Tuesday, June 21, 2011

laila dan majnun atau romeo dan juliet?

Sesekali mata bertentang. Senyum pun menguntum di bibir.

Tangan Romeo  perlahan merangkul bahu. Senyum bertaut semula. Juliet tersipu seketika. Menoleh kepalanya perlahan ke arah bertentangan. Pantas Romeo merapatkan hidungnya mencecah rambut Juliet. Dihidu dalam-dalam. Bau syampu di rambut Juliet harum semerbak. 

Juliet tak marah. Hatinya berbunga.  Dipegang pergelangan tangan kiri  Romeo. Tangan bersilang. Juliet mahu tengok jam berapa rupanya.

Order?

Ah , mamak kedai ini menghalang pandangan saya pula. Drama sebabak secara live di hadapan mata terganggu siarannya seketika.  Yang jelas nampak, muka mamak menunduk, misai si mamak kasar-kasar tersusun atas bibir.



Nasib baik, kau datang mamak. Kalau tidak, loya mengadap adegan budak mentah yang tidak hirau orang di sekeliling ini memang boleh membarah.

Mee goreng mamak satu. Milo ais. O..ya... telur mata.

Selesai mamak mengangguk, saya lihat Romeo dan Juliet sudah bangun dengan beg masing-masing hendak ke kelas tuisyen di atas kedai mamak.

*Si Romeo budak tingkatan 5 sekolah saya, buat-buat tak nampak cikgu sekolahnya ini walau duduk mengadap . Mentang-mentanglah saya tak mengajar dia. Si Juliet, saya tak kenal, tapi dalam usaha mencantikkan wajah dengan braces penuh menutupi gigi. 

Alahai, cinta si Laila dan Majnun di kedai mamak...

~cikgunormah@klcitizen~
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

10 comments:

  1. boleh buat drama sebabak tu...tapi adengan 18sg tu awal2 dah kena sensor dengan mamak.

    p/s-romeo bertempat

    ReplyDelete
  2. Salam ...

    Sabda Rasulullah s.a.w

    "Malu itu sebahagian daripada iman"

    Seandainya hilang malu dari diri kita manusia, bererti hilanglah sebahagian dari iman kita yang senipis kulit bawang itu...Sama-sama kita renungi

    ReplyDelete
  3. Alahai..cinta budak2 muda zaman sekarang..

    ReplyDelete
  4. @abadi romeo

    hahaha...mamak penyelamat! hidup mamak!

    ReplyDelete
  5. @Abd Razak

    ya betul razak... risau pikir anak2 kita ni... di belakang kita tak taulah camana

    ReplyDelete
  6. Astagfirullah...sedih tgk bdk2 zaman skrg yg hilang malu...:(...pernah tgk adegan yg lebih kurang sama kat dlm LRT dgn org ramai di sekeliling mereka...kelu lidahku untuk menegur, cuma kebencian kpd maksiat terasa di hati...

    ReplyDelete
  7. cubit je telinga dia cikgu

    ReplyDelete
  8. budak zaman sekarang yang terlampau

    ReplyDelete
  9. salam..
    alahai mamak..
    ermmm..baru nak panas je nih..
    huhu..
    anak sapa la agaknya..??
    risau juga bila ada anak dara
    besar sekarang nih

    ReplyDelete

terima kasih kerana sudi meninggalkan teguran membina, moga Allah sentiasa merahmati kita semua.