Friday, March 11, 2011

pergi dengan tenang

Salam Jumaat yang berkat.

Pagi yang mendung di sekolah diiring selawat ke atas Rasul berkumandang sempena majlis sambutan Maulidur Rasul peringkat sekolah. Suasana yang suram tetapi tetap meriah dengan tema hijau dan pink.

Takziah atas kehilangan aruah nenda.

Baru sahaja kehilangan ayah tercinta, Allah uji lagi dengan kehilangan nendanya. Lembut senyumannya membalas ucapan saya dengan terima kasih..

Alhamdulillah, meninggalnya senang je, Normah, dalam hendak ke bilik air membuang air besar, terjatuh lantas terus dipanggil mengadap Illahi.

Senangnya... harap-harap saya pun nak pergi nanti sesenang itulah.

Itulah Normah, arwah, dah berumur 90 tahun lebih, asyik tertanya-tanya bila gilirannya hendak meninggalkan dunia yang fana ini. Dah penat katanya.

Rupanya sampai satu ketika nanti, bila mana semua insan yang kita sayangi telah perlahan-lahan meninggalkan kita, nikmat untuk terus mencari segala yang diimpikan sebelum ini dari segi material tidak memberi nilai apa- apa lagi . Segala yang kita rasa begitu penting dan perlu untuk dicapai dan dimiliki serta perlu kita genggam seerat mungkin, waktu itu cuma tinggal untuk dikenang dalam menung dan zikir lewat usia .

Waktu itu yang dinanti-nanti ialah bilalah tiba giliran untuk dijemput Illahi agar boleh segera meninggalkan dunia yang serba kucar kacir dan penuh dengan masalah yang tak sudah.

Doa saya, agar nanti jika Allah panjangkan umur, usia yang berbaki itu terpenuh dengan amal. Moga perginya saya nanti dengan redha Allah dan redha orang-orang di sekeliling kita. Berpisahnya saya nanti tanpa tersingkap segala aib dan kelemahan saya. Moga Allah mengampuni segala dosa saya.

Ameen.

* esok dah cuti sekolah

~ cikgunormah@klcitizen~
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

7 comments:

  1. insyaAllah cikgu.
    memang begitulah kesudahan hidup ini.

    ReplyDelete
  2. Assalamu'alaikum Normah

    Innalillahi wainna ilaihi raaji'uun. Bila dah samapai masanya tiada siapa dapat menahannya.. semoga kepergiannya diberikan rahmat dan Redha Allah.

    ReplyDelete
  3. @abu muaz

    semua pun berharap perkara yang sama kan abu muaz

    ReplyDelete
  4. "Rupanya sampai satu ketika nanti, bila mana semua insan yang kita sayangi telah perlahan-lahan meninggalkan kita, nikmat untuk terus mencari segala yang diimpikan sebelum ini dari segi material tidak memberi nilai apa- apa lagi"--setuju..

    ReplyDelete
  5. salam takziah ya kak..
    begitulah, bila kehilangan insan yang disayangi, memang amat perit..tapi hidup tetap perlu diteruskan..yang telah dijemput Allah, xmungkin akan kembali, hanya tunggu pertemuan kembali di Padang Masyhar kelak

    ReplyDelete
  6. saudara mara IM juga sorang demi sorang pergi temui Ilahi..

    ReplyDelete

terima kasih kerana sudi meninggalkan teguran membina, moga Allah sentiasa merahmati kita semua.