Tuesday, April 12, 2011

mengenakan budak dengan bahan toksik




Petang sahaja sekarang ini selalu hujan. Saya suka sebenarnya keadaan begini. Sebab, selepas terik di tengahari, rasa panas itu diganti dengan dingin hujan yang turun.

Tapi saya tahu bukan semua suka dengan keadaan seperti ini, terutama kalau yang sedang memandu balik dari pejabat di waktu hujan. Di Kuala Lumpur memang parah bila waktu hujan di atas jalan raya. Sesak makin menjadi, dan pasti yang berada di dalam kenderaan akan rasa resah gelisah.

Alhamdulillah, saya antara yang bertuah tidak menerima kegelisahan sebegitu setiap kali balik kerja.

Toksik.

Harini belajar cara menghasilkan etanol di makmal. Bukan saya yang belajar, budak-budak yang belajar. Saya hanya berlagak pandai menghasilkan alkohol.

Cikgu nak ajar kami orang buat arak ke?

Aii, bila sebut alkohol je mesti teringat arak kan. Walau berkait , tetapi tetap ada bezanya, dik oii.

Yalah... Kita bukan nak buat arak, tapi kita nak buat bahan yang terdapat dalam arak, iaitu etanol, ya.

Bukannya susah mana pun. Yang penting kalau di makmal, mesti ada larutan gula dan yis, biarkan dalam dua hari, untuk proses penapaian berlaku, maka dapatlah alkohol tu, kan. Macam orang buat tapai juga, atau juga proses membuat tempe.

Tempe tu apa?

Aduhai, silap saya tidak membawa alat bantu mengajar, si tempe dan si tapai. Rupanya bukan semua yang tahu kewujudan si tempe dan si tapai ini.

tempe yang belum digoreng


tapai pulut
Cikgu, kat makmal ni ada tak bahan toksik?

Err... ada.

Apa dia?

Ni......, kat depan saya, tengah bercakap dengan saya.

Hahaha. Gelak pula si mata bulat berambut pendek. Nak mengenakan orang memang bukan payah.

Sesekali mengenakan bebudak ni best jugak.

*toksik ~ mengandungi bahan yg boleh mendatangkan mudarat; beracun - kamus DBP online. Teringat tentang kenapa umur saya mungkin pendek.... mungkin sebab asyik mengadap bahan toksik je. :)

~cikgunormah@klcitizen~







Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

14 comments:

  1. muahahaha. kalau saya jadi budak tu, sampai bila2 saya ingat cikgu normah.

    pstt, ramai budak2 sekarang tak kenal tempe dan tapai ya?

    ReplyDelete
  2. aku teringatkan semua cikgu sains aku bila baca entry ni...terima kasih.Cuma sedih bila teringat cikgu Fizik...aku selalu kene berdiri atas bangku...kalau mood dia tak baik siap kene kluar kelas..huhuhuhu...

    ReplyDelete
  3. bapa ibu_suri suka sangat makan tapai pulut..

    ReplyDelete
  4. baca blog cekgu ni memang mengingatkan saya kenangan time zaman sekolah 9 tahun dahulu..huhu.. macam2 ragam time dalam makmal

    ReplyDelete
  5. Assalamualaikum...

    Saya tak pernah merasa tapai pulut sebab kat sini orang buat tapai nasi

    ReplyDelete
  6. @cikgu isza

    Mengadap bebudak ni memang tak tahan

    ReplyDelete
  7. @ain fathihah

    Ya lah ain... Ada juga yang tak kenal

    ReplyDelete
  8. @abadi romeo

    Mood cikgu perempuan memang berkala...

    ReplyDelete
  9. @aimannajmy

    Ragam-ragam itulah yang cuba saya kumpul.. :)

    ReplyDelete
  10. @Abd Razak

    Saya pula tak pernah makan tapai nasi...

    ReplyDelete

terima kasih kerana sudi meninggalkan teguran membina, moga Allah sentiasa merahmati kita semua.