Wednesday, June 22, 2011

Kena rasuk....

Dia tiba-tiba menjerit , cikgu. Mula-mula orang ingat dia pengsan, dia bangun terus pegang kepala kawan sebelah, kemudian pegang leher kawan dia tu, macam nak cekik.


Awak tengok ke?


Tak... Kawan saya cerita.


Mmmm


Tapi dia tu budak baru cikgu. Sebelum ni pun, dia pernah kena rasuk juga kat sekolah lama dia.


Awak kenal ke dia?


Ya, saya kenal.
.

Sahut pelajar yang lain.


Benda yang rasuk dia tu besar cikgu. Warna hitam.


Ya?


Memang besar, tinggi pulak tu.


Awak pernah nampak ke?


Ya , saya pernah nampak. Baru ni saya nampak lagi,
sahut budak kecil yang menyampuk tadi.


Pelajar yang lain memasang telinga.


Peristiwa yang berlaku semasa perhimpunan pelajar petang tadi, masih hangat. Dan saya yang tidak tahu apa-apa kerana berada di makmal mengajar pelajar pagi cuba mengorek berita dari pelajar tingkatan satu yang saya ajar ini.


Baru ni saya nampak lagi cikgu.... Memang besar, warna hitam.


Tersembur-sembur air liur nya menunjukkan kesungguhannya.


Kat mana? Kat sekolah ke?


Tak... Kat rumah saya.



Tak sangka pulak budak kecik ini pernah menengok lembaga yang boleh merasuk manusia.



Kat rumah?


Ya..., ..... Kat Astro Ria. Cerita mistik.....!



*ish.... Memang kecik je budak ni dalam pandangan mata saya.



~cikgunormah@klcitizen~
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

26 comments:

  1. huhuhu....dalam tv rupenyer.......

    ReplyDelete
  2. dan lagi tu.. kang orang lain pula kena rasuk.. :D

    ReplyDelete
  3. hahahaha... memang nak kene ‘rusuk’ bebudak tuh. Memain kan cikgu plakkkk.. hahahah

    Kalu KUDA baca, KUDA pun bantai gelak...!

    ReplyDelete
  4. Hahaaha....kelakar laa kakk..:-p

    ReplyDelete
  5. suspen..intro dah macam Hantu Mak Limah Balik kg...ending tu yang tak berapa sedap..

    ReplyDelete
  6. mula-mula suspen...lepas tu mmg kelakar...ingatkan betul-betul tadi...blh dia buat muka serius masa bercerita tu ye...hehe...tp betul ke ada budak kena rasuk kat sekolah akak tu?biasa dgr bdk2 skolah kn histeria aje dulu2..

    ReplyDelete
  7. budak2 sekarang dah pandai loyar buruk dengan cikgu sendiri hehe

    ReplyDelete
  8. Sekarang ni banyak sangat rupa hantu kat tv.

    Tak tulah. Pening hantu2 sekarang nak merupa sebab orang dah tak takut kat dia lagi, dah biasa tengok kat tv.

    ReplyDelete
  9. Assalamualaikum..

    Allahu Akhbar...lawak pulak budak tu. Kalau dah kecik dalam pandangan cikgu, ibarat jin nak rasuk manusia..:):)

    ReplyDelete
  10. Budak2 zaman sekarang dah banyak terpengaruh dengan filem seram dalam tv..

    ReplyDelete
  11. ekeke.budak2 skrg, kalo bab loya buruk, mmg pndai.. ;DD

    ReplyDelete
  12. @NurIsme Khalid

    ah ah... kat tv, nak kelentong cikgunya :)

    ReplyDelete
  13. @cikgu isza

    ya, sempat lagi tu isza, budak ni nak mengenakan cikgunya

    ReplyDelete
  14. @hani@debumelukut

    kalau boleh nak bagi tiga bijik... :)

    ReplyDelete
  15. @Dea

    bila pikir2 memang kelakar :)

    ReplyDelete
  16. @abadi romeo

    ha... ending tu, macam maharaja lawak... :)

    ReplyDelete
  17. @zharif

    tu lah zharif, perangai masing2 dah macam raja lawak :)

    ReplyDelete
  18. @Kunang-Kunang

    kesian pulak kat hantu2 sekarang ya, kak ani :)

    ReplyDelete
  19. @Abd Razak

    waalaikummussalam razak...

    kecik pada pandangan, sebab budak tu memang kecik, paras pinggang saya je ... :)

    ReplyDelete
  20. @Nik Thoha

    orang tua pun banyak terpengaruh jugak ... :)

    ReplyDelete

terima kasih kerana sudi meninggalkan teguran membina, moga Allah sentiasa merahmati kita semua.