Saturday, December 3, 2011

dirogol malam dan siang

Rakan saya bilang, saya ini peminat tegar Dr Muhaya.

Ada yang masih tidak kenal Dr Muhaya? Pakar mata dan seorang motivator terkenal sekarang ini. Laman web rasminya di sini. Selalunya , cuti-cuti begini, saya sering mengulang dengar rakaman bual bicara beliau di radio ikim. Sangat menguja minda,  hati serta merangsang positif diri dan cara pandang.

Berminat? 

Cuba klik di sini. Ada lebih kurang 48 rakaman bual paginya di radio ikim beserta soalan-soalan dari pendengar tentang masalah seharian, juga tentang masalah mata mereka.

Kata beliau, kita dipengaruhi oleh bahan bacaan yang kita baca dan orang yang bersama kita.
Setuju?

Ah, saya kan peminat tegar beliau, mestilah saya bersetuju. Kalau kita sentiasa bersama dengan orang yang sering merungut, bukankah kita juga akan lambat laun ikut merungut sama? Kalau kita sentiasa membaca majalah kereta, menyelak dan berangan... bukankah nanti kita usahakan juga membeli kereta idaman?

Dua tiga hari ini, saya menyambung pembacaan buku ini.

“Soldier and civilian, they died in their tens of thousands because death had been concocted for them, morality hitched like a halter round the warhorse so that we talk about “target-rich environments” and “collateral damage”-that most infantile of attempts to shake off the crime of killing-and report the victory parades, the tearing down of statues and the important of peace.
Governments like it that way. They want their people to see war as a drama of opposites, good and evil, “them” and “us”, victory or defeat. But war is primarily not about victory or defeat but about death and the infliction of death. It represents the total failure of the human spirit.
I have witnessed events that over the years can only be defined as an arrogance of power. After the Allied victory of 1918, the victors divided up the lands of their former enemies. In the space of just seventeen months, they created the borders of Northern Ireland, Yugoslavia and most of the Middle East. And I have spent my entire career- in Belfast and Sarajevo, in Beirut and Baghdad-watching these peoples within those borders burn. America invaded Iraq not for Saddam’s Hussein’s mythical “weapons of mass destruction” but to change the map of the Middle East, much as my father’s generation had done more than eighty years earlier.
We journalists should try to be the first impartial witnesses to history. If we have any reason for our existence, the least must be our ability to report history as it happens so no one can say: “We didn’t know- no one told us. “Our job is to monitor the centers of power”. That is the best definition of journalism I have heard: to challenge authority-all authority especially so when governments and politicians take us to war, when they have decided that they will kill and others will die.”
Robert Fisk, wartawan yang menghabiskan sebahagian besar dari kariernya di Beirut, dan ikut sama sama perkembangan di Asia Barat serta melaporkan segala kekejaman yang dilakukan ke atas rakyat Palestin dan Iraq. Tulisannya tajam dan sering mengkritik dasar luar Amerika Syarikat.

Bosnia War Crimes: 'The rapes went on day and night' 

(Jenayah perang Bosnia: Dirogol Malam dan Siang Tanpa Henti ) : Robert Fisk, in Mostar, gathers detailed evidence of the systematic sexual assaults on Muslim women by Serbian 'White Eagle' gunmen - ... Artikel yang telah lama ditulis oleh Robert Fisk ini menyiat hati dan perasaan. Bacalah, jika ada masa dan peluang. Sangat menyedihkan. Segala penindasan serta kekejaman ke atas saudara-saudara kita memang tidak terbayang dan terucap dek kata.

Pembacaan yang sebegini, sebenarnya menginsafkan. Memberi perspektif baru dalam hidup. Mengingatkan saya bahawa, hidup saya sangat dirahmati Allah.  Seperti kata kujie : Life has been good to me and I always count my blessings.

Selamat bersantai di hari Sabtu ini.


~cikgunormah@klcitizen~

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

4 comments:

  1. Kus semangat membaca tajuk entri ini kerana berbau kontroversi. :-)

    ReplyDelete
  2. akubiomed.... itu tajuk artikel yang ditulis oleh Mr Robert Fisk, kejadian di Bosnia, dimana wanita-wanita dan anak-anak gadis Muslim Bosnia dirogol berulang kali dan dijadikan pelacur-pelacur oleh tentera Serb.

    ReplyDelete
  3. Saya pernah membaca artikel mengenainya beberapa tahun yang lepas, dan saya akui ianya memang cukup menginsafkan diri saya. Kita seharusnya bersyukur kerana hidup senang dan mudah berbanding rakan-rakan kita di negara yang ditimpa musibah.

    Pasal pengaruh bahan bacaan dan kawan-kawan yang dikatakan Dr. Muhaya itu, hanya satu yang saya boleh katakan. Ianya memang tepat sekali. Sebab itulah kalau kita nak tahu perangai seseorang, kita perlulah mengetahui perangai sahabatnya terlebih dahulu kerana ianya tidak jauh berbeza. :)

    ReplyDelete
  4. mama murai > betul. nak kenal karektor seseorang, lihat rakan rapatnya :)

    ReplyDelete

terima kasih kerana sudi meninggalkan teguran membina, moga Allah sentiasa merahmati kita semua.