Tuesday, March 8, 2011

chemistry

Cikgu, rindu kat cikgu.

Yalah tu. Baru dua hari tak jumpa, apa hal rindunya pulak?

Hehe...

Manis senyumannya. Mana ada orang yang bila tersenyum ikhlas nampak buruk dan hodoh kan... Kalau masam mencuka, memang betullah, cantik macamana pun tetap buruk di pandangan mata.

Setiap kelas ada tarikannya yang tersendiri.

Ada sesetengah kelas yang menyeronokkan kita untuk masuk (dan mengajar) dan membuatkan kita ternanti-nanti waktu seterusnya. Dan mereka (pelajar-pelajar itu) pun tahu yang kita menyukai mereka dan mereka juga turut menyukai kita. Kadang-kadang mereka akan memberitahu kita yang pelajaran hari itu memberi kesan baik pada mereka dan hati kita pun kembang berbunga. Dan secara tanpa sedar ia menambahkan kekuatan dalam diri seolahnya dalam sepanjang jalan balik kita boleh bernyanyi-nyanyi.

terjemahan saya dari buku Teacher Man : Frank McCourt, m.s 93 

Saya masih belum habis membaca buku Teacher Man ini. Memang sudah menjadi tabiat, mana ayat atau perenggan yang saya rasa best, terasa ingin berkongsi. Tak kira buku apa pun. Jadinya, selagi tidak habis membaca buku tersebut, sekali-sekala terselitlah perenggan atau kata-kata tersebut dalam blog saya ini. 

Every class has its chemistry.

There are some classes you enjoy and look forward to. They know you like them and they like you in return. Sometimes they'll tell you that was a pretty good lesson and you're on top of the world. That somehow gives you energy and makes you want to sing on the way home.

Tapi, sebenarnya membaca dalam bahasanya sendiri lebih sedap dari terjemahan yang saya buat itu. Sebab saya tidak ada kemahiran menterjemah. Main hentam saja.

Chemistry.
Daya tarikan.

Ia datang sendiri. Tidak boleh dipaksa-paksa. Ada kala hanya melihat senyuman sahaja terus terasa ada daya penarik dan hati terus berkenan. Tidak kiralah, sama ada beliau itu rakan atau kekasih. Dan persahabatan menjadi mudah dan kuat.

Tetapi, selalu juga bertemu dengan orang yang kita meluat sejak mula. Kadang-kadang tidak perlu pun dia bersuara atau berkata, sekadar melihat caranya sahaja hati terus tidak berkenan. Kesian. Tapi hati dan perasaan yang secara spontan dan tanpa sedar terukir, tidak dapat kita tahan. Hendaknya janganlah saya yang menjadi orang itu....

*suka hari Rabu, kerana perjalanan untuk seminggu ini sudah separuh.

~cikgunormah@klcitizen~










Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

6 comments:

  1. Cikgu , bila kita nak sambung lagi??? sukanya bila tiba-tiba ada student yang memberi teguran itu...

    ReplyDelete
  2. saya mengajar diri saya supaya untuk tidak suka hanya pada kelas itu tak suka pada kelas ini. Mereka adalah tanggungjawab dan jika saya bosan kerana mereka.. sayalah yang bertanggungjawab mengubahnya..

    hati sendiri.. lebih mudah dibentuk untuk menerima daripa membentuk hati berpuluh-puluh murid untuk menerima kita..

    saya berdoa supaya saya tidak berat sebelah terhadap anak2 didik saya..

    amin~

    ReplyDelete
  3. Betullah cikgu. Ada orang yang kita kenal lama, dari kejauhan saja cukup, untuk jumpa dekat atau utk bermesra rasa tak seronok jer. Takda aura kot...

    Siapalah Kita Untuk Diagungkan...

    ReplyDelete
  4. @azieazah

    betul azie, masing-masing kan keluarkan aura masing2, bila tak sebulu tu rasanya cukuplah dari jauh saja

    ReplyDelete
  5. @cikgu isza

    ameen

    ya , harapnya saya pun dapat sekuat itu

    ReplyDelete
  6. @cikgu_math

    sungguh setuju..
    tindakbalas dua hala sebenarnya kan

    ReplyDelete

terima kasih kerana sudi meninggalkan teguran membina, moga Allah sentiasa merahmati kita semua.