Tuesday, July 26, 2011

cikgu kasta rendah

Sudah hampir benar dengan Ramadhan. Lebih terasa dengan kepanasan di luar. Melihat budak-budak dalam kelas yang berpeluh-peluh, badan sendiri pun terasa kelekitannya.

Saya dah suruh emak saya kurangkan gula , cikgu , semalam.

Ya? Tak berkesan pun. Agaknya dah tak boleh diselamatkan lagi awak ni.


Menyindir.

Sudah di tahun akhir di sekolah. Perangai masih kadang-kadang seperti pelajar tadika. Terjerit-jerit, menyanyi sekuat hati dan mengusik rakan-rakan seperti melepas geram.

Kata orang, berlebihan gula dalam badan boleh juga merangsang perangai aktif melampau .


Semalam awak kata nak potong rambut?

Kedai gunting rambut semua tutup cikgu.

Aii. Semua tutup?


Nampak sangat ke'kelentongan'nya. Malas hendak membangkitkan isu kelentong itu. Tapi, mata seorang guru tua rimas melihat rambutnya yang kusut dan panjang berserabut.

Petang ni saya potong cikgu. Tu, cikgu Fatimah dah suruh saya potong.

Oo, cikgu Normah cakap taknak dengar, cikgu Fatimah cakap nak pulak dengar.

Taklah cikgu, cikgu Fatimah tu, kan, lebih ada kuasa...


Matanya bulat. Tersenyum.

Iyolah.

Maklumlah walau dua-dua 'mah' tapi Fati lebih berkuasa dari Nor. Cikgu ber'kasta' rendah. :)

*entri merepek dan melalut


~cikgunormah@klcitizen
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

12 comments:

  1. cikgu fatimah tu guru besar ker....

    ReplyDelete
  2. @zaidah

    Salah seorang pentadbir, bukan guru besar . :)

    -cikgunormah@klcitizen-

    ReplyDelete
  3. Assalamualaikum:)

    budak kalau dilayan...memang macam2 jawapannya...ada jee alasan!

    ReplyDelete
  4. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  5. salam kak normah...
    p/s silap td ntah nampak nama cikgu tini kat sini dah tersebut nama sis tinie pulak masa komen tadi..nanti abaikan komen tadi ye kak...

    bukan senang nak jadi cikgu kan...perlu ada sifat sabar...anak sy yg bungsu suka gayakan rambut, jenuh sy tegur buat tk tahu je..bila kena tegur dgn guru disiplin baru menggelabah ajak gunting...

    ReplyDelete
  6. Assalamualikum Cikgu Normah..
    bukan senang nak jadi cikgu kan...kalau tak sabar tak tahu lah...anak2 murid sekarang tk macam dulu...sy penah jd cikgu..seronok sungguh tguk anak2 murid sgt hurmatkan cikgu....tp soal kasta tu kdg2 timbul gak bila time hari guru....cikgu kasta tinggi dpt banyak hadiah banding yg rendah mcm sy ni..

    ReplyDelete
  7. ada satu 'mah' yang tak siapa boleh lawan.
    RUMAH

    ReplyDelete
  8. @nyanyisunyi

    betul tu. :)
    dah lama juga tak dapat hadiah dari anak murid . :)

    ReplyDelete
  9. @Pn Kartini

    sekali sekala suka jugak melayan bebudak ni. dapat banyak idea.. :)

    ReplyDelete
  10. memang letih dengan kerenah murid zaman sekarang

    ReplyDelete
  11. Manja sebenarnya anak-anak murid cikgu dengan cikgu normah.

    ReplyDelete

terima kasih kerana sudi meninggalkan teguran membina, moga Allah sentiasa merahmati kita semua.