Sunday, March 6, 2011

sepatutnya...

Ahad datang dengan sakit pinggang...

Biasalah orang dah tua....,  segalanya sakit, sakit pinggang, sakit lutut, sakit kepala.... singgah di Pavillion , KL pulak,  sakit mata menengok betis-betis dan dada gebu yang lalu lalang, bila tengok handbag-handbag terpacak kat cermin butik-butik mahal tu, sakit hati lah pulak kan. Segalanya sakit lah.... :)

Bukan nak membebel pasal sakit tu. Dah ini resam hidup, kan. Sakit dan sihat silih berganti.

Nak cerita pasal 'patut'.

Sepatutnya kan... dulu-dulu saya tak perlu pakai cermin mata, patutnya saya duduk jauh-jauh masa menonton televisyen , mesti mata saya tak rosak. 

Sepatutnya kan, dulu-dulu saya tak masuk aliran Sains, saya masuk aje aliran sastera, mesti saya dah jadi penulis tersohor masa kini.

Sepatutnya kan, ..... saya belajar pandai sikit, mesti saya dah jadi orang bijak pandai sekarang.

Banyak yang patut berlaku dalam hidup kita tetapi ianya tidak terjadi. Bila merenung perjalanan hidup kelmarin dan semalam, ada banyak tindakan, kata-kata dan lintasan hati yang sepatutnya kita tidak buat atau sepatutnya kita buat, tetapi tidak terjadi seperti yang sepatutnya. 

Kenapa, kan begitu?

Ya, memang takdir dan suratan Allah yang tentukan. Tetapi selagi takdir itu tidak berlaku, pilihan semuanya di tangan kita. Cumanya, bagaimana hendak kita tentukan bahawa tindakan yang kita buat, keputusan yang kita ambil, jalan yang kita pilih, kata yang kita hamburkan itu yang terbaik untuk kita?

Eh, janganlah tanya saya. Saya pun  tidak tahu jawapannya. Walau telah 45 tahun hidup dan meniti jalan ini dengan segala rasa dan suasana namun usia itu bukan kayu pengukur yang saya sudah bijak membuat keputusan.

Andai kita tahu... pasti kita pohon yang lebih baik.

*Versi Ramli Sarip ini lagi best rasanya



~cikgunormah@klcitizen~




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

19 comments:

  1. singgah di Pavillion , KL pulak, sakit mata menengok betis-betis dan dada gebu yang lalu lalang, bila tengok handbag-handbag terpacak kat cermin butik-butik mahal tu, sakit hati lah pulak kan. Segalanya sakit lah.... :)

    haha. tergelak saya. skrg ni bila pergi pusat membeli belah, mmg banyak pusatnya.

    ReplyDelete
  2. speechless...

    tak tau nak tulis apa dah...
    setuju dengan ain fathihah, terlalu banyak pusat di mana-mana pun... huhu.

    ~segala takdir, terimalah dengan hati terbuka, walau tersiksa, ada hikmahnya~

    =)

    ReplyDelete
  3. ustaz n ustazah kata kan...kita tak boleh kata 'sepatutnye kan..' Itu macam kita tak menerima qada' dan qadar. Apa pun cikgu normah, kita sama2 le jadikan kesilapan kita tu pengajaran untuk anak cucu kita kan.. Waktu nak bagi contoh pada studens saya, kerap jugak saya gunakan pengalaman saya tu. :-)

    ReplyDelete
  4. Assalamualaikum...

    Berkata Muhyiddin Ibn Araby : Jika ditahan permintaanmu maka bererti engkau telah diberi, dan jika segera diberi permintaanmu bererti telah ditolak dari sesuatu yang lebih besar. Kerana itu utamakan tidak dapat, daripada dapat, dan sebaliknya seorang hamba tidak memilih sendiri, tetapi menyerah sebulat-bulatnya kepada Tuhan yang menjadikannya, yang mencukupi segala keperluannya.

    ReplyDelete
  5. Assalamualaikum Kak Normah.

    Didoakan agar sihat sentiasa...

    Betul kata Cikgu Fatin. Tidak boleh 'berkalau' atau 'sewaktu dengannya' bagi perkara yang telah berlalu, dibimbangi juga berlaku syirik tanpa sedar.

    Rasulullah (S.A.W) telah bersabda:

    "Sekiranya engkau ditimpa sesuatu musibah, maka jangan engkau berkata:”KALAULAH aku lakukan begini maka sudah pasti lain yang berlaku. Tetapi katakanlah:”Itu merupakan takdir Allah dan Dia melakukan apa yang dikehendaki-Nya, sesungguhnya ‘KALAU’ akan membukakan pintu amalan syaitan.” [Riwayat Muslim]

    Wallahu A'lam.

    ReplyDelete
  6. salam..
    sama lah kita cikgu
    berkaca mata..nampak la
    macam orang pandai sket
    he he..

    ReplyDelete
  7. Salam Kak..

    Andai dapat diputarkan masa.. alangkah baiknya, semua yg tak betul boleh diperbetulkan... tapi apa-apapun bersyukur kerana sekarang kita masih mampu menhela udara dan dikurniakan pelbagai nikmat dariNya...Alhamdulillah..

    ReplyDelete
  8. salam cikgu..
    ustaz saya dulu pun kata jangan kkata sepatutnya atau kalaulah..
    dahh ketentuankandan pasti ada hhikmahnya..
    yang kita rasa patut tu pu belum tentu patut pada kita..
    :)

    pusat2 yang menimbulkan pelbagai perasaan dan tanggapan.. :D

    ReplyDelete
  9. saya suka baca entri-entri cikgu Normah ni.. Blog simple tapi penulisan dia sempoi, tajam, penuh ilmiah dan berinformasi. banyak ilham saya boleh dapat untuk memperbaiki mutu penulisan saya kelak. Thanx cikgu atas perkongsian ini.. Saya selalu jadi silen reader di blog ini... Teruskan menulis pasal kehidupan ini(",)

    ReplyDelete
  10. @Latifah

    betullah seperti kata latifah
    menerima dengan redha
    saya setuju dan akur

    ReplyDelete
  11. @Cikgu Fatin

    betul fatin, sama spt orang tua kita ...suka juga bercerita, bermaksud sebagai panduan dlm hidup, kan

    ReplyDelete
  12. @Abd Razak

    waalaikummuassalam razak

    terimakasih...suka sekali dengan kata2 ini
    baru pertama kali baca

    ReplyDelete
  13. @Ros Illiyyuun

    alhamdulillah ros, saya sihat walafiat...
    betullah kata2 ros..

    ReplyDelete
  14. @zulkbo

    betullah zulkbo, nampak bijak berkaca mata kan
    :)

    ReplyDelete
  15. @cikgu isza

    suka ayat isza

    "yang kita rasa patut tu pun belum tentu patut buat kita"

    :)

    ReplyDelete
  16. @Gen2Merah

    terima kasih banyak...
    harap2 tulisan yang merapu ini memberi impak positif pada ramai yang membacanya

    ReplyDelete

terima kasih kerana sudi meninggalkan teguran membina, moga Allah sentiasa merahmati kita semua.