Tuesday, May 31, 2011

Menantu baik vs menantu hantu

Seronoknya menjadi suri rumah bergaji tetap. Nikmat! Apatah lagi kalau punya bibik di rumah membantu. Best!

Sebenarnya saya tidak punya pembantu rumah. Kerana itu rumah saya sentiasa tunggang langgang. Berlebih lagi di bahagian dapur yang selalu tidak berasap.

Tetapi rezeki datang menggolek awal cuti persekolahan. Ibu mertuaku datang menyinggah buat sementara BERSAMA pembantu rumahnya. Haish, apa lagi... Menangguk di air keruhlah! Eh.. Boleh ke menggunakan peribahasa tersebut untuk situasi begini?

Sebenarnya, tugas saya ialah menemankan ibu mertua. Bergilir dengan adik beradik yang lain. Mudahkah menjaga ibu mertua? Terpulang pada keadaan. Mendapat ibu mertua yang baik memudahkan situasi.

Menantu juga perlu main peranan.

Saya bukanlah menantu yang baik, tetapi tidak juga menantu yang hantu. Alhamdulillah, bijak membaca situasi adalah salah satu kemahiran saya. Ceh ceh ceh... Memang benar bagi situasi mertua menantu ini lah.

Bukan tidak ada hubungan menantu dan mertua yang hancur binasa. Memang ada rakan perempuan bercerita, bila balik ke kampung suami, beliau hanya duduk terperuk dalam bilik kerana ibu mertua tidak senang dengannya. Payah... Memang payah. Tidak dapat saya membayangkannya.

Bagi anak-anak dara di luar yang bakal menjadi menantu-menantu, saya doakan agar dapat menjadi menantu mithali. Kerana syurga suami kita hanya dengan restu ibunya dan syurga bagi kita sejak di dunia ini pula hanya dengan redha suami...

Salam malam rabu...

~cikgunormah@klcitizen~
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

2 comments:

  1. Mertua atau bapa sama sahaja. Anak atau menantu tiada bezanya. Yang suka membeza2kan hanyalah cerita ceritera...

    ReplyDelete
  2. Assalamualaikum...

    Jadikan mereka (mertua) macam kawan then baru ada rasa hormat dan sebagainya...(idea saya jer)

    ReplyDelete

terima kasih kerana sudi meninggalkan teguran membina, moga Allah sentiasa merahmati kita semua.