Monday, December 12, 2011

Go die !!!!

Some times when Muslims drink alcohol its not because always they are bad Muslims, but some times they don't have people to talk to about why their life is tough.
When some Muslims turn to drugs, they turn to sexuality, they turn to all kind of things that if we were to see those who did this, we would sure turn our nose against them but sometimes because they just  don't feel good inside and we are not helping them  make themselves feel better.  Why Me,  ALLAH?   dari minit 0:34:00




People go through things. Everybodys' reality is different.

Jika seorang wanita tanpa hijab datang menceritakan kisahnya kepada anda, tentang bagaimana sepanjang  perkahwinan paksanya dia didera emosi dan fizikal, tanpa belas dia diperlakukan sedemikian rupa dan dia terpaksa melalui setiap saat, hari , minggu dan tahun dalam perit dan siksa fizikal serta emosi, apakah yang akan kita buat? Setiap arah yang ditujunya meminta bantuan dan pertolongan, dinafikan, malah dia diingatkan bahawa menjadi kewajipannya menuruti perintah suami atas dasar Islam. Keluarganya yang terdekat juga malah mendesak dia untuk mempertahankan maruah dan nama baik keluarga serta bertahan.

Dan bagaimana jika dia mengaku, demi mempertahankan dirinya untuk terus kuat, dia mengambil bahan-bahan yang boleh melupakan deritanya itu buat seketika, supaya , selepas itu dia boleh terus berdiri lagi, untuk menghadapi segala keperitan itu semula. Minum arak dan mengambil dadah sebagai resolusi. Apakah yang akan kita katakan padanya waktu itu?  

Ish... awak dah berdosa ni. Bertaubatlah. Ini semua dugaan. Allah hendak uji awak...

Itukah kata-kata kita sedangkan realiti itu tetap berlaku dalam hidupnya.  

Atau jika kita lihat dia, seorang wanita tanpa hijab, berkata kesat dan tidak solat, tanpa mengetahu kisahnya, tidakkah dalam hati kita akan tercalit kata, ish.. teruknya perempuan ini, camanalah dia mengaku dia ni Islam?

Bukan mengata orang lain. Sebenarnya mengingatkan saya sendiri. Kerana persepsi itu juga terkena tempiasnya pada saya.

Menghukum tanpa mengetahui realiti disebalik kehidupan manusia lain.

Go die!

Reaksi seseorang, tentunya saudara Muslim, di timeline twitter terhadap seorang insan lain yang menghentam dan menghina Rasul dan Islam. 

Agaknya kalau Baginda Rasul melihat reaksi sebegitu dan reaksi kita terhadap manusia lain, adakah Baginda merasa suka dan bangga?

Melayan manusia lain dengan baik ~ secara fizikal, kata-kata, bisikan hati  dan pandangan mata.

Jom ... Kita cuba.

~cikgunormah@klcitizen~



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

4 comments:

  1. Mencuba dan perlukan banyak sabar..kemuncak kesabaran tu hingga akhirnya menangis sendiri sebab nak marah or keji orang tak boleh..huhu..tapi kadang2 terlepas juga sikap mazmumah tu..

    ReplyDelete
  2. teringat harian metro semalam tentang ibu yg ambik syabu etc.. who to be blamed? hmm...

    ReplyDelete
  3. Berat hal-hal mengenai akidah. Ada yang cuba kembali jalan yang benar tetapi tidak ada yang tangan yang benar-benar ikhlas untuk membantu sesama islam.

    Terbaca kisah wanita memeluk islam kerana mahukan berkahwin dengan lelaki islam hingga satu tahap dibuang oleh keluarga. Si suami pula gagal membimbing isteri yang baru memeluk islam dan membiarkan terubang abing nama sahaja dilahirkan sejak azali. Menjadikan mereka ini melarat dan sedikit sedikit kembali ke agama asal.

    Saya pernah terjumpa seorang Amerika dia mengkaji agama-agama didunia dan beliau telah mengkaji agama Hindu dan ketika saya berjumpa beliau sedang mengkaji agama Buddha dan bakal bermula mengkaji agama Islam. Beliau begitu teruja untuk mencari pencipta yang tulin.

    ReplyDelete
  4. prettywhite > alah, saya pun terlebih lagi.


    syura ambin > entahlah syura, makin lama makin pelik-pelik kan. tapi yang pentingnya, kita ni, jangan cepat melatah


    akubiomed > orang Barat ni, satu yang bagus nya ialh sifat suka mengkaji . kita pulak suka mengkeji :(

    ReplyDelete

terima kasih kerana sudi meninggalkan teguran membina, moga Allah sentiasa merahmati kita semua.