Saturday, March 5, 2011

tak ingat jalan balik...

Baru saya teringat semula  idea  terkumpul semalam yang tetiba hilang bila mengadap laptop. Ia muncul kembali dan seperti tersengih dalam kepala, minta juga diluahkan.

Sebenarnya saya kira, ia ibarat acara tahunan dalam babak hidup saya lewat ini, sejak usia melepasi 43 tahun, kali ini kali kedua ia berlaku semula. Kali pertama pernah saya ceritakan dalam blog saya ini. Kalaulah sesiapa berminat hendak membacanya... bolehlah menjengah di sini, macamlah ada orang kesah dengan cerita di sini, kan. Hehehe. Tak apa, berfikir positif!

Apa kisahnya? Kisah biasa seorang guru yang serabut fikirannya.

Dalam keserabutan itu, teringat anak di rumah belum makan dan waktu untuk bersolat Jumaat sudah hampir. Jadi saya sebagai ibu mi+tali perlu segera menjemput si anak dan membelikan makanan  untuk beliau. Nasib baiklah duduk di KL yang segalanya mudah dan segera.

Memandu masuk ke 'sahabat setia' untuk orang seperti saya, Mc Donald drive-thru.

Set spicy mac chicken, dik, tak mau sayur.
Ya, ya.
Set besar.
Ya, ya.
Tak nak sayur.
Apa?
Ya, ya. .... (rupanya cik adik tersebut, mengucap terima kasih dan sila bayar di kaunter depan melalui interkom yang menjadi penghubung saya dan dia.)

Ha... selesai. Boleh bersegera mengambil anak dari masjid dan menghantarnya ke sekolah pula. Alah, terlupa pula hendak berjumpa dengan pelajar 2R yang sepatutnya menunjukkan pada saya lakaran Solar Cooker mereka. Ish... nama mereka belum lagi saya hantar ke urusetia pertandingan. Aduiii... fail panitia tu belum lagi disemak, pemantau sudah memaklumkan akan datang hari Selasa ini. Berserabut, berserabut....

Berhenti di traffic light, saya menoleh ke arah bungkusan makanan yang saya beli tadi, hendak memeriksa ada sayur atau tidak dalam Mc Chicken yang dipesan tadi. Eh? Mana burger ni? Tengok ke lantai kereta, ke belakang,  di tempat duduk belakang... tak ada? Ingat semula!!Alahai....

Yalah, apa lagi, saya terpaksa berpatah balik ke Mc Donald drive-thru itu semula. Rupanya, selesai membayar di kaunter pertama, sepatutnya seperti biasa saya mesti mengambil makanan tersebut di kaunter kedua, tetapi dek keserabutan di kepala, saya terus sahaja menonong memandu keluar.... tidak mengendahkan budak McD yang menjerit-jerit minta saya berhenti mengambil makanan saya.

Baru saja jadi guru biasa, Cikgu Normah, belum lagi jadi Pengetua...Takut nanti bila dah jadi Pengetua, jalan balik ke rumah pun dah lupa.

mmmmmm

~cikgunormah@klcitizen~


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

10 comments:

  1. he..he... kalau jadi pengetua, orang lain yg tolong buat semua tu...

    ReplyDelete
  2. Salam....
    ckLah pun selalu lupa-lupa skrng ni..kena bnyk lagi baca Quran...

    ReplyDelete
  3. Busy nya sampai takleh fokus.... tenang tenang..

    ReplyDelete
  4. salam..
    ermm dah 43 ke..?
    wajahmu kelihatan
    30 an sahaja..tahniah
    apa petua..?

    ReplyDelete
  5. @mamawana

    itulah... mamawana
    kena tarik nafas panjang-panjang

    ReplyDelete
  6. @zulkbo

    sebenarnya dah 45, lepas umur 43...dah beberapa kali terlupa perkara yang sama seperti ini

    ingatkan tadi... wajahmu kelihatan 20an? hihihi

    petua...? takde petua. gambar je yang nampak muda, tulang temulang semua dah reput2

    ReplyDelete

terima kasih kerana sudi meninggalkan teguran membina, moga Allah sentiasa merahmati kita semua.