Monday, March 21, 2011

orang kedekut mahal rezekinya...

Dari jauh saya lihat sekumpulan anak muda lelaki dan perempuan memujuk pengguna-pengguna LRT Masjid Jamek  untuk membeli cendera hati sambil menderma.

Saya pasti mereka adalah sukarelawan yang berniat baik dan murni. Pandangan biasa bagi kebanyakan kita masa kini. Kutipan untuk rumah spastiklah, anak yatim, rumah orang tua, pesakit kanser dan bermacam lagi.

Dan saya pasti juga, setiap dari kita pernah menderma. Atas dasar apa pun, terpulang pada niat kita. Saya pun biasa juga menderma. Tapi tengok pada mood dan suasana juga.

sumber


Hari itu mood saya mood tidak mahu menderma. 

Kenapa?
Tidakkah saya tahu sedekah itu penambah rezeki?

Ya, saya tahu. Tapi, saya kan manusia biasa yang kadang dikawal oleh emosi dan rasa. Tiada alasan bijak kenapa saya tidak mahu menderma. Mungkin kerana saya rasa, mereka yang meminta derma sebegitu kurang ikhlas dalam menerima.

Kenapa?

Sebab, barang yang dijual paling minima berharga RM10. Kalau saya tidak mahu menderma sehingga RM10, bagaimana? Kalau saya hanya hendak menderma 50 sen?

Oh... tak boleh kakak, resit kami tercetak RM10. Kakak boleh hadiahkan pada anak kakak key chain ini, ada bermacam corak di sini.

Saya menggeleng. Dan bergerak laju menaiki tangga.

Budak itu turut laju mengejar saya. Drama sebabak berlaku pantas antara si peminta derma dan perempuan kedekut yang tidak mahu menderma iaitu saya.

Tapi... nasib baik budak itu cepat sedar dari kebodohannya mengejar saya. 

Lega.

Dalam LRT saya terfikir .... wajarkah saya bertindak begitu?

*tiada langsung peluh menitis hari ini, hujan yang membasah berhari-hari ini menangisi apa ya?

~cikgunormah@klcitizen~



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

13 comments:

  1. jujur cakap saya jarang derma pada kumpulan2 yang saya curiga...takut menggalakkan sindiket...

    ReplyDelete
  2. saya pernah menghadapi situasi yang sama. di hospital . satu group bawa buku..saya tanya berapa harga..dia kata bukan untuk dijual...untuk derma..
    dari bentuk kualiti buku saya percaya bukan seringgit dua harganya...dan saya pun tengah 'miskin'...hujung bulan..akhirnya saya pilih untuk tidak menderma...
    lepas tu saya suruh anak saya pura-pura bertanya..sambil hulur sepuluh ringgit.. Harga buku tu sebenarnya hampir rm15 ...mana untungnya...????? tak faham saya

    ReplyDelete
  3. Cikgu, ada keluor dalam news, orang-orang camni sebulan boleh dapat sampai 30 ribu. Pengemis alaf baru. Macam-macam.

    ReplyDelete
  4. emmm Latifah pun selalu kena gak.
    tapi macam akak tulis, ikut mood dan suasana.
    lebih baik memberi kepada ahli keluarga yang memerlukan. ~sekadar pandangan~

    ReplyDelete
  5. salam

    ikhlas kan diri jika ingin bersedekah...

    ReplyDelete
  6. Salam cikgu normah,

    hmmm .. minggu lepas saya di sebuah cafe, datang seorang India lelaki mohon sumbangan untuk kanak2 spastik .. waktu dia mendekati saya bukan main lemah lebut bercakap .. katanya untuk tujuan amal .. sementelah saya nak buat kerja, malas nak dengar panjang2 saya hulur aje RM 10 (err ikhlas ke idak tu ek?) lepas dapat duit RM 10 terus blah .. terima kasih pun tidak .. yelah dah dapat kan .. then terfikir pulak .. apesal cepat skt saya hulur .. entah2 itu sumber pendapatan dia alahai...

    ReplyDelete
  7. @Yati

    macam2 cara nak senang sekarang kan

    ReplyDelete
  8. Assalam. dulu budak sekolah bawah umur yang selalu tunggu kat bank bila tiba hari gaji. Sekarang ni nampaknya mcm remaja 18 tahun keatas pulak. Cara mereka memang memaksa. Tunggu tengah2 tangga supaya org beli dulu sebelum turun atau naik tangga bank. Entahlah rasanya baik pergi derma kat rumah anak yatim ker (boleh pos on line pun ) atau beri kepada sekolah swasata ker untuk buat bangunan atau derma utk buat masjid- itu lebih soheh. wallahuallam . sekadar pendapat.

    ReplyDelete

terima kasih kerana sudi meninggalkan teguran membina, moga Allah sentiasa merahmati kita semua.