Monday, November 7, 2011

tersampuk


Seronoknya bila memandu bersendirian ialah punya fikiran yang lapang dan fokus. Apatah lagi kalau ditemani lagu-lagu yang punya seni kata bermakna.

Itu, kalau perjalanan lancar dan tidak punya agenda padat.

Patah hati.

Tetiba patah hatilah pulak. Apalah yang membuat saya tersampuk dengan situasi patah hati ni ya.

Sebenarnya, perjalanan kali ini ditemani dengan lagu-lagu dari siaran Hitz.fm. Satu perkara tentang lagu Mat Saleh ini ialah, seni katanya banyak juga yang memberi makna dan temponya yang merdu mendayu.

Tetapi, seperti almaklum oleh semua, banyak betul lagu yang menggalakkan percambahan rasa pilu, sayu, rindu dan dendam tak sudah kerana patah hati dalam percintaan.

Saya bernasib baik, kerana tidak mengalami isu patah hati yang kronik semasa belajar. Awal remaja, memang ada juga tersampuk dengan cinta monyet. Siapa yang tidak pernah terlibat dengan cinta monyet  sila angkat tangan! Kan, saya dah kata, semuanya terlibat, sebab tak ada yang angkat tangan..

Tetapi, waktu itu, hati yang patah tidak sejeruk mana, kerana, masing-masing tidak pernah berjanji bulan dan bintang. Sekadar rasa dan tahu, berkenan di mata dan di hati, tetapi memulangkan semua perkara pada takdir Ilahi. 

Manis bila dikenang, dan tiada dendam kesumat yang tersimpan.

Sekarang? Bila membaca rasa hati anak-anak muda sekarang di blog atau di laman sosial pabila patah hati dan putus cinta, adui... sesak nafas dan dada. 

Bagai bercerai rumah dan tangga lagaknya. Fine, ok, fine.... antara kata penamat. Membayangkan, rasa marah dan kata terakhir yang tiada lagi rujuk bagi rajuknya. Mengungkit. Itu antara agenda utama. Membentangkan semua perkara yang ditempuh, segala hadiah yang diberi dan segala ragam yang terpaksa dilalui.

Hampas.

Itu perkara yang selalu timbul dalam benak fikir saya.

Masa status , In a relationship, gambar profil melekat bersama si dia, macam digam dengan gam kayu.  

Setakat melihat je lah. Tumpang dapat dosa....

:)

Apa pun, lagu di bawah ini setakat ini menjadi lagu buang masa yang fav.. Tidak berkait yang hidup atau mati ya. Sekadar menempek benda yang tidak bermanafaat.



Selamat Menghabiskan Sisa Cuti Raya :)

~cikgunormah@klcitizen~



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...