Tuesday, July 19, 2011

hilang kata-kata

Patrick was so furious that he was stumbling over his words - The Preacher : Camilla Lackberg, page 46





Marah teramat. Sehingga kata-kata yang keluar dari bibir pun tunggang terbalik.


Kerap juga saya begitu.

Ni kenapa tak menulis?

Matanya terkebil-kebil. Mukanya ala-ala pelakon Hindustan, hidung mancung , berbulu mata lentik. Cermin mata yang biasa terletak atas hidung mancungnya sudah beberapa minggu tidak kelihatan. Dah musnah, katanya.



Farhan ..!


Er... Saya dah cari buku tulis saya, cikgu. Kat rumah tak ada. Ada kat cikgu lah. Puas dah saya cari.

Rasa bersalah perlahan menyelinap dalam hati.


Ambik duit ni pergi ke kedai buku di bawah. Gi beli buku baru

Saya menghulurkan not ringgit sekeping.




Tak payah cikgu. Tak pe. Nanti saya cari lagi di rumah. Saya cari betul-betul.




Ambiklah. 

Tak payah.
Er... Kalau camtu, keluarkan kertas. Salin je. Tak mau tengok awak melangut macamni. Nanti kalau dah jumpa buku, tampal je.

Tak pelah cikgu. Saya pinjam buku kawan, bawa balik rumah. Saya salin kat rumah.
Ish... Salin sekarang! Keluarkan kertas.


Saya berjalan menghampiri dia.


Tak pe cikgu

Dia bangun, menyelongkar begnya. Takut agaknya saya menyelongkar beg dia, dan merosakkan susunan buku dalam beg.


Ha... Cikgu. Dah jumpa dah buku sains ni. Dalam beg saya rupanya...!. Dia tersengih.


#*!?/!!!@+

~cikgunormah@klcitizen~
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

12 comments:

  1. Budak2 bila terkena 'sampuk' penyakit malas tuuu..mcm2 alasan diberi yaaaa..aduhaiii

    ReplyDelete
  2. hahaha. macam2 karenah anak muda (terasa tua pula saya. hahaha)

    ReplyDelete
  3. Memang trick sungguh budak ini. Heeeee kalu saya, rasa macam nak picit jer hidung ala hindustan dia tuh...!


    Sebal: Bahasa Indahnya ialah Kesal...!

    ReplyDelete
  4. Salam :)

    ...saya dah selalu jumpa helah budak-budak camni...dah masak pun... :)

    ReplyDelete
  5. @Pn Kartini

    betul tini. ingatkan saya dah hilangkan buku dia...

    ReplyDelete
  6. @R.W.M Faez

    faez, kalau awak dah tua... saya ni apalah agaknya ya.

    ReplyDelete
  7. @azieazah

    tu lah azie, saya cakap kat dia tadi, kalau awak ni biskut , saya makan hidung awak dulu.. :)

    ReplyDelete
  8. @Ros Illiyyuun

    tu lah ros, ini budak form 1, ingatkan jujurlah dianya. mmm, hampas

    ReplyDelete
  9. tu sebab masa mula2 mengjar saya pesan awal2.. takda buku tulis kat kertas.. kalau melangut.. taulah akibatnya..

    tapi.. rasa agak lucu + geram bila murid sekolah menengah buat perangai camtu. Sruh dia masuk tahun 2 semula..

    ReplyDelete
  10. hahaha...
    boleh lak mcm tue..

    *baiknyer cikgu. kalau saya mesti dah berlari g beli buku. dapat buku baru. hikhik..

    ReplyDelete
  11. salam..
    alahai..macam tu
    pun ada ye..?nasib bukan
    saya..confirm atas meja
    kena berdiri...


    TERIMA KASIH SUDI SINGGAH
    DAN KOMEN DI BLOG SAYA
    JANGAN LUPA DATANG LAGI
    www.zulkbo.com

    ReplyDelete

terima kasih kerana sudi meninggalkan teguran membina, moga Allah sentiasa merahmati kita semua.