luar tapi kudrat tidak banyak diguna hari ini.

Sedang mengemas barang hendak balik, saya mencari bahan yang hendak difotostat di luar sekolah, dikirim oleh rakan. Cikgu yang memesan, meminta tolong sebelumnya, telah siap mengikat dengan getah, menulis bilangan yang perlu difotostat dan nombor telefonnya untuk makluman tauke kedai fotostat.

Terima kasih ya, Normah. 

Terbayang lagi muka cikgu tersebut yang tersenyum lega, mengalihkan beban menghantar untuk fotostat pada saya. Sebenarnya bukan beban berat mana pun.

Ok...sama-sama.

Tapi.... mana saya letakkan bahan tersebut. Hati berdegup kencang, takut hilang pulak. Memang saya sudah punya banyak sejarah menghilangkan bahan-bahan kertas sepertinya.

Aduii... mampuslah kali ni. 
Kenapa? 

Sebab saya tahu cikgu tersebut tidak punya sebarang salinan backup bagi bahan yang dikirimnya pada saya itu.

Fauziah...nampak tak kak Normah pegang soalan nak fotostat tadi, letak kat mana?

Jiran sebelah juga menjadi mangsa soalan yang saya sudah tahu jawapannya. Membuang air liur je bertanya padanya, tapi kerana hendak melepaskan ketegangan hati, terpaksa juga diluahkan.

Aduii.... mana nak cari ya? Berfikir-fikir, tak mungkin di makmal sebab rasanya berlenggang kangkung ke sana, juga semasa ke surau mengawal budak lelaki solat dan semasa menyinggah di kantin untuk membasahkan tekak yang kering.

Ah... tawakkal je lah... harap-harap terjumpa di tengah jalan nak ke punch card nanti. 

Dalam perjalanan ke pintu keluar, lebih kurang 30 kaki dari meja , ternampak bahan tersebut di kaunter pintu masuk bilik guru. Ah.... leganya. 

Rupanya, semasa hendak ke surau, sempat menyinggah di kaunter tersebut, mata jadi serabut melihat kaunter tersebut bersepah-sepah, lalu dengan rajin tanpa disuruh, saya  menjadi tukang cuci kaunter sebentar, mengemas. Bahan yang dipegang diletak di sebelah. Selesai mengemas terus berlenggang kangkung pergi ke surau budak-budak lelaki mengawasi mereka solat zohor.

Itulah, kalau tak sibuk mengajar, sibuk jadi jaga solat dan tukang cuci kaunter pula.....

~cikgunormah@klcitizen~





Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

5 comments:

  1. he.. he..he..kita punya satu persamaan. Lupa letak barang di mana, kemudian tanya orang lain.

    ReplyDelete
  2. salam ziarah
    anda cikgu Norma..
    moga sihat selalu

    ReplyDelete
  3. السلم عليكم ورحمة الله

    Ermmm agaknya kalau tak jumpa tu mahu menitik air mata dibuatnya..:)

    ReplyDelete
  4. hehe.rajin cikgu nih.kalau tak jumpa, memang rasa bersalah la tu.

    ReplyDelete
  5. rajin gak cikgu ni. macam-macam kerja boleh buat. :)

    ReplyDelete

terima kasih kerana sudi meninggalkan teguran membina, moga Allah sentiasa merahmati kita semua.