Friday, May 20, 2011

menantu yang bukan hantu

Sudah habis seminggu.

Sabtu dan Ahad pula akan menyusul. Masing-masing punya cerita sendiri. Pasti dalam ramai, ada yang merasakan  hari ini adalah hari yang paling bahagia.  Ada juga yang pasti, hari ini hari yang menyesakkan, penuh insiden yang merisaukan serta mendebarkan.  Masing-masing punya bahagian.

Siapa nama Ustaz ni, Mah?

Kebetulan, emak mertua menetap untuk beberapa hari di rumah abang ipar, selang beberapa pintu dari rumah saya. Menunaikan kewajipan sebagai menantu yang bukan hantu, duduk meneman beliau menonton rancangan al-Kuliyyah petang Jumaat tadi. :)

Tak perasanlah pulak Mak.


Badan di situ. Fikiran entah ke mana. Hipokritkah?  Entah? Rasanya tidak. Banyak urusan tidak selesai, tetapi ibarat kata Ustaz, ummat Nabi Muhammad SAW kini diuji dengan dua perkara, sibuk dengan dunia dan suka berhibur.

Kenapa dahinya ada tanda Mah?


Saya memandang skrin kaca televisyen. Memerhati. Ya... Dahi Ustaz tersebut bertanda hitam. Betul-betul di tengah dahi. Hitam pekat. Jelas terlihat dari jauh.

Emak menunggu saya menjawab. Soalan menguji atau soalan tidak pasti. Takkan emak tidak tahu ya. Mungkin kerana melihat wajah saya kosong, tidak di situ, emak memancing saya. :)

Kesan sujud tu mak.


Kita pun sujud juga... tak pulak macam tu. Mesti Ustaz ni banyak sujud . Buat tahajud bagai...






Emak memberi penjelasan pada saya.

Siapa bertanya siapa ni ya?

:)

* makin lama meniti usia, makin tajam pandangan mata hati

~cikgunormah@klcitizen~









Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

4 comments:

  1. Dolu-dolu, saya pun tak tahu juga. Kemudian baru saya tahu kesan lebam tu adalah dari sujud.

    Yang saya tidak tahu ialah, kenapa hanya lelaki sahaja. Mungkin kita dilindung dahi oleh kain telekung. Wallahualam.

    ReplyDelete
  2. Salam :)

    ...tapi ada juga yang 'kurang sujud' berdahi lebam,macamana tu ye?

    ReplyDelete
  3. ada juga yg letak guli di tikar sejadah...
    apapun, keikhlasan dan tujuan beramal tu hanya ALLAH yang Maha mengetahui...

    ReplyDelete
  4. Jarang kita nampak orang perempuan ada kesan lebam di dahi. Takkan tak ada orang perempuan sujud lama. Allah maha tahu, nanti tak cantik pulak wajah wanita itu.

    ReplyDelete

terima kasih kerana sudi meninggalkan teguran membina, moga Allah sentiasa merahmati kita semua.