Tuesday, May 3, 2011

cikgunormah baling kasut...memang tak patut

Sakit belakang kembali datang. Perkara biasa, bukan luar biasa. Yang luar biasanya kalau tidak pernah sakit-sakit seumur hidup. 

Apa lagi yang hendak dikisah cerita di sekolah? Cerita yang sama, nakal yang sama, degil yang sama dan rajuk yang sama juga.

Baru umur 13, tapi tahap menyakitkan hati paras 5.

Kita marah, dia menjawab. Kita cakap, dia menjawab lagi. Haish... bab menjawab ni, memang tidak boleh diterima oleh mana-mana cikgu tua. Bila darah sudah mendidih, kepala sendiri pun terasa besar. Benar. Sedikit pun tidak ada unsur menipu di sini. Bab kepala membesar melebihi diameter biasa. Geram aras 6.

Masalah besar saya ialah, apabila terlampau marah, lidah jadi kelu untuk mengeluar kata-kata. Hilang segala kosa kata dalam kepala. Tergagap-gagap macam budak gagap. Lagilah mendidih rasa di dada. Mahu sahaja rasanya membaling kasut .

keinginan tak semestinya bisa terpenuh, walau ia membuak melimpah di hati


Sabar, sabar.... tak pasal-pasal nama nanti terpampang di dada akhbar. Terkenal seantero Malaysia atas sebab membaling kasut pada budak tidak cukup umur. Bab tidak cukup diajar, tidak didedahkan, tetapi bab kasut terkena itu yang akan digemburkan.

Duduk. Kalau tidak hilang juga marah yang membuku, keluar lah dari kelas. Pergilah ke kantin. Minum teh o ais, bagi sejuk dada dan hilang rasa. Biarlah dijegil mata oleh Pengetua, asal jangan kasut naik kepala.

Watch your thoughts, they become words.
Watch your words, they become actions.
Watch your actions, they become habits.
Watch your habits, they become character.
Watch your character, they become destiny. ~ islamic quotes
*kalau sudah orang tua tidak pandai menjaga adab sesama, apalah yang boleh diharap dari anak muda yang memerhati kita setiap masa

~cikgunormah@klcitizen~



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

6 comments:

  1. sabar cikgu. dulu masa saya sekolah pun ada saja budak-budak yang suka menyakitkan hati cikgu, menyakat sampai buat cikgu nangis.

    tapi dari pemerhatian saya, budak-budak sekarang makin lama makin nakal. jangan sampai jadi jahat sudah.

    ReplyDelete
  2. Tapi kan CIKGU NORMAH, kawan saya sendiri yang jadi cikgu sudah pernah berkali-kali baling kasut pada pelajar dia. Tak pernah sekali pun jadi isu jauh sekali masuk soratkabor. Dia memang garang dgn pelajar dia.

    tapi akhirnya, dia sendiri ambil pendekatan berhenti jadi cikgu, sebab dah tak tahan pening mikirkan pasal murid (yang anak orang bukan anak dia). aduhai...

    ReplyDelete
  3. kena pulak high heel 8 inci..nahas budak² kalau naik ke kepala..hehe

    pengetua tak suka eh cikgu lepak lama² kat kantin?hehe

    ReplyDelete
  4. Assalamu'alaikum Normah

    Perlu aras kesabaran yang lebih daripada paras geram 6 lah tu..

    Takpalah lari sekejap.. jangan terbaling..

    ReplyDelete
  5. Salam Cikgu Normah jelita,
    kena panggil mak bapak dia la..jangan dibiarkan...

    ReplyDelete
  6. uihhh..agaknya zaman sy study di bawah ajaran cikgu cikgu dulu, ada x kes cikgu baling kasut pd student? kalau baling kapur/marker pen tu ada la kot.hehe

    ReplyDelete

terima kasih kerana sudi meninggalkan teguran membina, moga Allah sentiasa merahmati kita semua.