Friday, June 3, 2011

hantu stokin

Apakah yang menghapus ego seorang lelaki?

Saya pun tidak tahu sebenarnya.

Menyelak-nyelak majalah Solusi isu 32, tertarik dengan En Azzam Supardi menulis tentang kisahnya. Rupanya sakit sahaja yang boleh menghapus ego seorang lelaki. Itu pendapatnya. 

Benarkah?

Bab ini, saya tiada pendapat. Bagi saya keegoan itu fitrah setiap manusia. Saya juga punya ego sendiri. Menghapus ego tidak mungkin rasanya. Meminimakan ia semungkin yang boleh... itu mungkin.

Cikgu, ceritalah dulu sebelum kita belajar.

Cerita apa saja, macam cikgu Fairose selalu buat sebelum kelas.

Wah... Ego saya tercabar. Perbandingan sentiasa berjaya menaikkan keegoan. Hahaha. Hanya 4 orang sahaja pelajar yang hadir dalam kelas tambahan yang tidak diwarwarkan ini. 4 orang yang rajin.

Ala... Saya tak pandai bercerita.

Saya mencuba untuk meminimakan ego saya. Walau ada banyak kisah yang boleh didendangkan kalau saya mahu. Tapi, saya pasti cikgu Fairose sentiasa menang di hati mereka. :)

cikgu fairose yang comel
bila sedih, macam cinderella la pulak


Cikgu Fairose selalu cerita dulu sebelum belajar. Cerita apa-apa je , cikgu.

Macam dulu tu dia cerita pasal stokin... Hahaha lawak cikgu!

Ah... Saya tidak punya cerita tentang stokin. Malang sungguh. Apalah yang boleh dicerita tentang stokin?

Emmm... Tak payahlah. Awak je cerita. Saya dengar. Lepas awak cerita, kita belajar ... k.

Saya lihat ada nada kecewa di mata mereka. Alahai.

*nanti nak cari cerita hantu stokin la...


Salam Jumaat dan 1 Rejab.

cikgunormah@klcitizen
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

8 comments:

  1. hurm jenuh la kalau setiap kali masuk kelas nak bercerita...huhu

    ReplyDelete
  2. hahahahaah!!! comel plak ada student macam ni tapi mmg lotihlah if tiap kali nk start ngajo kene bercerita dulu

    ReplyDelete
  3. ingat masa zaman sekolah.. cikgu rajin bercerita..
    bila jadi cikgu.. tak rajinlah pula saya..

    kak normah rajin update blog cuti2 ni.. :)

    ReplyDelete
  4. @IMANSHAH

    tu lah iman.. kena buat koleksi cerita untuk set induksi lah pulak

    ReplyDelete
  5. @Lizz

    yang mendengar comellah... yang nak bukak citer ni yang berpeluh :)

    ReplyDelete
  6. Kesian pulak saya tengok cikgu Fairose bersedih begitu...Hehehehe..

    E.coli kebal

    ReplyDelete
  7. ade no cikgu fairose tak kak?
    boleh juga cube2 utk mengubat hatinya yg duka...hikhik..

    ReplyDelete

terima kasih kerana sudi meninggalkan teguran membina, moga Allah sentiasa merahmati kita semua.