Wednesday, June 1, 2011

terlanjur

Dunia ini memang ramai manusia, berbilion. Saya hanya seorang dari yang berbilion. Betapa tidak signifikannya saya, kalau difikir secara harfiah atau literal. 

Ibarat melihat semut berkerumun, nampak sama tiada beza.

Namun dalam berbilion itu, setiap satu punya cerita tersendiri. Aneh? Tidak sama sekali. Tabii nya begitu. Dan kita nanti disingkap satu persatu berdasar cerita kita sendiri. Bayangkan menanti dan menunggu, satu demi satu manusia yang bertrilion atau berbilion itu untuk dihadap dan dipertanggungjawab atas setiap zarah kata dan tindakan masing-masing. Meski kita bertuah kerana punya Penghulu Nabi segala Nabi, lantaran itu, istimewanya kita, akan diperdahulukan untuk disemak.

Sedih. Atas 2 perkara yang berpaksi atas kata keterlanjuran.

Berjalan ambil angin petang di maya tadi, singgah di halaman adik zulaika yang manis. Lantas terpanggil untuk mencapai link yang ada, ... tentang kisah perihal maruah diri yang tergadai. Aduhai.... naluri keibuan diruntun dan dicarik. Sedih. 

Dan sedih alang kepalang, atas hukuman yang ditintakan oleh tetamu yang berkunjung ke link tersebut. Layakkah kita? Walau jelas dan terang kesilapan serta keterlanjuran yang dilakukan....

Sedih juga kerana mengguris rasa sahabat lama. Tanpa niat, ia terjadi. Rajuknya panjang mungkin. Di luar upaya saya untuk menarik balik keterlanjuran tersebut. Cuma ia menjadi pengajaran serta iktibar, bahawa setiap insan dalam bilionan itu punya rasa dalam dada. 

Salam maaf atas keterlanjuran.

~cikgunormah@klcitizen~




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

7 comments:

  1. VERY OPEN...alahai zaman modenisasi

    ReplyDelete
  2. terlalu open minded pun tak boleh juga kan cikgu T______T

    ReplyDelete
  3. ada dua perkara yang kita sering lupa.
    satu hubungan dengan Allah
    satu lagi hubungan dengan manusia.

    hidup ini mesti berperaturan dan ada disiplinnya kan cikgu.

    ReplyDelete
  4. Benar bagai dikata orang, terlajak kata membawa derita...

    ReplyDelete
  5. Assalamualaikum...

    Subhanallah...bersyukurlah kerana Allah menutup segala aib kita..

    ReplyDelete
  6. terkejut bila baca blog tuh...x sangka lak ada blog mcm tuh....apa nak jadi la budak2 skrg...maruah dah ke laut...

    ReplyDelete
  7. dah tak dapat masuk link tu

    ReplyDelete

terima kasih kerana sudi meninggalkan teguran membina, moga Allah sentiasa merahmati kita semua.