Sunday, September 4, 2011

Soalan bocor peperiksaan







Beg? .... check 

Kasut?.... check 

Baju?.... check 

Tudung? .... check 

Beg tangan? .... check 

Okay. 

Dah sedia untuk ke sekolah esok, tuan-tuan dan puan-puan sekelian. :) 

Yang pasti esok, tiada proses P&P (pengajaran dan pembelajaran) dalam kelas pelajar-pelajar  tingkatan 5. Sebabnya ?  Peperiksaan Percubaan SPM bermula. 

Alahai, berdebar pulak rasa di hati, kan. Berkongsi rasa apa salahnya kan, anak-anak sekelian. Saya tolong memberi moral support

Ujian atau peperiksaan. 

Semua orang pasti akan melaluinya. Sedangkan hidup ini pun satu ujian dari Allah.

Bukanlah ujian itu dalam bentuk kesusahan sahaja, ada kala kesenangan juga merupakan ujian Allah. Tengoklah si Qarun dan Firaun, yang senang hidup mereka melebihi kesenangan ramai dari kita. Kesenangan yang Allah hamburkan rupanya adalah ujian buat mereka untuk menentukan sama ada rasa kehambaan dan kepatuhan boleh tercerna dari limpahan nikmat yang pelbagai. 

Kesusahan hidup juga adalah ujian. Tengoklah kisah Nabi Ayub yang ditimpa kesakitan bertahun, menerima ujian Allah bagi meningkatkan keimanan dan rasa takwa yang mendalam. Lulus cemerlang dalam ujian, itu matlamat semua, saya kira. Tidak kiralah ujian dalam hidup ini atau ujian dalam peperiksaan di atas kertas. 

,,Exams,,
Lebih mudah kalau mendapat soalan bocor, kan. Boleh bersedia dari awal, menghafal mana yang perlu, dan cuma memuntahkan semula semasa dalam dewan peperiksaan nanti. Kalau tidak pun soalan ramalan. Lebih kurang jugalah senarionya. 

Perasan tak? Saya rasa kita perasan. 

Baginda Rasul sendiri sudah membocorkan soalan yang akan ditanya nanti di dalam kubur. 5 soalan yang semua orang pun tahu. Kalau ditanya sekarang ini , tanpa pause kita boleh menjawabnya. Semua di hujung lidah. 

Tapi, bila berhadapan dengan Munkar dan Nakir nanti? 

*Tepuk dada saya sendiri dan lihat amal saya... :( takut ! 

 ~cikgunormah@klcitizen~
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments:

Post a Comment

terima kasih kerana sudi meninggalkan teguran membina, moga Allah sentiasa merahmati kita semua.