Monday, December 5, 2011

jangan dok bajet hebat ya

Kita nampak hebat, bukan kerana kita ini hebat, tetapi kerana Allah tutup aib kita.

Saya suka kata-kata tersebut. Kata-kata favourite .  Kalau kata-kata itu boleh di like, maka saya akan like  1000 kali.

Siapa yang tidak punya aib?

Aib fizikal yang boleh disentuh dan dilihat sekarang, dan juga aib berupa kisah silam.

Semua pun punya bukan. Cuma darjah keaiban itu sahaja yang membezakan. Antara saya dan awak, antara saya dan kamu semua.

Uniknya agama kita, dan cantiknya ia yang memang sedia cantik, adalah tingginya martabat aib itu. Tidak boleh kita membuka aib sendiri, mencanang minta didengari orang, atau minta simpati, apatah lagi aib manusia lain. Biar pun dia itu musuh terang dan nyata kita.

Tidak perlu kita duduk mengaku di depan mana-mana rahib pun atas salah dan dosa kita, kerana kuasa mengampun dosa itu terletak HANYA di tangan Allah Rabbul Jalil, dan dia Maha Pengampun, selagi kita tidak sombong meminta, kan.

Bagaimana kita hendak tahu aib diri kita? Yang pentingnya kita kena tahu aib diri kita, supaya kita jangan rasa bagus.  Kita boleh katakan , saya sedang berusaha menjadi baik.
Kita cakap-cakap yang baik-baik ini pun bukan kerana kita dah jadi baik, tak.. Dengan cakap-cakap yang baik-baik, lidah kita terkawal dari cakap-cakap yang buruk-buruk.
Kita dengar yang baik ini pun , bukan 100% kita akan jadi baik, tapi sekurang-kurangnya telinga kita terhindar dari mendengar yang buruk....

Itu bukan skrip dari bibir saya. Tetapi dari bibir Ustaz Pahrol Mohd Juoi dalam rancangan Mengubah Sikap Dalam Diri




Skrip tersebut pada minit 33:55 - 34:20.

:)

Uishh... aib saya?! Berlambak  dan menggunung. Aduii takut betul! Seperti yang kujie tulis.. Saya akan tinggalkan blog ini suatu hari nanti, semoga tidak menambah beban di alam sana. 

Ayat saya lain sikit, Saya akan tinggalkan dunia ini satu hari nanti, semoga tidak terbeban di alam sana. :(

*selamat berpuasa bagi yang berpuasa hari ini.

~cikgunormah@klcitizen~ 


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

8 comments:

  1. terimja kasih atas perkongsian./.. jmput lwat blog, sy.. jmput bc JIKA dan MANIS :)

    ReplyDelete
  2. Assalamua'laikum kak..
    Indah2 semua yang akak tulis..terkesan di jiwa yna..semoga Allah tutup semua keaiban kita..


    mood cuti tak dapat puasa hari ni..:(

    ReplyDelete
  3. raziq, sama-sama. terima kasih juga kera ke sini dan membuang masa membaca. :)

    ReplyDelete
  4. waalaikummussalam yna, amin. Ya, harap gitulah, tutp aib kita di dunia dan akhirat juga nanti. :)

    ReplyDelete
  5. Assalamu`alaikum kak,
    samalah kita kak, saya turut merasa berdosa kerana terlalu banyak membuka aib orang lain semenjak menulis blog.

    Syukur Alhamdulillah saya sedang dalam proses membuang kesemua artikel mengaibkan yang pernah saya tulis dalam teratak buruk saya.

    Tak sanggup rasanya diri ini menerima kenyataan tatkala aib sendiri dibuka di hadapan orang lain suatu hari kelak.

    ReplyDelete
  6. mama murai,

    masing2 ada silap yang telah kita buat. Allah bukan sayang pada hambaNya kerana tidak pernah buat silap, tetapi kerana hambaNya melakukan kesilapan dan bertaubat.

    saya juga mahu jadi hamba yang disayangi Allah. Kita sama sahaja.

    ReplyDelete
  7. betui , semua dari kita ada aib , sebab tu lah kena sentiasa beringat .. jangan aibkan org ..

    ReplyDelete
  8. puanbee > betul... dah tetua ini baru terasa perlu lebih berhati2

    ReplyDelete

terima kasih kerana sudi meninggalkan teguran membina, moga Allah sentiasa merahmati kita semua.