Friday, May 27, 2011

memasang badan






Esok sudah mula cuti... Yeay! *sambil melompat-lompat... (dalam hati je lah. Depan bebudak, kita cool saja :))

Banyak juga sekolah yang meraikan sambutan Hari Gurunya pada hari ini. Sekolah saya juga tidak terkecuali.

Sebelum itu sudah beberapa hari fikiran kusut masai, maklumlah, tahun ini diberi peluang menimba pengalaman mengendalikan sambutan Hari Guru bersama rakan-rakan yang lain. Kalau sebelumnya, hanya menjadi orang-orang yang diraikan, hari ini bertindak sebagai orang yang meraikan orang lain. 

segala yang indah kita simpan sebagai kenangan
*mukaku sedih tak cukup tidur

tiada kata bisa menggambar rasa terima kasih atas gemilangnya mereka
sebagai sahabat

Saya kira sambutan hari guru di mana saja pun tetap meriah. Lebih meriah bila ada bekas pelajar yang hadir untuk turut sama meraikan guru mereka.


Terima kasih , doa kami tetap mengiring jalan hidup kalian

Kalau hendak melihat guru melaram, Sambutan Hari Guru adalah harinya. Peluang setiap tahun, sekali dalam setahun. Tak kiralah, mak dara, mak janda, anak dara atau pun anak teruna, asal bergelar guru, pada Hari Guru pasti, kami akan 'memasang badan'.... oops kecuali sayalah.






Sekali lagi, selamat hari guru bagi semua guru dan selamat bercuti untuk semua guru serta pelajar.

~cikgunormah@klcitizen~


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

9 comments:

  1. saya pula cikgu, esok dah mula masuk-masukkan barang ke dalam kolej - Faez

    ReplyDelete
  2. Saya rasa hari-hari pun cikgu2 berpakaian cantik.

    ReplyDelete
  3. As-salam kak..

    Selamat bercuti dan happy belated teachers day

    ReplyDelete
  4. assalamulaikum kak..:)

    Selamat bercuti-cutian yaaa.:)
    Take care!

    ReplyDelete
  5. @Mr. Sami Monster Hantu Galah

    faez... mula belajar balik ya? selamat belajar...

    ReplyDelete
  6. cikgu, cikgu tak ada suruh orang rakam ke persembahan lakonan cikgu tu? kalau ada upload la ke fb ke blog ke. hahahaha

    ReplyDelete

terima kasih kerana sudi meninggalkan teguran membina, moga Allah sentiasa merahmati kita semua.