Sunday, May 22, 2011

angau itu datang balik...

Angau.

Itu perkataan yang tepatnya. Teringat. Dalam lena dan jaga. Kalau ibarat kata zikir yang terucap, agaknya sudah berkoyan pahala di timbangan. Segala yang terhidang di mata dan di lidah tidak sesedap mana. Kalau remaja yang angau, masih nampak manis dipandang. Tapi kalau sudah beruban di kepala? Ish... janganlah dibuat hendaknya.

Sebab itulah, novel cinta bukan pilihan saya sejak lama sudah. Hati saya cepat terusik. Ramai pun yang begitu, kan. Tapi... kalau sudah kemaruk dan jatuh cinta dengan novel cinta, saya boleh tidak tidur ingin menghabiskannya. Ah... Ilham Kalsom punya penangan. Kata tulisnya terngiang dan debar di hati berlari-lari hingga ke sudah.


Saya menjadi Suria sebentar. Cantik bermata bundar, bijak dan kuat hatinya. Cinta saya sebagai Suria setia mewangi, tapi sakit cinta tersebut saya bawa mati. :) Kisah cinta antara dua darjat berbekas di hati, walau cuma ilham penulis, tetap ia berputar dalam lingkaran fikiran saya persis menonton filem kisah hidup Suria dan Tengku Haizal.

Terkedu Suria mendengar kata-kata lelaki selalu mencuri rasa di hati itu.
Kau nak suruh aku buat apa? Menjerit pada satu dunia yang kau adalah satu-satunya cinta dalam dada? Selfish! Suria mengutuk Tengku Haizal sendirian
.....
Beginikah lumrah cinta? Rumit, sakit dan gila?

~ Kerana Terpaksa: Ilham Kalsom , m/s 202

Novel ini berharga RM19.90 di pasaran. Kalau si penulis sudah punya kedai buku sendiri, katanya dia akan beri diskaun untuk saya nanti, lain kali. Saya doakan segera, impian itu menjadi kenyataan, sebab nanti hanya kedai buku itu saja yang pasti menjadi tempat saya membeli buku. :)


Terima kasih  Allah,  mengenalkan saya dengan penulis muda yang sangat berbakat ini.  

Cumanya, hati saya masih diruntun dengan rasa cinta yang sangat rumit. Berbulan nanti ia akan kekal di sini. Nanti, Ilham Kalsom tulis buku thriller, k... genre penulisan yang saya sangat minati.

*best novel ini! 

~cikgunormah@klcitizen~


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

8 comments:

  1. sy kurg minat bace novel...kalu bace memg terasa mcm berhayal dlm dunia dia..hehe

    ReplyDelete
  2. cantik nya cover novel tu....

    ReplyDelete
  3. Saya juga jenis yang kalau baca buku cerita nak tau sampai habis.

    ReplyDelete
  4. Kakak beli nanti saya pinjam, leh??

    ReplyDelete
  5. @MD TAKRIM

    dah beli dah... tu yang buat ulasan ni..

    ReplyDelete
  6. @- jinggo -

    memang cantik, isinya pun menarik

    ReplyDelete

terima kasih kerana sudi meninggalkan teguran membina, moga Allah sentiasa merahmati kita semua.